Alam Komanwel

Alam Komanwel atau Alam Persemakmuran (Jawi: عالم کومانويل/عالم ڤرسمعمورن) merujuk kepada sesebuah daripada 16 buah negara berdaulat dalam lingkungan Negara-negara Komanwel yang menjadikan raja Inggeris (kini Charles III) sebagai ketua negara masing-masing. Jumlah keluasan negara-negara ini berjumlah 18.8 juta km² (tidak termasuk tuntutan di Antartika), dan jumlah penduduk sebanyak 129 juta. Negara-negara ini merupakan kerajaan yang bebas, dan raja itu merupakan raja setiap negara itu secara berasingan dan juga setara, tetapi negara-negara ini menjalin kesatuan peribadi sesama sendiri. Konsep ini disampaikan dalam pengisytiharan gelaran-gelaran baru Elizabeth II pada tahun 1952.

Alam Komanwel, ditanda warna merah jambu

Meskipun gelaran "Dominion" masih boleh digunakan untuk merujuk kepada mana-mana alam Komanwel selain United Kingdom, namun istilah "realm" kian menggantikannya sejak 1950-an. Kedua-dua istilah ini jelas ertinya dalam konteks Komanwel, namun, apabila perlunya untuk merujuk kepada alam-alam ini secara kolektif dalam konteks berlainan, maka alam-alam itu boleh dibezakan daripada alam-alam yang lain sebagai "alam Komanwel".

Setiap alam Komanwel merupakan ahli Negara-negara Komanwel, dan pada masa yang sama dibezakan daripada pertubuhan itu yang terbentuk daripada bekas negara jajahan British. Dalam lingkungan Komanwel, tidak terdapat perbezaan status antara alam Komanwel dan ahli Komanwel yang lain. Alam Komanwel tidak diwajibkan untuk kekal dalam pertubuhan Komanwel; sehingga kini tiada daripada 16 buah alam Komanwel meninggalkan pertubuhan tersebut.

Alam Komanwel kini

BenderaNegaraTarikhBendera Diraja
Antigua dan Barbudasejak kemerdekaan pada tahun 1981Tiada
Australiasejak pengamalan Statut Westminster pada tahun 1942 (diundurkan tarikh ke tahun 1939)
Bahamassejak kemerdekaan pada tahun 1973Tiada
Belizesejak kemerdekaan pada tahun 1981Tiada
Grenadasejak kemerdekaan pada tahun 1974Tiada
Jamaicasejak kemerdekaan pada tahun 1962Tiada
Kanadakesan Statut Westminster pada tahun 1931
New Zealandsejak pengamalan Statut Westminster pada tahun 1947
Papua New Guineasejak kemerdekaan pada tahun 1975Tiada
Saint Kitts dan Nevissejak kemerdekaan pada tahun 1983Tiada
Saint Luciasejak kemerdekaan pada tahun 1979Tiada
Saint Vincent dan Grenadinessejak kemerdekaan pada tahun 1979Tiada
Kepulauan Solomonsejak kemerdekaan pada tahun 1978Tiada
Tuvalusejak kemerdekaan pada tahun 1978Tiada
United Kingdomalam asal


Di bawah Perlembagaan Kepulauan Cook 1981, Raja dalam Hak New Zealand dijadikan ketua negara, tetapi apa-apa perubahan dalam pewarisan yang dilakukan oleh New Zealand tidak membawa apa-apa kesan di Kepulauan Cook melainkan diratifikasikan di sana secara berasingan. Kesannya, Kepulauan Cook dan Alam New Zealand menjalin kesatuan peribadi yang serupa kepada hubungan monarki di New Zealand kepada monarki United Kingdom selepas ratifikasi Statut Westminster pada tahun 1947.

Sistem kerajaan

Di luar United Kingdom, Raja melantik seorang Gabenor Jeneral untuk memainkan peranan sebagai wakil naib diraja baginda. Dalam hampir kesemua alam ini, Gabenor Jeneral dilantik oleh Raja atas nasihat Perdana Menteri negara masing-masing; di Kepulauan Solomon dan Tuvalu, Perdana Menteri perlu menasihati perundangan secara sulit. Di Papua New Guinea, Gabenor Jeneral dilantik oleh Raja melalui undian parlimen.

Di United Kingdom, Raja melantik Kaunselor Negeri untuk melaksanakan tugas baginda apabila baginda tidak hadir. Beliau juga diwakili oleh seorang Gabenor di setiap negeri di Australia, oleh Leftenan Gabenor di setiap wilayah di Kanada, dan oleh Wakil Raja di Kepulauan Cook. Dalam kes-kes ini, baginda diwakili dalam peranan baginda sebagai Raja dalam hak masing-masing Australia, Kanada, dan New Zealand.

Pegawai-pegawai ini melaksanakan hampir semua kuasa raja berperlembagaan dengan tugas-tugas yang kebanyakannya simbolik dan tidak berbentuk eksekutif, tetapi mereka juga memegang kuasa songsang yang bergelar Prerogatif Diraja.

Bekas Alam Komanwel

Berikutan kemerdekaan daripada United Kingdom, kebanyakan negara Komanwel mengekalkan Raja sebagai ketua negara, meskipun ada yang menjadi republik merdeka dan ada yang lain di bawah naungan monarki tempatan. Lama-kelamaan, sesetengah alam Komanwel beralih ke sistem republik, lalu mengamalkan perlembagaan baru atau meluluskan pindaan perlembagaan yang menyingkirkan raja sebagai ketua negara, serta menggantikan Gabenor Jeneral dengan seorang presiden melalui undian atau perlantikan.

BenderaNegaraSejakSehinggaKuasa PresidenSebab
Ceylon
kini Sri Lanka
19481972eksekutifperlembagaan baru
Barbados19662021beristiadatpindaan perlembagaan
Fiji19701987beristiadatrampasan kuasa oleh tentera
Gambia19651970beristiadatpungutan suara
Ghana19571960beristiadatpungutan suara
Guyana19661970eksekutifpindaan perlembagaan
India19471950beristiadatperlembagaan baru
Ireland19311936/1949beristiadatRaja disingkirkan dari perlembagaan dan jawatan Gabenor Jeneral dimansuhkan pada tahun 1936, jawatan Presiden dicipta pada tahun 1937 oleh perlembagaan yang diamalkan oleh plebisit, tetapi raja mengekalkan peranan luaran sehingga terisytiharnya republik pada tahun 1949 melalui perundangan biasa.
Kenya19631964eksekutifperlembagaan baru
Malawi19641966eksekutifperlembagaan baru
Malta19641974beristiadatpindaan perlembagaan
Mauritius19681992beristiadatpindaan perlembagaan
Nigeria19601963mula-mulanya beristiadat, kini eksekutifpindaan perlembagaan
Pakistan19471956mula-mulanya beristiadat, kini eksekutifperlembagaan baru
Sierra Leone19611971eksekutifperlembagaan baru
Kesatuan Afrika Selatan
kini Republik Afrika Selatan
19311961mula-mulanya beristiadat, kini eksekutifpungutan suara
Tanganyika
kini Tanzania
19611962eksekutifperlembagaan baru
Trinidad dan Tobago19621976beristiadatperlembagaan baru
Uganda19621963mula-mulanya beristiadat, kini eksekutifpindaan perlembagaan

Pautan luar

Komanwel

Australia

Kanada

New Zealand

Rujukan

  • V. Bogdanor, The Monarchy and the Constitution (Oxford, 1995)
  • P. McIntyre, "The Strange Death of Dominion Status", Journal of Imperial and Commonwealth History 27:2 (1999) 193-212