Kepulauan Virgin British

Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Kepulauan Dara British

Kepulauan Dara British (bahasa Inggeris: British Virgin Islands disingkatkan kepada BVI) merupakan sekumpulan pulau di Laut Caribbean dan timur Puerto Rico. Ia wilayah luar negeri tanggungan British dan dinamakan Kepulauan Dara British untuk membezakannya dengan Kepulauan Dara Amerika Syarikat di sebelah baratnya.

British Virgin Islands
Kepulauan Dara British
Bendera Kepulauan Dara BritishJata Kepulauan Dara British
BenderaJata
Cogan kata: "Vigilate"
Lagu: God Save the King
Lokasi Kepulauan Dara British
Lokasi Kepulauan Dara British
Ibu kotaRoad Town
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
NegaraUnited Kingdom
KerajaanWilayah Luar Negeri British
 - Ketua NegaraRatu Elizabeth II
 - GabenorDavid Pearey
 - Ketua MenteriOrlando Smith
Wilayah berautonomi 
 - Diisytiharkan1967 
Keluasan
 - Jumlah153 km² (ke-216)
59 km persegi 
 - Air (%)1.6
Penduduk
 - Bancian 200522,016
 - Kepadatan260/km² (ke-68)
673/km persegi
Mata wangDolar AS (USD)
Zon waktuQ (UTC-4)
Domain Internet.vg
Kod panggilan+1 (284)

Pulau-pulau utamanya ialah Tortola, Virgin Gorda, Anegada dan Jost Van Dyke bersama-sama dengan lebih 50 buah pulau-pulau kecil lain. Lebih kurang 15 buah daripada pulau-pulau ini berpenghuni. Pulau terbesar iaitu Tortola dianggarkan berukuran 20 km panjang dan 5 km lebar. Pulau-pulau ini mempunyai populasi seramai 22,000 orang dan lebih kurang 18,000 orang tinggal di Tortola. Ibu negeri pulau-pulau ini adalah Road Town yang terletak di Tortola.

Ekonomi

Kepulauan ini salah satu dari wilayah di Caribbean yang makmur dengan pendapatan keluaran dalam negara kasar per kapita berjumlah AS$38,500 (anggaran 2004).[1]

Ekonomi pulau terkenal melalu dua teras iaitu pelancongan dan perkhidmatan kewangan. Industri pelancongan penting kerana ia menjadi sumber pendapatan kebanyakan penduduk dan perniagaan tempatan seperti pemandu teksi dan penjaja jalanan. Bagaimanapun dari segi ekonomi, perkhidmatan kewangan lebih penting. Hampir separuh dari perolehan kerajaan datang dari bayaran lesen oleh syarikat luar persisir pantai, dan jumlah wang yang banyak juga datang dari cukai pendapatan yang dibayar mereka di dalam sektor industri amanah.

Pelancongan menyumbang 45% pendapatan kebangsaan. Pulau ini adalah destinasi popular warganegara Amerika Syarikat dengan lebih kurang 350,000 pelancong datang melawat setiap tahun (angka 1997). Pelancong gemar melawat pantai-pantainya, The Baths di Virgin Gorda, bersnorkel di Anegada, berkunjung ke bar Jost Van Dyke, atau belayar menjelajah pulau-pulau terpencil.

Pendapatan yang besar juga datang dari pendaftaran syarikat luar persisir pantai. Sehingga 2004, lebih dari 550,000 syarikat telah didaftar. Pada tahun 2000, KPMG melaporkan melalui kajiannya bahawa lebih 41% syarikat-syarikat luar persisir pantai dunia ditubuhkan di Kepulauan Dara British. Sejak 2001, perkhidmatan kewangan di pulau ini dikawal oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan yang bebas.

Sejak 1959, mata wang rasmi pulau ini adalah dolar Amerika Syarikat yang juga digunakan di Kepulauan Dara Amerika Syarikat yang berjiranan.

Kepulauan Virgin British adalah sasaran utama pengedar dadah yang menggunakan pulau ini sebagai pintu masuk ke Amerika Syarikat. Mengikut Pejabat Luar dan Komanwel, pengedaran dadah adalah ancaman serius ke atas kestabilan pulau.[2]

Nota kaki

Lihat juga