Kecelaruan personaliti pinggiran

Kecelaruan personaliti pinggiran (BPD-borderline personality disorder) (juga dikenali sebagai Kecelaruan personaliti tidak stabil secara emosi, jenis pinggiran dalam ICD-10) merupakan Kecelaruan personaliti kelompok-B disebabkan oleh tingkah laku jangka panjang dimana dicirikan oleh perkara yang tidak normal seperti antaranya hubungan yang tidak stabil dengan orang lain, ketidakstabilan imej diri yang ketara dan emosi yang tidak stabil. Kecelaruan personaliti pinggiran sering datang bersama dengan tingkah laku yang merbahaya, merasa diri kekosongan, perbuatan mencederakan diri dengan sengaja dan ketakutan yang melampau terhadap pengabaian atau ditinggalkan. Perkara-perkara tersebut juga boleh berlaku disebabkan dengan peristiwa yang berlaku seolah-olah normal.

Ciri-ciri ini mula kelihatan pada awal kedewasaan dan berlaku dalam pelbagai situasi dan konteks. Penyalahgunaan dadah, kemurungan, dan gangguan pemakanan biasanya dikaitkan dengan Kecelaruan personaliti pinggiran. Kecelaruan personaliti pinggiran secara tidak langsung meningkatkan risiko kepada perbuatan untuk mencederakn diri. Mengikut kajian, 10% daripada yang menghidap Kecelaruan personaliti pinggiran mati kerana membunuh diri.


Nota

Rujukan

Bacaan lanju

Pautan luar