Patrick Kluivert

Patrick Stephan Kluivert ([ˈpɛtrɪk ˈklœy̯vərt] ( listen); lahir 1 Julai 1976) merupakan bekas pemain bola sepak Belanda dan kini berkhidmat sebagai direktor sukan bagi kelab Paris Saint-Germain di Perancis. Beliau sering bermain di posisi penyerang untuk kelab Ajax, Milan, FC Barcelona, Newcastle United, Valencia, PSV dan Lille.

Patrick Kluivert
Maklumat peribadi
Nama penuhPatrick Stephan Kluivert
Tarikh lahir (1976-07-01) 1 Julai 1976 (umur 47)
Tempat lahirAmsterdam, Belanda
Ketinggian1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Paris Saint-Germain (direktor bola sepak)
Kerjaya remaja
1983–1984Schellingwoude
1984–1994Ajax
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
1994–1997Ajax70(39)
1997–1998Milan27(6)
1998–2004Barcelona182(90)
2004–2005Newcastle United25(6)
2005–2006Valencia10(1)
2006–2007PSV16(3)
2007–2008Lille13(4)
Jumlah343(149)
Pasukan kebangsaan
1990–1991Belanda B162(0)
1991–1992Belanda B1710(2)
1992Belanda B83(2)
1992–1994Belanda B1920(6)
1994–2004Belanda79(40)
Pasukan diurus
2008–2010AZ (pembantu)
2010Brisbane Roar (pembantu)
2010–2011NEC (pembantu)
2011–2012Jong FC Twente
2012–2014Belanda (pembantu)
2015–2016Curaçao
2016Ajax A1 (belia)
2016–Paris Saint-Germain (direktor bola sepak)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Beliau sebahagian daripada "Generasi Emas" Ajax pada era 1990an dan pada masa itu, beliau baru berusia 18 tahun. Beliau menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 1995. Beliau kemudian meneruskan kariernya bersama Barcelona selama enam musim dan beliau bergandingan dengan penyerang Brazil, Rivaldo. Beliau merangkul dua kejuaraan La Liga dan satu trofi Copa del Rey.

Kluivert mewakili pasukan kebangsaan Belanda dari tahun 1994 hingga 2004. Dengan 40 gol dalam 79 kemunculan antarabangsa, beliau menjadi penjaring terbanyak pasukan kebangsaan sebelum dikejutkan Robin van Persie pada 2013. Beliau mewakili Belanda ke tiga edisi Kejohanan Eropah dan Piala Dunia 1998. Pada tahun 2004, beliau dinamakan Pelé dalam senarai FIFA 100, iaitu kumpulan pemain terhebat sepanjang zaman.

Beliau memulakan kerjaya pengurusnya di AZ sebagai pembantu jurulatih dan seterusnya di NEC. Beliau pernah berkhidmat di Brisbane Roar di Australia dalam tempoh yang singkat sebelum sertai Jong FC Twente dan mengendali pasukan itu sehingga meraih kejuaraan liga. Beliau turut menjadi pembantu jurulatih Louis van Gaal dalam pasukan kebangsaan Belanda yang menduduki tempat ketiga dalam Piala Dunia 2014. Pada tahun 2015, beliau mengambil alih jawatan pengurus pasukan kebangsaan Curaçao untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan kelayakan Piala Caribbean 2017. Pada tahun 2016, Kluivert diumumkan akan menjadi pelatih Ajax A1 (bawah-19) dan mengendali anaknya, Justin Kluivert sebelum menjadi direktor sukan Paris Saint-Germain.

Kehidupan awal

Kluivert telah dilahirkan pada 1 Julai 1976 di Amsterdam, Belanda. Bapanya merupakan bekas pemain bola sepak pofesional yang dilahirkan di Suriname manakala ibunya asal Curaçao. Kluivert melangkah ke alam bola sepak sewaktu beliau bermain sukan itu di jalanan. Selepas setahun di kelab Schellingwoude, beliau sertai Akademi Belia Ajax pada usia tujuh tahun.

