Indra

Indra atau Indera[1] (Sanskrit: इन्द्र, Jawi: ايندرا) adalah suatu dewa disembah dalam agama-agama Hindu,[2][1] Buddha[3] dan Jain.[4] Agama Hindu terutamanya menyembah dan menyanjungnya (melalui kitab Rig Veda[5]) sebagai dewa langit, kilat petir, hujan ribut dan peperangan;[1][6][7][8] malah juga ini penghulu segala dewa-dewi yang memerintah di alam angkasanya sama ada di Svarga[6][7][8] atau berhampiran Gunung Meru.[9][10] Kedudukan ini boleh dianggap setaraf dengan beberapa dewa yang disembah tamadun-tamadun purba lain seperti Jupiter, Zeus, dan Thor.[2][11][12]

Gambaran dewa Indra dengan senjata kilatnya dan gajah tunggangannya, sekitar 1820-an di Tiruchchirappalli, Tamil Nadu

Agama Buddha menganggap Indra sebagai suatu dewa penjaga[3] manakala agama Jain menganggapnya sebagai penunggu syurga tertinggi iaitu Saudharmakalpa.[4]

Dewa ini sering digambarkan memegang senjata petir vajra dan menunggang seekor gajah putih bernama Airawata.[13][14]

Kepercayaan

Dalam anutan Hindu

Dalam anutan Buddha

Dalam agama Jain

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno