Tunjuk perasaan Hong Kong 2019–2020

Bantahan menentang rang undang-undang serah balik Hong Kong 2019–2021 merupakan bantahan yang berturut-turut di Hong Kong dan bandar-bandar lain di seluruh dunia, menuntut penarikan Rang Undang-undang Pesalah Buronan dan Bantuan Guaman Bersama dalam Perundangan Hal Jenayah (Pindaan) 2019 yang diusulkan oleh Kerajaan Hong Kong. Puak pembantah bimbang akan rang undang-undang ini akan menyebabkan bandar raya ini membuka peluang kepada pengaruh undang-undang tanah besar China dan rakyat dari Hong Kong kemudiannya akan tertakluk dengan sistem undang-undang yang berbeza.

Tunjuk perasaan Hong Kong 2019–2020
Beratus-ratus ribu orang penunjuk perasaan berarak dalam bantahan 9 Jun, ditangkap di Hennessy Road
Tarikh15 Mac 2019 – Sekarang
(5 tahun, 1 bulan dan 3 hari)
Lokasi
Hong Kong:
  • Wan Chai ke Admiralty (31 Mac 2019)
  • Causeway Bay ke Admiralty (28 April 2019)
  • Central ke Admiralty (6 Jun 2019)
  • Causeway Bay ke Admiralty (9 Jun 2019)
  • Admiralty (12 Jun 2019)
Beberapa dozen bandar lain di luar negara
PuncaUsul Rang Undang-undang Pesalah Buronan dan Bantuan Guaman Bersama dalam Perundangan Hal Jenayah (Pindaan) 2019 oleh Kerajaan Hong Kong
Matlamat
KaedahPendudukan, mogok duduk, keingkaran awam, bantahan jalanan bergerak, aktivisme internet, mogok besar-besaran
StatusSedang berlaku
Pihak terlibat
Profesion undang-undang
  • Pertubuhan Undang-undang Hong Kong
  • Persatuan Badan Peguam Hong Kong
Aktivis prodemokrasi
  • Barisan Hak Asasi Manusia Awam
  • Demosistō
  • Kem Prodemokrasi
Pihak berkuasa
Tertahan dan tercedera
Tercedera72[1] (sehingga 12 Jun 2019)
Ditangkap19[2] (sehingga 9 Jun 2019)

Pelbagai bantahan telah dilancarkan di Hong Kong oleh orang awam dan pengamal undang-undang. Antaranya, bantahan 9 Jun yang telah diatur oleh Barisan Hak Asasi Manusia Awam (CHRF) telah menganggarkan 1.03 juta orang menghadirinya dan telah mendapat liputan media massa besar.[3] Bantahan di tempat-tempat lain juga dilancarkan oleh orang Hong Kong di luar negara dan orang tempatan.

Walaupun terdapat bantahan yang meluas, kerajaan berkeras terhadap pelulusan rang undang-undang tersebut, menyatakan bahawa rang undang-undang tersebut penting dan menjadi "jalan keluar" untuk undang-undang yang patut dibaiki.[4] Bacaan kedua asalnya dijadualkan pada 12 Jun namun tidak dapat diadakan berikutan bantahan,[5] dan mesyuarat yang dijadual pada hari berikutnya, 13 Jun juga telah ditunda.[6]

Lihat juga

  • 2019 di Hong Kong
  • Lenyapan Causeway Bay Books
  • Bantahan Hong Kong
    • Perarakan 2010 bagi Hak Mengundi Umum
    • Bantahan Hong Kong 2014
    • Kekacauan awam Mong Kok 2016
    • Umbrella Movement
  • Hak asasi manusia di China

Rujukan

Pautan luar