Beliau bermain berbagai-bagai posisi sewaktu di akademi termasuklah di posisi pertahanan. Seterusnya, Kluivert bermain untuk pasukan bawah-15, bawah-16 dan bawah-17 Belanda.

Kerjaya kelab

Ajax

Kluivert sebahagian daripada Pasukan "Generasi Emas" Ajax pada 1990an. Beliau membuat debut untuk pasukan pertama Ajax pada 21 Ogos 1994 pada usia 18 tahun. Beliau beraksi dalam Piala Super Belanda menentang Feyenoord dan beliau turut menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan tersebut. Musim 1994-95 menyaksikan banyak lepasan akademi Ajax yang berpotensi besar termasuklah Edgar Davids, Clarence Seedorf dan Edwin van der Sar. Pencapaian berharga mereka adalah menjulang trofi Liga Juara-Juara. Pada perlawanan akhir tersebut, Kluivert memasuki padang sebagai pemain gantian sebelum menjaringkan gol tunggal atau dianggap gol kemenangan pada minit ke-85 menentang Milan sekali gus menjadikan Kluivert merupakan pemain termuda menjaringkan gol dalam pentas final kejohanan Eropah oleh kerana pada masa itu beliau baru berusia 18 tahun, sepuluh bulan dan 23 hari. Beliau menjadi "Budak Emas" Ajax pada pertengahan 1990an dan menjadi tonggak serangan utama Ajax pada masa itu. Ketika di Ajax, Kluivert didapati bersalah menyebabkan kematian kerana didapati memandu secara berbahaya dan beliau diperintahkan untuk melaksanakan 240 jam khidmat masyarakat. Pada tahun 1997, beliau menolak untuk menandatangani kontrak baru dan berpindah ke Milan secara perpindahan Bosman. Di Ajax, beliau telah menjaringkan 39 gol dalam 70 perlawanan liga Belanda selama tiga musim.

Milan

Kariernya di Milan bermula dengan baik apabila beliau menjaringkan gol sensasi sewaktu menentang Juventus dalam satu perlawanan persahabatan. Selepas hanya menjaringkan enam gol dalam Serie A, beliau melakukan perpindahan ke FC Barcelona.

Barcelona

Pada 28 Ogos 1998, sejam sebelum jendela perpindahan ditutup, Kluivert menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona dengan kos perpindahan yang menelan 8.75 juta euro. Kluivert bersatu semula dengan Louis van Gaal, seorang mentornya ketika di Ajax. Kluivert membentuk jentera serangan mantap bersama Rivaldo, yang membolehkan Barça mempertahankan kejuaraan La Liga pada musim 1998–99. Musim seterusnya merupakan musim cemerlang bagi Kluivert. Walaupun Barcelona gagal mempertahankan gelaran liga ketiga berturut-turut, tetapi Kluivert menjadi penjaring terbanyak kelab dengan 15 gol liga.[1] Beliau dilepaskan Barcelona pada musim panas 2004. Beliau telah menjaringkan 90 gol liga buat kelab dan menjadikan beliau penjaring keenam terbanyak Barcelona sepanjang zaman dalam La Liga.

Newcastle United

Kluivert sertai Newcastle United pada 21 Julai 2004 dan bergandingan bersama Alan Shearer. Walaupun menjaringkan 13 gol dalam musim debutnya, Newcastle menamatkan saingan liga berada hampir tangga tercorot yang mencetuskan klausa dalam kontraknya dengan mengatakan mana-mana pihak boleh membuat keputusan untuk tidak melanjutkan kontraknya lagi.

Valencia

Kluivert memutuskan untuk kembali ke Sepanyol oleh kerana beliau menyertai kelab Valencia. Kluivert diberikan kebenaran untuk mengintai kelab baru pada Julai 2006 selepas hanya satu musim dan bermain selama 202 minit. Kebanyakan masanya dipenuhi dengan kecederaan.

PSV

Walaupun khabar angin meluas mengatakan Kluivert akan kembali ke tanah airnya untuk kembali semula ke Ajax, Kluivert kembali ke Eredivisie tetapi menjadi pemain PSV selepas beliau menandatangani kontrak setahun pada 2006. Seperti di Ajax, beliau membuat debut untuk PSV menentang Feyenoord yang berkesudahan PSV menang 2-1. Selepas itu, beliau mengalami dua kecederaan ketika separuh pertama musim yang menyebabkan masa bermainnya terhad. Pada perlawanan menentang Ajax di laman sendiri, Kluivert tidak meraikan golnya sewaktu menentang kelab lamanya. Beliau akhirnya dilepaskan pada Julai 2007.

Lille

Pada 25 Julai 2007, Kluivert sertai kelab Perancis, Lille. Kluivert mempunyai pengalaman berlainan dengan kelab Perancis, Lille. Walaupun hanya beraksi 10 perlawanan, tetapi dalam penampilan ini, beliau menyumbang empat gol dan membantu jaringan berharga. Pada Mei 2008, Kluivert memberitahu pengurus Lille, Claude Puel bahawa beliau akan menjelajah ke cabaran baru untuk musim seterusnya.

Kerjaya antarabangsa

Kluivert melakukan debut untuk pasukan kebangsaan Belanda pada 16 November 1994 menentang Republik Czech dalam perlawanan kelayakan Euro 1996. Beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada perlawanan keduanya untuk Belanda pada 29 Mac 1995. Beliau menggantikan Ronald de Boer pada minit ke-77 dan tujuh minit kemudian, beliau menyumbat jaringan pertamanya menentang Malta.

Kluivert banyak terlepas aksi UEFA Euro 1996 akibat mengalami kecederaan lutut. Pada perlawanan terakhir pusingan kumpulan, beliau menjaringkan gol hasil hantaran Dennis Bergkamp ketika menentang England sekali gus membolehkan Belanda mendapatkan tempat di pusingan kalah mati menerusi perbezaan gol dengan Scotland. Walau bagaimanapun, mereka tewas pada penentuan penalti kepada Perancis.

Dalam saingan Piala Dunia 1998, Kluivert dibuang padang pada perlawanan menentang Belgium oleh pengadil perlawanan, Pierluigi Collina selepas menyiku Lorenzo Staelens. Beliau seterusnya membetulkan kesalahannya apabila dipilih untuk beraksi menentang Argentina pada peringkat suku akhir dan menyaksikan Kluivert menjaringkan gol pembukaan perlawanan. Beliau turut menjaringkan gol penyamaan pada lewat perlawanan sewaktu menentang Brazil pada peringkat separuh akhir namun perlawanan berkesudahan Belanda tewas menerusi penentuan penalti.

Kejohanan Euro 2000 menjadikan Kluivert tonggak utama Belanda selaku tuan rumah. Beliau menyumbat hatrik pada peringkat suku akhir menentang Yugoslavia. Beliau asalnya menjaringkan empat gol tetapi gol ketiganya tidak dikira gol sendiri oleh pemain Yugoslavia, Dejan Govedarica selepas Kluivert mengakui tidak menerima sentuhan hasil hantaran lintang Paul Bosvelt. Perlawanan berkesudahan Belanda menang besar 6-1. Pada perlawanan seterusnya menentang Itali, Kluivert gagal memanfaatkan dua peluang terbaik dari kotak penalti. Kluivert turut gagal menyempurnakan penaltinya pada tengah perlawanan walaupun beliau berjaya menyudahkannya pada penentuan penalti. Walaupun laluan Belanda tersekat di separuh akhir, Kluivert menerima anugerah Kasut Emas bersama Savo Milošević.

Selepas kejohanan UEFA Euro 2004, beliau tidak dipanggil ke skuad Piala Dunia 2006 oleh jurulatih Marco van Basten. Kluivert turut tidak beraksi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia. Hal ini kerana kecederaan dialaminya menghalang beliau bermain untuk kelab ketika musim 2005-06. Kluivert menjadi penjaring terbanyak pasukan kebangsaan Belanda dengan 40 gol sebelum rekod itu dikejutkan Robin van Persie pada 2013.

