Suki Low Sook Yee

Low Sook Yee (Cina Tradisional: 劉淑怡, Cina Ringkas: 刘淑怡, pinyin: liú shūyí; lahir 26 Disember 1990) atau lebih dikenali sebagai Suki, ialah juara pertandingan One in a Million musim pertama yang merupakan pertandingan realiti menyanyi pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah sejuta ringgit kepada juaranya.

Suki Low
劉淑怡
Nama lahirLow Sook Yee
Juga dikenali sebagai
Suki
Kelahiran (1990-12-26) 26 Disember 1990 (umur 33)
Berasal dariMalaysia Seremban, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2006–2014, 2021–kini
Laman sesawang

Pada pertandingan akhir pada 22 September 2006, beliau meraih 39% daripada undian penonton dengan persembahan lagu Berdiri dan Everything, lalu mengalahkan Alif Satar dan Faizal Tahir yang masing-masing meraih 27% dan 34% undian.

Latar belakang

Beliau seorang yang berketurunan Cina dan berasal dari Seremban, ibu Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau berusia 16 tahun ketika kemenangan beliau.

Bekas sekolah menengah beliau ialah SMK Methodist (ACS), Seremban (Tingkatan 1 hingga 3) dan SMK King George V, Seremban (Tingkatan 4 dan 5).

Pada 12 Disember 2012, Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan pengurusnya Jeremy Chong dan telah dikurniakan tiga cahaya mata di mana anak sulungnya, Ethan Chong dilahirkan pada 1 Disember 2014.

Kerjaya

One in a Million

Suki dijadikan calon paling berkemungkinan untuk menang, berkedudukan lebih tinggi berbanding penyanyi profesional Dayang Nurfaizah setelah melalui ujian saringan awal. Beliau tersingkir ketika pusingan penyingkiran pertama namun dikembalikan oleh undian penonton ketika pusingan Second Chance.

Sepanjang pertandingan, Suki menyanyikan:

KonsertLagu & Penyanyi asalKeputusan
Top 20"Mobile" nyanyian Avril LavigneTersingkir
Second Chance"I'm With You" nyanyian Avril LavigneTerpilih
Top 12"Underneath Your Clothes" nyanyian ShakiraSelamat
Top 10"You Oughtta Know" nyanyian Alanis MorissetteSelamat
Top 9"Behind These Hazel Eyes" nyanyian Kelly ClarksonSelamat
Top 8"Pasangan Yang Tepat" nyanyian MarshandaSelamat
Top 7"Inside Your Heaven" nyanyian Carrie UnderwoodSelamat
Top 6"When It's Fall Apart" nyanyian The VeronicasSelamat
"Pudar" nyanyian Rossa
Top 5"Kaulah Segalanya" nyanyian Ruth SahanayaSelamat
"Cepat-Cepat" nyanyian Jaclyn Victor
Top 4"Mimpi Pun Sama" nyanyian Siti SarahSelamat
"Permata Permotong Permata" nyanyian Ella
(duet bersama Ella)
Top 3"Losing Grip" nyanyian Avril LavigneSelamat
"Seindah Biasa" nyanyian Siti Nurhaliza
Grand Finale"Berdiri" nyanyian Suki
(Ciptaan: Audi Mok)
Juara
"Everything" nyanyian M2M

Finally | Akhirnya

Pada 19 Jun 2008, Suki Low melancarkan album sulungnya bertajuk Finally | Akhirnya.[1]

Album ini memuatkan 11 lagu berbahasa Malaysia dan Inggeris, dan dipasarkan dalam bentuk CD, dan muat turun berbayar.Antaranya termasuk lagu Berdiri, Don't, dan Ku Teruskan (versi bahasa Malaysia bagi lagu Cina Against the Light (逆光) nyanyian asal Stefanie Sun.)[2]

Camp Rock

Sempena pelancaran filem televisyen Camp Rock di Disney Channel Asia pada tahun 2008, Suki terpilih oleh Universal Records dan Disney untuk menyanyikan versi Bahasa Malaysia untuk lagu This is Me yang terdapat dalam filem tersebut, berjudul Siapa Aku. Versi ini diterbit oleh Kieran Kuek dan liriknya dikarang oleh Nur Fatima.[3]

Project NS

Setelah pernah menangguh pada tahun 2007 untuk memberi perhatian kepada pembikinan albumnya[4], Suki akhirnya menyertai Program Latihan Khidmat Negara pada tahun 2009. Beliau menyertai kem yang sama dengan rakan seperjuangannya di OIAM, iaitu pemenang tempat ketiga Alif Satar, dan pelakon Diana Danielle di Kem PLKN Princess Haliza di Sepang. Pengalaman ketiga-tiga mereka ketika menjalani kewajipan PLKN dirakam dalam rancangan realiti Project NS yang juga disiarkan di 8TV.

Gegar Vaganza 2021

Suki terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro. Pada show pengenalan peserta dan minggu pertama, Suki membawakan single beliau yang pernah hit 10 tahun lalu iaitu lagu Terlalu Mencintaimu.

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8)
KonsertTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1Laguku SendiriTerlalu MencintaimuSuki LowKe-6
Minggu 2Masih Aku TerasaKisah Cinta KitaHafiz SuipKe-4
Minggu 3Segalanya Ku TerimaBadarsilaDato Sri' Siti NurhalizaKe-4
Minggu 4Berdiri Bulu RomakuJampiHael HusainiKe-3
Minggu 5Dulu Lain Sekarang LainDancing QueenAbbaKe-4
Minggu 6Langkah SeiringanTiga Malam Tanpa Bintang (Duet Bersama Khai Bahar)FiqTempat Pertama
Minggu 7Kelentang KelentongMara BahayaPop ShuvitKe-3
Minggu 8 (Suku Akhir)Kupetik Bintang-BintangYou Are My EverythingGummyTempat Pertama
Minggu 9 (Separuh Akhir)Lagu UntukmuKhayalanBlack Dog BoneKe-6
Tanpa KekasihkuAgnes Monica
Minggu 10 (Akhir)Akhirnya Kini PastiTitaniumDavid Guetta ft. SiaTEMPAT KETIGA
Jera (Duet bersama Shila Amzah)Agnes Monica
Gangnam Style (battle Nikki Palikat)PSY

All Stars Gegar Vaganza 2023

Suki terpilih menyertai All Stars Gegar Vaganza (2023) melalui Hot Seat All Stars Gegar Vaganza anjuran Astro. Pada show pengenalan peserta dan minggu pertama, Suki membawakan single Ayu Damit iaitu lagu Hanya Di Mercu.

Persembahan dan keputusan All Stars Gegar Vaganza (musim 10)
KonsertTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1Kembali MenyengatHanya Di MercuAyu DamitKe-12
Minggu 2Ikut Tekak SendiriTak Ingin UsaiKeisya LevronkaKe-15 (Tersingkir)

Diskografi

Album studio

  1. Finally / Akhirnya (2008)

Single

TahunJudulAlbum
2006BerdiriFinally / Akhirnya
2008Usah
(feat Daly)
2011Siapa AkuOst. Disney Camp Rock (versi Melayu)
Terlalu MencintaimuOst. Drama Naziha
2012Untuk KamuOst. Drama Seindah Sabarmu
2022NelangsaOst. Filem The Assistant

Filemografi

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2022Bintang GV Dikejar ZombieSukiAstro Citra

Anugerah dan pencapaian

One in a Million

  • Juara OIAM musim pertama (2006)

Anugerah Industri Muzik ke-15

  • Artis Harapan (2008)

Gegar Vaganza S8

  • Tempat Ketiga

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar