Ivan Rakitić

Pemain bola sepak

Ivan Rakitić (lahir 10 Mac 1988) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk kelab Liga Profesional Saudi, Al-Shabab FC dan telah bersara dari perkhidmatan negaranya, pasukan kebangsaan Croatia. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Ivan Rakitić
Maklumat peribadi
Nama penuhIvan Rakitić[1]
Tarikh lahir (1988-03-10) 10 Mac 1988 (umur 36)
Tempat lahirRheinfelden[2], Switzerland
Ketinggian1.84 m (6 ka 0 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al-Shabab FC
Nombor4
Kerjaya remaja
1992–1995FC Möhlin-Riburg
1995–2005FC Basel
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2005–2007FC Basel34(11)
2007–2011Schalke 0497(12)
2011–2014Sevilla117(27)
2014–2020Barcelona170(24)
2020–2024Sevilla121(11)
2024–Al-Shabab1(1)
Pasukan kebangsaan
2006–2007Switzerland B-214(1)
2009Croatia B-214(2)
2007–Croatia104(15)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 Ogos 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 24 Mac 2019

Kehidupan awal

Rakitić telah dilahirkan di Rheinfelden[2], yang terletak di kanton Aargau. Keluarga beliau merupakan berbangsa Croatia. Bapa beliau, Luka dan keluarganya berasal dari Sikirevci manakala ibunya pula merupakan etnik Bosnia yang berasal dari Žepče. Rakitić menghabiskan masa kanak-kanaknya di Switzerland. Bapa dan abang beliau juga seorang pemain bola sepak.

Kerjaya kelab

Basel

Selepas menghabiskan sedikit masa bersama pasukan remaja, Rakitić membuat debut untuk pasukan senior Basel pada 29 September 2005 ketika perlawanan Piala UEFA menentang Široki Brijeg. Beliau membuat penampilan pertama di Liga Super Switzerland pada 15 April 2006 ketika Basel menentang Neuchâtel Xamax. Dalam musim pertamanya bersama Basel, beliau telah menjaringkan 11 gol daripada 33 penampilan liga. Beliau juga membuat enam penampilan Piala UEFA dan beliau dinobatkan sebagai pemain muda terbaik pada musim 2006–07 dan juga menerima anugerah Gol Terbaik Tahunan selepas beliau menjaringkan gol cantik ketika menentang St Gallen pada 22 Oktober 2006.[3]

Schalke

Pada 22 Jun 2007, beliau menandatangani kontrak bersama Schalke 04 dengan bayaran sebanyak €5 juta (RM21 juta).

Beliau membuat debut untuk Schalke pada 21 Julai 2007 dalam saingan DFB-Ligapokal menentang Karlsruher SC dan beliau hanya membuat dua penampilan untuk Schalke pada kejohanan itu dan Schalke menduduki tempat kedua. Pada 5 Ogos 2007, Rakitić menjaringkan gol pertama untuk kelab barunya ketika membelasah Eintracht Trier, 9-0 dalam pusingan pertama German Cup.

Pada 10 Ogos 2007, dalam musim baru Bundesliga perlawanan di antara Schalke dan Stuttgart, Rakitić memasuki padang pada separuh masa kedua dan menjaringkan gol pertamanya di Bundesliga selepas hanya tujuh minit berada di padang, dan keputusannya Schalke seri 2-2. Pada 15 September 2007, beliau menjaringkan gol sekali lagi buat Schalke ketika seri 1-1 menentang Bayern Munich.[4] Tiga hari kemudian, Rakitić membuat debut Liga Juara-Juara Eropah tewas 1-0 kepada Valencia. Beliau dan rakna sepasukan Mladen Krstajić digantung dari skuad kerana sebelum perlawanan Schalke menentang Rosenborg, mereka telah ditangkap kerana memonteng latihan dan pergi ke parti lewat malam. Rakitić kemudian mengalami kecederaan pada lutut ketika menjalani latihan untuk menentang Chelsea dan beliau terpaksa berehat selama sebulan.

Selepas beliau pulih dari kecederaan, Rakitić meledak satu gol dan membuat dua hantaran untuk Schalke menang bergaya 3–0 ke atas VfL Bochum[5] lalu Schalke menduduki tempat ketiga liga dan layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan. Beliau meneruskan perlawanan bersama Schalke dengan menentang Eintracht Frankfurt, beliau membuat hantaran kepada Mladen Krstajić untuk memberikan gol tunggal Schalke pada perlawanan itu. Dalam jumlah keseluruhannya, beliau menghabiskan musimnya di Bundesliga dengan menjaringkan tiga gol, sepuluh hantaran daripada 29 penampilan.

Sevilla

Rakitić bersama Sevilla F.C.

Pada 28 Januari 2011, Rakitić menandatangani kontrak selama empat tahun setengah bersama Sevilla FC dengan bayaran sebanyak €2.5 juta (RM10 juta).[6] Beliau membuat debut untuk Sevilla pada 6 Februari 2011 menentang Málaga CF. Dalam perlawanan seterusnya menentang Racing de Santander, beliau menjaringkan gol sendiri. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Sevilla ketika menentang Hércules CF. Beliau terlepas empat perlawanan liga akibat kakinya patah. Beliau menjaringkan lima gol dalam setengan musimnya untuk Sevilla daripada 13 perlawanan sebelum kecederaan kaki.

Ketika La Liga 2011–12, beliau telah membuat 39 penampilan dengan membuat enam hantaran dan menjaringkan satu gol.

Rakitić memulakan La Liga 2012–13 dengan membuat hantaran ketika perlawanan pembukaan menentang Getafe CF. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada musim itu pada hari kelima perlawanan menentang Deportivo de La Coruña. Rakitić menjaringkan dua gol ketika menentang pesaing dalam bandar yang sama, Real Betis.[7] Sehingga penghujung musim, beliau membuat 42 penampilan dan menjaringkan 12 gol dan tiga daripanya ketika Piala Sepanyol. Beliau juga membuat sepuluh hantaran. Statistik menunjukkan Rakitić telah mencipta 100 peluang dan kedudukan keempat semua pemain di Eropah yang mencipta banyak peluang.[8]

Dalam permulaan La Liga 2013–14, jurulatih Unai Emery menamakan Rakitić sebagai kapten pasukan baru Sevilla. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada musim itu ketika tewas 3-2 di tangan FC Barcelona pada 14 September selain beliau membuat dua hantaran. Beliau juga menjadi Pemain Terbaik Perlawanan ketika Sevilla menang Liga Europa UEFA 2013-14, 4-2 melalui penalti menentang kelab negara jiran, Benfica di Stadium Juventus, Turin, Itali.[9] Beliau juga termasuk dalam Pasukan Pilihan Liga Europa UEFA.[10] Beliau menghabiskan musimnya 2013-14 dengan menjaringkan 15 gol dan membuat 17 hantaran. Dalam Anugerah LFP, Rakitić tercalon dalam anugerah pemain tengah terbaik, di belakang Andrés Iniesta.

Barcelona

Pada 16 Jun 2014, FC Barcelona menandatangani Rakitić dengan kontrak lima tahun bermula pada 1 Julai.[11][12] Rakitić kemudian diberikan jeri nombor 4. Beliau membuat debut untuk Barcelona ketika perlawanan pra-musim menentang OGC Nice pada 2 Ogos. Ketika perlawanan pra-musim menentang HJK Helsinki, Rakitić membuat dua hantaran untuk Barcelona, kelab Catalan itu menang besar 6–0.[13] Rakitić menjaringkan gol pertamanya untuk Barcelona ketika menang besar 5-0 ke atas Levante pada 21 September 2014. Beliau menjaringkan gol itu dari luar kotak penalti.[14]

Kerjaya antarabangsa

Rakitić (kiri) ketika aksi perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Brazil.

Rakitić membuat debut untuk pasukan kebangsaan Croatia pada 8 September 2007 ketika perlawanan kelayakan UEFA Euro 2008 menentang Estonia di Zagreb, Croatia. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Croatia ketika perlawanan kelayakan seterusnya menentang Andorra, Croatia menang besar 6–0 pada 12 September 2007.

Pada awal Mei 2008, beliau sertai skuad Croatia yang beraksi di Euro 2008, beliau menjadi pemain kedua termuda. Ketika perlawanan suku akhir menentang Turki, selepas Croatia terikat seri 1-1, Rakitic mengambil sepakan penalti tetapi dapat dibaca oleh penjaga gol Turki, Rüştü Reçber. Croatia tewas kepada Turki 3-1 dan Croatia tersingkir daripada kejohanan itu.

Selepas bermain dalam kesemua perlawanan kelayakan Euro 2012, beliau dimasukkan dalam skuad Croatia yang beraksi di Euro 2012. Rakitic bermain dalam ketiga-tiga perlawanan Croatia di Euro 2012 menentang Republik Ireland, Itali dan Sepanyol.

Dalam kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 pada 12 Oktober 2012, beliau menjaringkan gol dari sepakan percuma ketika menentang Macedonia untuk membantu Croatia menang 2-1. Rakitić bermain dalam ketiga-tiga perlawanan Croatia di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Beliau membuat hantaran kepada gol tunggal Croatia ketika tewas 3-1 kepada Mexico.[15]

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiLawanSkorKeputusanKejohanan
112 September 2007Andorra la Vella, Andorra  Andorra0–60–6Kelayakan UEFA Euro 2008
220 Ogos 2008Maribor, Slovenia  Slovenia1–12–3Persahabatan
32–3
415 Oktober 2008Zagreb, Croatia  Andorra1–04–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
54–0
611 Februari 2009Bucharest, Romania  Romania1–11–2Persahabatan
75 September 2009Zagreb, Croatia  Belarus1–01–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
828 Mei 2010Osijek, Croatia  Wales1–02–0Persahabatan
912 Oktober 2012Skopje, Republik Macedonia  Macedonia Utara1–21–2Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014

Statistik kerjaya

Sehingga 13 Disember 2014
KelabLigaMusimLigaPialaEropahJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
BaselLiga Super Switzerland2005–0610101030
2006–07331150504311
Jumlah341160604611
Schalke 04Bundesliga2007–082936170424
2008–092314171343
2009–1029740337
2010–111615150262
Jumlah971219319113516
SevillaLa Liga2010–111361020166
2011–123603100391
2012–13349834212
2013–143412001835215
Jumlah1172712420314934
BarcelonaLa Liga2014–151431150204
Jumlah1431150204
Jumlah kerjaya2625238850435064

Pencapaian

Kelab

FC Basel
  • Piala Switzerland: 2006–07
Sevilla

Individu

  • Pasukan Pilihan La Liga: 2013–14
  • Pemain Bulanan La Liga: Januari 2014
  • Pasukan Pilihan Liga Europa: 2013–14
  • Perlawanan Akhir Liga Europa UEFA 2013-2014: Pemain Terbaik Perlawanan
  • Pemain Muda Terbaik Liga Super Switzerland: 2006-07
  • Gol Terbaik Musim Liga Super Switzerland: 2006-07

Rujukan

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Palop
Kapten Sevilla
2013–2014
Diikuti oleh:
Fernando Navarro