Orang Kazakh

Kazakh adalah orang Turki daripada bahagian utara Asia Tengah (sebahagian besar Kazakhstan, tetapi juga ditemui di Uzbekistan, China, Rusia dan Mongolia).

Kazakhs
қазақтар



(kiri ke kanan) A. Qunanbayuli • Ablai Khan • S. Kurmangazy • A. Baitursynov • T. AubakirovN. Nazarbayev
Kassym-Jomart Tokayev • Assan Bazayev • Absattar Derbisali • Mukhtar Shakhanov • Radik Zhaparov • Aliya Yussupova
Jumlah penduduk
Sekitar 17,000,000
Kawasan ramai penduduk
 Kazakhstan13,000,000[1]
 Uzbekistan800,000[2]
 Republik Rakyat China1,500 000[3]
 Rusia600,000[4]
 Turkmenistan20,000[5]
 Mongolia100,000[6]
 Kyrgyzstan35,000[7]
 Afghanistan1,000[8]
 Turki19,000[8]
 Amerika Syarikat5,000
 Jerman890[8]
 Tajikistan900[9]
 Iran3,000[8]
 Kanada2,000
 Ukraine5,526[10]
 Republik Czech3,000
 Belarus1,239[11]
 Australia1,900
Bahasa
Kazakh, Rusia, Turkik
(dan/atau bahasa di negara kediaman)
Agama
Kebanyakannya Islam Sunni
Kumpulan etnik berkaitan
Orang Turki lain

Mereka berasal dari keturunan suku suku Turki (Kipchak dan Naiman, Cuman, Nogai, Qarluq, Kankali), kumpulan Mongol (Kiyat, Kerait, Onggirat, Argyn, Manghud, Jalayir, Dughlat), keluarga Indo -- Iran (Wusun, Sarmatian, Sacae, Scythian, dll) dan Hun yang penduduknya tinggal di wilayah antara Siberia dan Laut Hitam dan metetap di Asia Tengah ketika Turki dan kumpulan Mongolia mula menakluk pada abad ke-15 dan ke-13 M.

Etimologi

Kazakh bermaksud bebas atau orang bebas. Istilah Turki qaz bermaksud mengembara di kawasan steppe - gurun dengan rumput-rumput keras.

Kebudayaan

Kebudayaan orang Kazakh adalah pelbagai kerana faktor phenotypical. Bentuk khemah mereka lebih condong kepada Mongoloid. Kulit mereka coklat, hidung bengkok dan tulang pipi tinggi . Nomad ini berkeliaran di Pergunungan Altai di utara Mongolia dan terdapat juga di padang-padang rumput steppe Asia Tengah.

Alat muzik yang popular ialah dombra - memetik kecapi dengan dua senar. Alat ini digunakan ketika nyanyia solo dan berkumpulan.

Mereka mengamalkan sistem perkahwinan exokamous iaitu perkahwinan dengan keturunan nenek moyang dianggap tabu. Dalam perkahwinan, keturunan ayah menentukan.

Bahasa yang digunakan mirip bahasa Turki yang tersebar di Eropah Timur, Asia Tengah, Xinjiang, dan Siberia. Bahasa ini mirip menyamai bahasa Uzbek, Kyrgyz, Tatar, Uyghur, Turkey, Azerbaijan dan Turkmen.

Agama anutan mereka ialah Islam, yang dibawa oleh orang Arab pada abad ke-8. Awalnya Islam tersebar di Turkistan, kemudian tersebar di utara. Ia ada kaitan dengan mubaligh Samanid di sekitar Taraz di mana ramai orang Turki memeluk agama Islam. Pada peringkat awal, Russia membiarkan agama Islam berkembang di mana ulama Muslim dijemput memberi khutbah. Semangat keagamaan ini membentuk pengikut Pan-Turkisme.

Galeri

Rujukan