Robert Mugabe

Robert Gabriel Mugabe KCB (lahir 21 Februari 1924 - 6 September 2019) ialah Presiden Zimbabwe ke-2. Beliau telah berkhidmat sebagai ketua kerajaan Zimbabwe sejak tahun 1980, selaku Perdana Menteri dari tahun 1980 hingga 1987 dan selaku Presiden sejak tahun 1987 hingga 2017.[6] Nama beliau bangkit pada 1960-an sebagai pemimpun Zimbabwe African National Union (ZANU) dalam pertempuran gerila menentang pemerintahan minoriti kulit putih di Rhodesia dalam Perang Pedalaman Rhodesia (1964–1979).

Robert Mugabe
Presiden Zimbabwe ke-2
Dalam jawatan
31 Disember 1987 – 21 November 2017[1]
Perdana MenteriMorgan Tsvangirai (2009-2013)
Naib Presiden Pertama
Naib Presiden Kedua
Didahului olehCanaan Banana
Digantikan olehEmmerson Mnangagwa[2][3]
Phelekezela Mphoko (Pemangku)[4]
Perdana Menteri Zimbabwe Pertama
Dalam jawatan
18 April 1980 – 31 Disember 1987
PresidenCanaan Banana
Didahului olehAbel Muzorewa (Zimbabwe Rhodesia)
Digantikan olehMorgan Tsvangirai (2009)
Pemimpin Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe – Barisan Patriotik (ZANU-PF)
Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe (1975-1987)
Dalam jawatan
18 Mac 1975 – 19 November 2017
Pengerusi Kebangsaan
  • Joseph Msika
  • John Nkomo
  • Simon Khaya-Moyo
Pengerusi Kesatuan Afrika ke-13
Dalam jawatan
30 Januari 2015 – 30 Januari 2016
Didahului olehMohamed Ould Abdel Aziz
Digantikan olehIdriss Déby
Setiausaha-Jeneral Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
Dalam jawatan
6 September 1986 – 7 September 1989
Didahului olehZail Singh
Digantikan olehJanez Drnovšek
Butiran peribadi
LahirRobert Gabriel Mugabe
(1924-02-21)21 Februari 1924
Kutama, Rhodesia Selatan
(kini Zimbabwe)
Meninggal dunia6 September 2019(2019-09-06) (umur 95)
Singapura[5]
Parti politikParti Demokratik Kebangsaan (1960–1961)
Kesatuan Rakyat Afrika Zimbabwe (1961–1963)
Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe (1963–1987)
Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe – Barisan Patriotik (1987–2017)
PasanganSally Hayfron (meninggal 1992)
Grace Marufu (1996–kini)
Anak-anak4, termasuk Bona
Alma materUniversiti Fort Hare
Universiti Afrika Selatan
Universiti London
Tandatangan

Mugabe merupakan seorang tokoh yang penuh kontroversi. Selepas perang, beliau disanjung orang-orang Afrika sebagai wira perjuangan demi kemerdekaan[7]Setelah campur tangan dalam Perang Congo Kedua yang menelan banyak wang dan ekspropriasi tanah ladang milikan kulit putih secara besar-besaran, dunia Barat memandang rendah Mugabe, sementara ekonomi Zimbabwe teruk meleset. Baru-baru ini dasar-dasar beliau dikutuk dunia Barat dan di negara sendiri.[8][9][10]Mugabe menyifatkan pihak-pihak yang mengutuk beliau sebagai "penjajah yang lahir semula,"[11][12]dan beliau bersama penyokong-penyokong beliau mendakwa bahawa kemelut Zimbabwe adalah tinggalan imperialisme,[13]yang diburukkan lagi oleh campur tangan ekonomi oleh kuasa Barat.

Pada 3 April 2008, akhbar UK mengumumkan bahawa parti pembangkang utama, Pergerakan Perubahan Demokratik menguasai parlimen.[14] Pada bulan September 2008, Mugabe mencapai kata sepakat dengan ketua pembangkang Morgan Tsvangirai untuk berkongsi kuasa yang mana Mugabe kekal sebagai presiden sementara Tsvangirai menjadi Perdana Menterinya. Pada 3 Ogos 2013, Suruhanjaya Pilihan Raya Zimbabwe menyatakan yang Mugabe memenangi penggal ketujuhnya sebagai presiden, menewaskan Morgan Tsvangirai dengan 61 peratus undi.[15]

Presiden Zimbabwe

Penghujung kepresidenan

Pada 15 November 2017, Mugabe diletakkan di bawah tahanan rumah oleh Tentera Kebangsaan Zimbabwe dalam satu rampasan kuasa.[16][17][18] Pada 19 November, beliau dipecat sebagai ketua ZANU-PF, dan Emmerson Mnangagwa, bekas Naib Presiden telah dilantik untuk menggantikan tempatnya.[19] Berikutan permulaan proses pemecatan terhadapnya, Mugabe meletak jawatan sebagai Presiden pada 21 November.[20]

Rujukan

Pautan luar