Robert Pattinson

Robert Thomas Pattinson (lahir pada 13 Mei 1986 di London, England) adalah seorang pelakon, model dan pemuzik United Kingdom. Dia dikenali sebagai Edward Cullen dalam filem Twilight. Dia juga telah berlakon sebagai Cedric Diggory dalam filem Harry Potter and the Goblet of Fire. Artis yang memiliki tinggi 6'1 inci ini menyukai spageti dan muzik rap serta blues. Dia seorang yang lasak dalam aktiviti sukan dan juga menyukai warna kelabu. Pada tahun 2008, dia telah terpilih sebagai calon yang ke-23 dalam ‘The 25 Hottest Actors Under 25’ (Antara 25 Lelaki Kacak bawah 25 Tahun).

Robert Pattinson
Pattinson pada awal November 2009
Kelahiran
Robert Douglas Thomas Pattinson

(1986-05-13) 13 Mei 1986 (umur 37)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009—sekarang

Bidang muzik

Robert Pattinson cerdik dalam bidang muzik. Dia permain gitar, piano dan dia juga pintar mencipta lagunya sendiri. Dia bernyanyi dalam Twilight soundtrack bertajuk "Never Think", yang dicipta oleh Sam Bradley dan "Let Me Sign".

Filem lakonan

TahunTajukWatak
2004Ring of the Nibelungs Giselher
2005Harry Potter and the Goblet of Fire (filem)Cedric Diggory
2006The Haunted Airman Toby Jugg
2007The Bad Mother's Handbook Daniel Gale
2007Harry Potter and the Order of the Phoenix Cedric Diggory
2008How To Be Art
2008Twilight Edward Cullen
2009Little Ashes Salvador Dalí
2009New Moon Edward Cullen
2010Remember Me Tyler Roth
2010Eclipse Edward Cullen
2011Breaking Dawn Part 1Edward Cullen
2012Breaking Dawn Part 2Edward Cullen
2014The RoverReynolds
2015LifeDennis Stock
2016The Lost City of ZHenry Costin
2020Tenet
2022BatmanBruce Wayne/Batman