Statistik

Pasukan kebangsaan Belanda
TahunKmnclnGol
199410
199553
199651
199752
1998117
199984
20001412
200194
200263
2003114
200440
Jumlah7940

Gol antarabangsa

Kerjaya pengurus

Pada 29 April 2008, media Belanda melaporkan Kluivert akan mengambil kursus kejurulatihan di Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB) untuk menjadi seorang jurulatih bola sepak profesional.[2] Pada 18 Julai 2008, laman web bola sepak Goal.com melaporkan Kluivert akan termasuk dalam kakitangan kejurulatihan bagi kelab AZ untuk musim 2008-09. Kemudian dalam satu pertemuan dengan Soccer AM, Kluivert mendedahkan peranannya termasuklah melatih pemain penyerang AZ.

Pada Januari 2010, Kluivert mengambil alih jawatan sebagai pembantu jurulatih kelab Austaralia, Brisbane Roar FC di bawah ketua jurulatih Ange Postecoglou.[3] Bermula Ogos 2010, beliau mula menjadi pembantu jurulatih NEC dengan mengendali penyerang pasukan. Pada musim 2011-12, beliau menjadi jurulatih pasukan remaja FC Twente dan turut mengendali Jong FC Twente untuk merangkul kejuaraan Beloften Eredivisie.

Pada Ogos 2012, Kluivert sertai kakitangan kejurulatihan pasukan kebangsaan Belanda di bawah ketua jurulatih Louis van Gaal. Kluivert bersama Belanda berjaya meraih tempat ketiga dalam kempen Piala Dunia 2014.

Pada 5 Mac 2015, Kluivert menjadi pengurus pasukan bola sepak kebangsaan Curaçao untuk kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2018. Curaçao mara ke pusingan kelayakan seterusnya selepas mengetepikan Montserrat dan Cuba. Pada 8 September 2015, Curaçao tersingkir pada kelayakan pusingan ketiga oleh El Salvador menerusi agregat 2-0.[4] Selepas membantu pasukannya ke tahap terbaik dalam kempen kelayakan Piala Dunia, Kluivert mengumumkan beliau akan tamat menjadi jurulatih pasukan itu pada 10 September 2015. Sementara itu, beliau sentiasa menjadi penasihat rapat kepada Persekutuan Bola Sepak Curaçao.[5]

Pada 24 Februari 2016, Kluivert mengumumkan keputusannya untuk kekal sebagai ketua jurulatih Curaçao bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Caribbean menentang Republik Dominika dan Barbados. Pada 2 Mei 2016, ia diumumkan Kluivert akan mengambil alih jawatan ketua jurulatih Ajax A1 (under-19) bagi musim 2016-17 dan dilihat beliau akan mengendali anak lelakinya, Justin Kluivert.[6]

Selepas pengumumkan dibuat iaitu beliau akan menyertai Ajax, Kluivertt kekal menjadi ketua jurulatih Curaçao bagi pusingan kedua kelayakan Piala Caribbean menentang Guyana dan Kepulauan Virgin A.S.. Curaçao berjaya menewaskan kedua-dua lawan tersebut. Pada 14 Julai 2016, Kluivert diumumkan tidak lagi menjadi jurulatih bawah-19 Ajax selepas beliau sebaliknya menjadi direktor bola sepak bagi kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain. Beliau melahirkan hasrat untuk kekal di Ajax tetapi beliau tidak boleh menolak tawaran dibuat PSG.

Statistik kerjaya

KelabMusimLigaPialaEropahJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Ajax1994–952518211023721
1995–96281521853821
1996–971761042228
Jumlah7039522299750
Milan1997–9827663339
Barcelona1998–993515313816
1999–20002615211474223
2000–013118521254825
2001–023318001775025
2002–033616001555121
2003–0421820322610
Jumlah182901246126255120
Newcastle United2004–0525662653713
Valencia2005–0610110111
PSV2006–071632030213
Lille2007–0813410144
Jumlah kerjaya34314933119240468200

Pencapaian

Pemain

Kelab

Ajax[7]
Barcelona[8]
PSV[9]

Jurulatih

Pengurus

Jong FC Twente[10]
  • Beloften Eredivisie (1): 2011–12

Pembantu jurulatih

Belanda[11]

Individu

Catatan

Pautan luar