Mario Götze

Mario Götze (Sebutan bahasa Jerman: [ˈɡœtsə]; lahir 3 Jun 1992) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Jerman yang bermain di posisi pemain tengah menyerang untuk kelab Borussia Dortmund dan pasukan kebangsaan Jerman.

Mario Götze
Maklumat peribadi
Nama penuhMario Götze[1]
Tarikh lahir (1992-06-03) 3 Jun 1992 (umur 31)[2]
Tempat lahirMemmingen, Jerman
Ketinggian1.76 m (5 ka 9 in)[3]
Posisi permainanPemain tengah menyerang[4]
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Dortmund
Nombor10
Kerjaya remaja
1995–1998SC Ronsberg
1998–2001FC Eintracht Hombruch
2001–2009Borussia Dortmund
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2009–2013Borussia Dortmund83(22)
2013–2016Bayern Munich73(22)
2016–Borussia Dortmund8(0)
Pasukan kebangsaan
2007Jerman B152(0)
2007–2008Jerman B168(3)
2008–2009Jerman B1713(5)
2009Jerman B212(0)
2010–Jerman62(17)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 November 2016 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 November 2016 (UTC)

Beliau beraksi untuk Borussia Dortmund antara tahun 2009 dan 2013 dengan meraih kejuaraan Bundesliga pada musim 2010–11 dan merangkul kejuaraan "double" iaitu Bundesliga dan DFB Pokal pada musim 2011-12 serta beliau turut sebahagian daripada pasukannya yang mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2013. Pada April 2013, Bayern Munich membida Götze sebanyak 37 juta euro dan perpindahan Götze menjadi rekod perpindahan kedua termahal di kalangan pemain-pemain Jerman selepas Mesut Özil.[5]

Götze dipanggil oleh pasukan Jerman pada tahun 2010 sewaktu berumur 18 tahun. Beliau termasuk dalam skuad UEFA Euro 2012 dan dua tahun kemudian, beliau menjaringkan gol kemenangan dalam Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2014.[6]

Catatan

Pautan luar