Pergi ke kandungan

Nicolò Barella

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nicolò Barella
Maklumat peribadi
Nama penuhNicolò Barella
Tarikh lahir (1997-02-07) 7 Februari 1997 (umur 27)
Tempat lahirCagliari, Itali
Ketinggian1.72 m (5 ka 8 in)
Posisi permainanMidfielder
Maklumat kelab
Kelab terkini
Inter Milan
Nombor23
Kerjaya remaja
2006–2015Cagliari
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2015–2020Cagliari105(7)
2016→ Como (pinjam)16(0)
2019–2020Inter Milan (pinjam)27(1)
2020–Inter Milan36(3)
Pasukan kebangsaan
2012Itali B155(0)
2012–2013Itali B164(0)
2013–2014Itali B175(0)
2014–2015Itali B188(0)
2015–2016Itali B1916(0)
2016–2017Itali B208(0)
2017–Itali B219(1)
2018–Itali24(5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2021

Nicolò Barella (sebutan bahasa Itali: [nikoˈlɔ bbaˈrɛlla]; lahir 7 Februari 1997) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Inter Milan dan pasukan kebangsaan Itali.[1]

Kerjaya kelabsunting sumber

Cagliarisunting sumber

Dilahirkan di Cagliari, Barella merupakan produk daripada akademi Cagliari. Beliau melakukan penampilan sulungnya di Seire A pada 4 Mei 2015 ketika menentang Parma. Beliau telah menggantikan Diego Farias selepas 68 minit yang menyaksikan Cagliari meraih kemenangan besar 4–0.[2]

Pada Januari 2016, beliau telah dipinjam ke kelab Serie B, iaitu Como. Beliau telah dipilih menjadi pemain utama bagi menghadapi saki baki musim.[3][4]

Pada 17 September 2017, beliau telah menjaringkan gol sulungnya di Serie A ketika aksi menentang SPAL.[5]

Inter Milansunting sumber

Pada 12 Julai 2019, Barella melakukan perpindahan ke Inter Milan secara pinjaman selama satu tahun bersama pilihan untuk dibeli secara tetap bersama kontrak selama empat tahun sekiranya telah tamat tempoh pinjaman pemain tersebut.[6]

Kerjaya antarabangsasunting sumber

Barella telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Itali di bawah kendalian Gian Piero Ventura untuk menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Macedonia dan Albania pada Oktober 2017.[7]

Barella melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior Itali pada 10 Oktober 2018 di bawah bimbingan Roberto Mancini dalam perlawanan persahabatan menentang Ukraine yang tamat kedua-dua pasukan seri 1-1.[8] Pada 23 Mac 2019, Barella menjaringkan gol pertamanya untuk Itali dalam aksi kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Finland.[9]

Beliau mewakili pasukan bawah-21 Itali bagi menghadapi Kejohanan Eropah Bawah-21 2019.[10]

Statistik kerjayasunting sumber

Kelabsunting sumber

Sehingga 26 Mei 2019.
KelabMusimLigaPialaEropahJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Itali Como2015–1616000161
Itali Cagliari2014–15301040
2015–16500050
2016–1728020302
2017–1834610356
2018–1935130381
Jumlah1057701127
Itali Inter Milan2019–2000000000
Jumlah kerjaya1217701287

Antarabangsasunting sumber

Sehingga 11 Jun 2019.[11]
Pasukan kebangsaan Itali
TahunKmnclnGol
201840
201932
Jumlah72

Gol antarabangsasunting sumber

#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
1
23 Mac 2019Udine, Itali Finland
1–0
2–0
Kelayakan Euro 2020
2
8 Jun 2019Athens, Greece Yunani
0–1
0–3

Catatansunting sumber

Pautan luarsunting sumber

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno