Tuvalu

Tuvalu, dahulunya dikenali sebagai Kepulauan Ellice, ialah sebuah negara kepulauan Polinesia terletak di Lautan Pasifik, sekitar pertengahan jalan di antara Hawaii dan Australia, terletak di timur-timur laut Kepulauan Santa Cruz (milik Kepulauan Solomon), tenggara Nauru, selatan Kiribati, barat Tokelau, barat laut Samoa dan Wallis dan Futuna dan utara Fiji. Negara ini terdiri daripada tiga pulau terumbu dan enam atol benar tersebar di antara latitud 5° ke 10° selatan dan longitud 176° ke 180°, barat Garisan Tarikh Antarabangsa. Tuvalu mempunyai populasi sebanyak 10,640 penduduk (banci 2012).[3][4] Kepulauan ini terletak dalam rantau Oceania dengan keluasan tanah keseluruhan berjumlah 26 kilometer persegi (10 bt2).

Tuvalu
Bendera Tuvalu
Jata Tuvalu
BenderaJata
Cogan kata"Tuvalu mo te Atua" (bahasa Tuvalu)
"Tuvalu demi Yang Maha Agung"
Lagu kebangsaan[Tuvalu mo te Atua] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (bahasa Tuvalu)
Tuvalu demi Yang Maha Agung
Lagu diraja: God Save the King (bahasa Inggeris)
Tuhan Selamatkan Raja
Lokasi Tuvalu
Ibu negaraFunafuti
8°31′S 179°12′E / 8.517°S 179.200°E / -8.517; 179.200
Bahasa rasmi
Kumpulan etnik
Agama
Gereja Tuvalu
KerajaanDemokrasi berparlimen tidak berpihak di bawah raja berperlembagaan
• Ratu
Raja Charles III
• Gabenor Jeneral
Tofiga Vaevalu Falani
Feleti Teo
Badan perundanganParlimen
Kemerdekaan
• daripada United Kingdom
1 Oktober 1978
Keluasan
• Jumlah
26 km2 (10 bt2) (ke-192)
• Perairan (%)
Boleh diabaikan
Populasi
• Perkiraan 2021
11,900 (ke-225)
• Bancian Penduduk 2017
10,645
475.88/km2 (1,232.5/sq mi) (27th)
KDNK (PPP)2016
• Jumlah
USD39 juta[1] (ke-226)
$3,566[1] (ke-156)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
USD45 juta[1] (ke-194)
USD2,970[1] (ke-118)
Gini (2010) 39.1[2]
sederhana
Mata wangDolar Tuvalu
Dolar Australia
(AUD)
Zon waktu()
Bahagian memandukiri
Kod panggilan+688
Kod ISO 3166TV
DPT internet.tv

Penamaan

Nama kepulauan ini bermaksud "lapan (valu, seturunan akar Austronesia dengan ꦮꦺꦴꦭꦸ wolu dalam bahasa Jawa)[5] sebangun/sediri" (tu) merujuk kepada lapan buah pulau asal yang ditemui dan diduduki manusia yang mendarat di situ.

Sejarah

Manusia difahamkan menduduki kepulauan ini selama beribu-ribu tahun berdasarkan tinggalan unggun api yang ditemui dalam gua-gua ditenggelamkan laut berdekatan pulau Nanumanga. Asal-usul pelayar yang mendatangi kepulauan ini tidak tentu dari sejarah lisan warisan masyarakat satu pulau ke satu pulau yang lain: penghuni pulau-pulau Niutao,[6] Funafuti dan Vaitupu menceritakan nenek moyang mereka datang dari Samoa,[7][8] manakala orang pulau Nanumea menceritakan moyang mereka berasal dari Tonga.[7]

Geografi dan persekitaran

Geografi

Pantai di atol Funafuti.

Tuvalu ialah sebuah gugusan pulau bergunung berapi, dan mengandungi tiga pulau terumbu (Nanumanga, Niutao dan Niulakita) dan enam atol betul (Funafuti, Nanumea, Nui, Nukufetau, Nukulaelae dan Vaitupu).[9] Kumpulan atol yang kecil dan berselerak mempunyai tanah yang lemah dan jumlah luas tanah hanya kira-kira 26 kilometer persegi (10 batu persegi) menjadikannya negara keempat terkecil di dunia. Sepanjang empat dekad, terdapat peningkatan bersih dalam luas tanah pulau kecil sebanyak 73.5 ha (2.9%), walau bagaimanapun perubahan ini tidak seragam, dengan 74% peningkatan dan 27% penurunan dalam saiz. Paras laut di tolok pasang surut Funafuti telah meningkat pada 3.9 mm per tahun, iaitu lebih kurang dua kali ganda purata dunia.[10] Peningkatan paras laut dikenal pasti mencipta pemindahan meningkat tenaga ombak menyeberangi permukaan terumbu, yang mengalihkan pasir, mengakibatkan akresi ke pinggir laut pulau.[9] Perdana Menteri Tuvalu menolak penemuan saintis.[11]

Pentadbiran

Tuvalu dibahagikan kepada sembilan buah daerah; tiga daripada daerah-daerah tersebut terdiri daripada hanya satu buah pulau dan selebihnya merangkumi lebih daripada satu buah pulau.

Daerah-daerah yang merangkumi banyak pulau ialah:

Daerah-daerah yang mentadbir hanya satu pulau ialah:

Demografi

Bahasa

Bahasa-bahasa rasmi Tuvalu ialah bahasa Tuvalu dan bahasa Inggeris. Secara asasnya, bahasa Tuvalu dituturi oleh semua penduduk Tuvalu, dan digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan Parlimen. Radio Tuvalu, radio milik kerajaan negara turut menyiarkan siaran dalam bahasa ini. Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 13 ribu orang penutur bahasa Tuvalu di seluruh dunia.[12][13]

Bahasa Inggeris pula tidak sering digunakan dalam kehidupan seharian.

Agama

Gereja Tuvalu merupakan gereja rasmi negara, dengan pengikutnya merangkumi 97% daripada penduduk Tuvalu setakat 2012.[14] Agama minoriti terbesar ialah Bahá'í, dengan dua peratus daripada penduduk negara menganuti agama ini.[15] Tuvalu memiliki 50 orang pengikut Islam Ahmadiyyah.[16]

Lihat juga

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno