Lucas Paquetá

Lucas Tolentino Coelho de Lima (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈlukaʃ pakɛˈta]; lahir 27 Ogos 1997) atau nama ringkasnya Lucas Paquetá, merupakan seorang pemain bola sepak Brazil yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Itali, AC Milan dan pasukan kebangsaan Brazil.

Lucas Paquetá
Maklumat peribadi
Nama penuhLucas Tolentino Coelho de Lima
Tarikh lahir (1997-08-27) 27 Ogos 1997 (umur 26)
Tempat lahirRio de Janeiro, Brazil
Ketinggian1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor39
Kerjaya remaja
2007–2016Flamengo
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2016–2018Flamengo49(11)
2019–Milan14(1)
Pasukan kebangsaan
2016–2017Brazil B208(1)
2018–Brazil6(1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19:06, 25 Ogos 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 06:21, 28 Jun 2019 (UTC)

Kerjaya kelab

Kerjaya awal

Paquetá beraksi untuk Flamengo ketika menentang Vasco da Gama pada tahun 2018.

Lucas Paquetá tiba di kelab Flamengo pada tahun 2007 semasa berusia 10 tahun. Ketika usia 15 tahun, beliau telah mempamerkan bakatnya tetapi beliau tidak memiliki ciri-ciri fizikal seperti pemain-pemain yang seusia dengannya (ketinggian beliau pada masa itu hanya 5 kaki). Pada usia 18 tahun, beliau telah membesar dengan ketinggiannya meningkat sebanyak 27 cm (10.6 inci). Bersama akademi Flamengo, beliau merangkul kejuaraan Copa São Paulo de Júniores, salah satu kejohanan terkenal yang diadakan antara akademi bola sepak di Brazil semasa tahun 2016. Bersama-sama pemain lain yang berpotensi seperti Léo Duarte, Felipe Vizeu and Ronaldo, Lucas telah ditawarkan ke skuad senior pasukan selepas kejohanan tersebut.[1]

Flamengo

Pada Mac 2016, Paquetá menandantangani kontrak profesionalnya bersama Flamengo sehingga tahun 2020.[2] Pada 5 Mac 2016, Lucas melakukan penampilan sulungnya di dalam kesebelasan utama pasukan ketika menentang Bangu dalam perlawanan Campeonato Carioca 2016.[3] Paquetá menjaringkan gol pertamanya untuk Flamengo pada 19 Februari 2017 ketika pasukannya menundukkan Madureira 4-0.

Paquetá juga telah menjaringkan gol dalam aksi final Copa do Brasil 2017 ketika menentang Cruzeiro. Di samping itu, beliau sekali lagi meledak gol dalam aksi final Copa Sudamericana 2017 menentang Independiente. Dalam kedua-dua aksi final tersebut, Flamengo telah kecundang dan dinobatkan sebagai naib juara kejohanan. Semasa perlawanan akhir Copa Sudamericana, beliau telah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Flamengo.

Dalam kejohanan Campeonato Carioca 2018, Lucas Paquetá dipilih sebagai pemain sayap kiri terbaik kejohanan sekali gus menjadikan beliau merupakan satu-satunya pemain Flamengo yang terplih di dalam pasukan pilihan kejohanan.

Milan

Pada 10 Oktober 2018, rundingan antara Milan dan Flamengo telah mencapai persetujuan untuk perpindahan Paquetá yang menelan kos sebanyak €35 juta sekali gus menewaskan tawaran yang dibuat oleh kelab Perancis, Paris Saint-Germain.[4]

Pada 4 Januari 2019, perpindahan tersebut telah dibuat secara rasmi dan diumumkan bahawa beliau telah menandatangani kontrak selama lima tahun.[5][6] Beliau seterusnya memilih jersi bernombor 39. Oleh sebab ibunya mempunyai darah Portugis, beliau dibolehkan untuk berdaftar sebagai pemain Eropah.[7]

Paquetá melakukan penampilan sulung untuk Milan pada 12 Januari 2019 dengan beraksi selama 85 minit sebelum digantikan oleh Fabio Borini ketika menentang Sampdoria dalam perlawanan Coppa Italia.[8][9] Empat hari kemudian, beliau beraksi dalam perlawanan Supercoppa Italiana 2018[10] menentang Juventus yang berkesudahan Milan tewas 1-0. Pada 21 Januari 2019, Paquetá melakukan penampilan sulungnya di Serie A ketika menewaskan Genoa 2-0 di Stadio Luigi Ferraris. Paquetá menjaringkan gol pertamanya untuk Milan ketika menewaskan Cagliari. Beliau telah mendedikasikan golnya untuk mangsa kebakaran di kelab lamanya, Flamengo yang meragut nyawa pemain-pemain pasukan bawah-15 Flamengo.[11]

Kerjaya antarabangsa

Bawah-20

Lucas beraksi untuk pasukan bawah-20 Brazil pada tahun 2017

Pada 1 April 2016, Paquetá telah dipanggil untuk mewakili pasukan bawah-20 Brazil dalam perlawanan persahabatan di Eropah.[12] Beliau menjaringkan gol dalam penampilan sulungnya ketika Brazil melakar kemenangan 2–1 ke atas England pada 4 September.

Pada Oktober 2016, beliau telah dipanggil untuk menghadapi kejohanan Quadrangular de Seleções yang disertai oleh pasukan bawah-20 dari negara Ecuador, Uruguay dan Chile.

Bawah-23

Ketika berusia 18 tahun, Paquetá telah dipanggil untuk menjalani latihan bersama pasukan bawah-23 Brazil dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2016. Jurulatih Rogério Micale telah memanggil pemain-pemain muda yang lahir pada tahun 1997 dan 1998 termasuk Lucas untuk mengambil bahagian sebelum menghadapi acara Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.[13]

Pasukan senior

Pada tahun 2018, beliau telah dipilih dalam kalangan 12 pemain alternatif ke dalam skuad Piala Dunia 2018 di Rusia oleh jurulatih Tite. Dalam kalangan pemain tersebut, Lucas merupakan pemain termuda di dalam skuad Brazil.[14]

Pada 17 August 2018, Paquetá telah dipanggil buat pertama kali oleh pasukan senior Brazil untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat dan El Salvador pada bulan September.[15] Pada 7 September, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Brazil dengan menggantikan Philippe Coutinho pada minnit ke-71 ketika perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat.[16] Pada 23 Mac 2019, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Brazil ketika perlawanan persahabatan menentang Panama semasa beliau menyarung jersi ikonik Brazil bernombor 10.[17] Pada Mei 2019, beliau telah disenariakan ke dalam skuad Brazil dalam kejohanan Copa América 2019.[18]

Kehidupan peribadi

Lucas mempunyai seorang abang, Matheus yang juga bermain bola sepak. Nama samarannya iaitu Paquetá merujuk kepada Pulau Paquetá dan kawasan kejiranan di mana beliau telah membesar.[19]

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 25 Ogos 2019.
KelabMusimLigaPialaBenua[nb 1]Lain[nb 2]Jumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Flamengo201600002020
2017171319282376
2018321060701125612
Jumlah4911911622149518
Milan2018-191313010171
2019-20100010
Jumlah141300010181
Jumlah kerjaya631212116222411319

Antarabangsa

Sehingga 28 Jun 2019.[20]
Pasukan kebangsaan Brazil
TahunKmnclnGol
201820
201941
Jumlah61

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
1
23 Mac 2019Porto, Portugal  Panama
1–0
1–1
Persahabatan

Pencapaian

Kelab

Flamengo
  • Campeonato Carioca: 2017{

Antarabangsa

Brazil

Individu

  • Pasukan Terbaik Campeonato Carioca: 2018[22][23]
  • Bola de Prata: 2018
  • Pasukan Pilihan Campeonato Brasileiro Série A: 2018

Catatan

Pautan luar

Templat:Skuad Brazil Copa América 2019