Sukan Olimpik Musim Panas 1992


Sukan Olimpik Musim Panas 1992 (bahasa Inggeris: 1992 Summer Olympics, Sepanyol: Juegos Olímpicos de Verano de 1992, Catalan: Jocs Olímpics d'estiu de 1992), atau secara rasminya Sukan Olimpik XXV (bahasa Inggeris: Games of the XXV Olympiad) dan dikenali juga sebagai Barcelona '92, merupakan sebuah acara pelbagai sukan yang telah dianjurkan di Barcelona, Sepanyol dari 25 Julai hingga 9 Ogos 1992. Temasya ini merupakan kali pertama dan kali yang terakhir (setakat ini) Sepanyol menganjurkan Sukan Olimpik. Bermula dari tahun 1994, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah membuat keputusan untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk pada tahun yang berbeza, maka temasya ini juga merupakan kali terakhir kedua-dua acara sukan tersebut diadakan pada tahun yang sama.[2] Temasya ini juga merupakan Sukan Olimpik pertama yang dianjurkan selepas berakhirnya Perang Dingin serta merupakan edisi Sukan Olimpik pertama sejak 1972 yang tidak mengalami sebarang boikot dari negara pesertanya.[3] Afrika Selatan juga dibenarkan semula untuk menyertai Sukan Olimpik setelah dilarangkan daripada menyertai apa-apa jua pertandingan sukan antarabangsa selama 32 tahun akibat pengamalan polisi Aparteid di negara tersebut.[4] Pasukan Bersatu (yang terdiri daripada ahli negara Kesatuan Soviet) mendapat tempat pertama dalam jadual pingat tersebut dengan 45 buah pingat emas dan 112 buah pingat Olimpik.

Sukan Olimpik XXV
Hos BandarBarcelona, Catalonia, Sepanyol
Cogan kata"Kawan Sepanjang Hayat"
(Bahasa Inggeris: Friends For Life)
(Bahasa Catalonia: Amics Per Sempre)
(Bahasa Sepanyol: Amigos Para Siempre)
Negara169
Atlet9,356 orang (6,652 lelaki, 2,704 wanita)
Acara257 acara dalam 25 sukan
Pembukaan25 Julai 1992
Penutupan9 Ogos 1992
Dibuka oleh
Kawah Obor
Antonio Rebollo (pemanah paralimpik)
StadiumStadium Olimpik Montjuïc
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 1992

Badminton dan besbol pertama kali dijadikan sebagai acara teras rasmi Sukan Olimpik. Kategori perempuan bagi judo dan kategori slalom bagi kanu juga pertama kali dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. Pada Barcelona 1992, pemain-pemain NBA dibenarkan buat pertama kali untuk bertanding dalam Sukan Olimpik. Ekoran daripada keputusan tersebut, pasukan bola keranjang Amerika Syarikat dianggotai oleh pemain-pemain bola keranjang yang terbaik di dunia pada masa tersebut seperti Michael Jordan dan Magic Johnson.[5][6] Pasukan tersebut diberi gelaran "Dream Team" (Pasukan Impian) dan telah memenangi pingat emas dalam acara tersebut dengan perbezaan mata yang sangat besar (secara puratanya 44 mata).[7][8]

Pembidaan

Barcelona merupakan bandar yang kedua terbesar di Sepanyol dan merupakan pusat pentadbiran Catalonia serta tempat asal presiden IOC pada masa tersebut, Juan Antonio Samaranch. Bandar tersebut juga pernah menganjurkan Piala Dunia FIFA 1982. Barcelona turut pernah membida untuk Sukan Olimpik Musim Panas 1936. Barcelona dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 1992 pada 17 Oktober 1986 semasa Sesi IOC ke-91 yang dianjurkan di Lausanne, Switzerland.[9]

Keputusan Pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 1992[10]
BandarNama JOKPeringkat 1Peringkat 2Peringkat 3
Barcelona  Sepanyol293747
Paris  Perancis192023
Brisbane  Australia11910
Belgrade  Yugoslavia13115
Birmingham  United Kingdom88
Amsterdam  Belanda5

