Minggu

Minggu (Jawi: ميڠݢو) atau pekan (Jawi: ڤكن‎) adalah sebuah unit masa yang lebih lama dari hari dan lebih pendek dari bulan. Dalam kebanyakan takwim moden, satu minggu terdiri dari tujuh hari maka menjadi unit masa terpanjang digunakan yang mempunyai suatu tempoh hari yang tetap. Walaupun penetapan ini tidak didasarkan suatu cerapan astronomi, ia digunakan secara meluas terutamanya dalam konteks sosial dan komersil.

Peristilahan

Perkataan ini diambil dari Portugis: Domingo[1] turunan bahasa Latin dies Dominicus bererti "hari Tuhan kita"; dalam bahasa Melayu yang lebih awal, kata ini dieja sebagai Dominggu[2] sehingga sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Istilah "pekan" (disebut [pĕ.kan]) lebih digunakan dalam dialek-dialek setempat Indonesia (seperti di Riau)[3] termasuk bahasa baku negara itu[4] sedangkan perkataan "Minggu" digunakan untuk menamakan hari selepas Sabtu dinamakan Ahad di negara-negara serantau lain;[5] "hari Minggu" juga kata seerti nama ini.[6] Kata pekan sebagai pengungkapan tempoh tujuh hari turut didapati dengan bahasa-bahasa serumpun seperti bahasa Minangkabau (pakan).[7]

Kata jumaat juga pernah digunakan untuk mengaitkan dengan tempoh ini (yakni "satu minggu" = sejumaat).[8]

Penentuan hari pertama dalam seminggu

Sabtu dan Ahad biasanya dipanggil hari minggu, dan merupakan hari cuti dan rehat di kebanyakan negara barat. Di kebanyakan negara Islam dan Yahudi pula, hari minggu ialah hari Jumaat dan Sabtu.

Ketiga-tiga agama samawi menganggap hari Ahad sebagai hari pertama dalam sesebuah minggu. Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa pula menggunakan hari Isnin dalam penetapan sukatan masa mereka.

Rujukan