Grand Theft Auto (siri permainan video)

siri permainan video

Grand Theft Auto (nama singkat: GTA) ialah sebuah siri permainan video yang dicipta oleh David Jones dan Mike Dailly[1], dan kemudiannya oleh saudara Dan dan Sam Houser, dan pereka permainan video, Zachary Clarke.[2]

Grand Theft Auto

Siri ini dibangunkan oleh Rockstar North (dahulunya dikenali sebagai DMA Design) dan diterbitkan oleh Rockstar Games. Nama siri ini berasal dari grand theft auto, iaitu satu istilah yang merujuk kepada kecurian kenderaan bermotor. Siri ini telah memenangi pelbagai anugerah.


Permainan

TahunTajukPemajuPlatfomEra[3]
KonsolKomputerHandheldTelefon bimbitMuat turun
1997Grand Theft AutoDMA Design, Tarantula StudiosPS1Windows, MS-DOSGame Boy ColorSteam2D
1999London, 1969DMA Design, Tarantula Studios,
Rockstar Canada, Runecraft
PS1Windows, MS-DOS
London, 1961Windows
Grand Theft Auto 2DMA Design, Tarantula StudiosPS1, DreamcastWindowsGame Boy ColorSteam
2001Grand Theft Auto IIIDMA Design, Rockstar ViennaPS2, XboxWindows, Mac OS XiOS, AndroidPSN, Steam3D
2002Vice CityRockstar North, Rockstar ViennaPS2, XboxWindows, Mac OS XiOS, AndroidPSN, Steam
2004AdvanceDigital EclipseGame Boy Advance
San AndreasRockstar NorthPS2, XboxWindows, Mac OS XiOS,Android, Windows PhonePSN, XBLM, Steam
2005Liberty City StoriesRockstar Leeds, Rockstar NorthPS2PSPIOS, Android
2006Vice City StoriesPS2PSP
2008Grand Theft Auto IVRockstar North, Rockstar TorontoPS3, Xbox 360WindowsSteamHD
2009The Lost and DamnedRockstar NorthPS3, Xbox 360WindowsSteam
Chinatown WarsRockstar Leeds, Rockstar NorthPSP, DSiOS, Android
The Ballad of Gay TonyRockstar NorthPS3, Xbox 360WindowsSteam
2013Grand Theft Auto VPS3, Xbox 360, PS4, Xbox OneWindows, PS5, Xbox Series X/Ssteam
2021Grand Theft Auto: The Trilogy -The Devinitive EditionPS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/SWindows

Sejarah

Grand Theft Auto

Grand Theft Auto, permainan pertama dalam siri Grand Theft Auto, dihasilkan oleh DMA Design, sebuah pembangun permainan video, dan dilancarkan untuk Microsoft DOS/Windows pada tahun 1997/1998 dan juga untuk Playstation. Permainan berlatarkan di tiga bandar fiksyen, Liberty City, San Andreas dan Vice City. Permainan untuk Game Boy Colour juga dilancarkan.

Kemudian, dua sambungan, Grand Theft Auto: London, 1969 dan Grand Theft Auto: London, 1961, masing-masing dilancarkan pada tarikh 31 Mac dan 1 Jun 1999.

Grand Theft Auto 2 (1999)

Permainan kedua dalam siri ini, Grand Theft Auto 2, telah dibangunkan untuk Microsoft Windows, PlayStation, dan Dreamcast, dan dikeluarkan pada tahun 1999. Ia memaparkan grafik yang dikemaskini dan cara permainan yang agak berbeza daripada permainan sebelumnya. Grand Theft Auto 2 berlaku dalam suasana retro-futuristik, di bandar Amerika yang tidak dinamakan.

Versi Game Boy Colour juga telah dihasilkan.

Permainan serupa

Disebabkan kejayaan siri ini, terutamanya Grand Theft Auto III dan permainan seterusnya, beberapa pemaju lain telah cuba meniru formula pemanduan/tembak-menembak GTA.

Nota dan rujukan

Pautan luar