Pemasaran

Maskot

Maskot rasmi Sukan Olimpik 1992 ialah Cobi, seekor anjing gembala Catalonia yang dilakar dengan gaya Kubis. Maskot tersebut direka oleh Javier Mariscal dan diilhamkan oleh interpretasi Picasso atas lukisan "Las Meninas" yang merupakan karya Diego Velázquez. Namanya sebenarnya berasal dari singkatan Jawatankuasa Pengelola Barcelona 1992, COOB'92. Nama tersebut dipilih kerana mudah disebut oleh penutur bahasa lain.[11]

Pada asalnya, maskot tersebut menerima bantahan daripada orang ramai kerana tidak dapat menerima reka bentuknya yang berbeza dengan maskot Olimpik yang lain, yang dipengaruhi oleh "gaya Walt Disney". Namun, popularitinya kian berkembang dan akhirnya menjadi salah satu maskot Olimpik yang terpopular, sehinggalah mempunyai siri televisyen yang tersendiri.[12]

Temasya

Sukan

Acara Sukan Olimpik Musim Panas 1992

Acara demonstrasi:

  • Basque pelota (10)
  • Roller hockey (quad) (1)
  • Tae kwon do (16)
  • Lumba kerusi roda

Penyertaan

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang menyertai
  •  Albania (8)
  •  Algeria (38)
  •  Samoa Amerika (3)
  •  Andorra (8)
  •  Angola (39)
  •  Antigua dan Barbuda (13)
  •  Argentina (107)
  •  Aruba (5)
  •  Australia (295)
  •  Austria (107)
  •  Bahamas (15)
  •  Bahrain (3)
  •  Bangladesh (6)
  •  Barbados (17)
  •  Belgium (68)
  •  Belize (1)
  •  Benin (6)
  •  Bermuda (20)
  •  Bhutan (6)
  •  Bolivia (14)
  •  Bosnia dan Herzegovina (10)
  •  Botswana (6)
  •  Brazil (195)
  •  Kepulauan Virgin British (4)
  •  Bulgaria (139)
  •  Burkina Faso (4)
  •  Cameroon (11)
  •  Kanada (304)
  •  Kepulauan Cayman (10)
  •  Republik Afrika Tengah (16)
  •  Chad (7)
  •  Chile (14)
  •  China (246)
  •  Colombia (51)
  •  Republik Congo (7)
  •  Kepulauan Cook (2)
  •  Costa Rica (16)
  •  Croatia (39)
  •  Cuba (187)
  •  Cyprus (17)
  •  Czechoslovakia (209)
  •  Denmark (117)
  •  Djibouti (8)
  •  Republik Dominika (32)
  • Ecuador (13)
  •  Mesir (83)
  •  El Salvador (4)
  •  Guinea Khatulistiwa (7)
  •  Estonia (37)
  •  Habsyah (23)
  •  Fiji (19)
  •  Finland (89)
  •  Perancis (376)
  •  Gabon (8)
  •  Gambia (5)
  •  Jerman (486)
  •  Ghana (37)
  •  Great Britain (376)
  •  Yunani (72)
  •  Grenada (4)
  •  Guam (22)
  •  Guatemala (14)
  •  Guinea (8)
  •  Guyana (6)
  •  Haiti (7)
  •  Honduras (10)
  •  Hong Kong (38)
  •  Hungary (222)
  •  Iceland (29)
  •  India (53)
  •  Peserta Olimpik Bebas (58)
  •  Indonesia (42)
  •  Iran (40)
  •  Iraq (9)
  •  Ireland (58)
  •  Israel (31)
  •  Itali (323)
  •  Ivory Coast (13)
  •  Jamaica (36)
  •  Jepun (272)
  •  Jordan (7)
  •  Kenya (51)
  •  Korea Utara (64)
  •  Korea Selatan (244)
  •  Kuwait (36)
  •  Laos (6)
  •  Latvia (34)
  •  Lubnan (13)
  •  Lesotho (6)
  •  Libya (6)
  •  Liechtenstein (7)
  •  Lithuania (47)
  •  Luxembourg (6)
  •  Madagaskar (14)
  •  Malawi (4)
  •  Malaysia (28)
  •  Maldives (7)
  •  Mali (5)
  •  Malta (7)
  •  Mauritania (6)
  •  Mauritius (13)
  •  Mexico (134)
  •  Monaco (2)
  •  Mongolia (33)
  •  Maghribi (53)
  •  Mozambique (6)
  •  Myanmar (4)
  •  Namibia (6)
  •  Nepal (5)
  •  Belanda (215)
  •  Antillen Belanda (4)
  •  New Zealand (137)
  •  Nicaragua (8)
  •  Niger (3)
  •  Nigeria (57)
  •  Norway (85)
  •  Oman (5)
  •  Pakistan (27)
  •  Panama (5)
  •  Papua New Guinea (13)
  •  Paraguay (30)
  •  Peru (16)
  •  Filipina (34)
  •  Poland (205)
  •  Portugal (100)
  •  Puerto Rico (75)
  •  Qatar (31)
  •  Romania (176)
  •  Rwanda (10)
  •  Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine (6)
  •  San Marino (17)
  •  Arab Saudi (9)
  •  Senegal (21)
  •  Seychelles (11)
  •  Sierra Leone (11)
  •  Singapura (14)
  •  Slovenia (35)
  •  Kepulauan Solomon (1)
  •  Afrika Selatan (94)
  •  Sepanyol (489) (tuan rumah)
  •  Sri Lanka (11)
  •  Sudan (6)
  •  Suriname (6)
  •  Swaziland (6)
  •  Sweden (192)
  •  Switzerland (114)
  •  Syria (10)
  •  Taipei Cina (37)
  •  Tanzania (9)
  •  Thailand (47)
  •  Togo (6)
  •  Tonga (5)
  •  Trinidad dan Tobago (7)
  •  Tunisia (14)
  •  Turki (47)
  •  Uganda (8)
  •  Pasukan Bersatu (475)
  •  Emiriah Arab Bersatu (14)
  •  Amerika Syarikat (545)
  •  Uruguay (23)
  •  Vanuatu (6)
  •  Venezuela (37)
  •  Vietnam (7)
  •  Kepulauan Virgin (24)
  •  Samoa Barat (5)
  •  Yaman (13)
  •  Republik Demokratik Congo (17)
  •  Zambia (8)
  •  Zimbabwe (19)

Jadual pingat

Jadual Pingat Sukan Olimpik Musim Panas 1992

Legasi

Penganjuran Sukan Olimpik di Barcelona telah memberi impak yang sangat besar kepada bandaraya tersebut. Temasya ini telah mengembangkan prasarana, meningkat kualiti hidup penduduk serta menjadikan bandar tersebut sebagai pusat pelaburan dan pelancongan.[13] Kini, Barcelona telah menjadi bandar yang paling banyak dikunjungi di Eropah selepas Paris, London dan Rom.[14][15]

Setelah memenangi hak penganjuran, Barcelona telah melakukan transformasi urban secara besar-besaran untuk mengindahkan bandar tersebut.[13] Pantai Barcelona telah diindahkan dan dibuka kepada pelancong dan penduduk buat kali yang pertama.[16] Sempena penganjuran Sukan Olimpik 1992, pusat sukan yang baharu telah diwujudkan, hotel-hotel yang sedia ada diperbaharui manakala hotel baharu telah dibina, jalan keliling baharu yang dibina telah mengurangkan kesesakan jalan raya dan Lapangan Terbang Barcelona telah dimodenkan dan diperluaskan.[17]

Projek-projek tersebut telah menyebabkan limpahan kos bagi penganjuran Barcelona 1992 mencecah 266%.[18] Walau bagaimanapun, projek-projek tersebut telah memberikan manfaat yang sangat besar terhadap bandar tersebut dan pendekatan Barcelona (digelar juga sebagai "Barcelona Model") telah dicontohi oleh bandar-bandar tuan rumah Sukan Olimpik yang lain.[19][20]

Lihat juga

Rujukan

Didahului oleh
Seoul
Sukan Olimpik Musim Panas
Barcelona

Sukan Olimpik XXV (1992)
Diikuti oleh:
Atlanta