Pavel Durov

Pavel Valeryevich Durov ( Rusia: Павел Валерьевич Дуров ) merupakan seorang usahawan Rusia yang dikenali sebagai pengasas kepada jaringan sosial popular di Rusia, VK dan kemudiannya Telegram Messenger . [3] Beliau merupakan adik kepada Nikolai Durov . Selepas pemecatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif VK pada tahun 2014, [4] Durov telah mengembara ke seluruh dunia dalam buangan sendiri [5] sebagai warga Saint Kitts dan Nevis . [6] Pada tahun 2017, Pavel menyertai Pemimpin Global Muda Forum Ekonomi Dunia (WEF) sebagai wakil Finland. [7] [8] Menurut Jurnal Rasmi Republik Perancis, Durov telah dinaturalisasikan sebagai warganegara Perancis pada 25 Ogos 2021. [2] Setakat 14 Mac 2022, nilai bersih hartanya ialah $15.1billion. [9]

Pavel Durov
Durov pada tahun 2013
Kelahiran
Pavel Valeryevich Durov

WarganegaraRusia
KerakyatanRusia, Kittitian,[1] Perancis[2]
Pusat pendidikanUniversiti Negara St. Petersburg
PekerjaanUsahawan
Tahun aktif2006–kini
Terkenal keranaPengasas VK pada tahun 2006
Pengasas Telegram Messenger pada tahun 2013
IbuAlbina Durova
BapaValery Durov
SaudaraNikolai Durov (abang)
Anugerah8
Laman web rasmitelegram.me/durov

Keluarga

Kehidupan awal dan pendidikan

Pavel Durov dilahirkan di Leningrad (kini Saint Petersburg ), tetapi menghabiskan sebahagian besar masa kecilnya di Turin, Itali, tempat bapanya bekerja. [10] Pada tahun 2006, beliau berjaya menamatkan pelajaran dari Jabatan Filologi Universiti Negara Saint Petersburg, di mana beliau menerima ijazah kelas pertama. Kehidupan awal dan kerjaya Pavel Durov diterangkan secara terperinci dalam buku berbahasa Rusia he Durov Code. The True Story of VK and its Creator (2012). [11]


Bapa Durov, Valery Semenovich Durov merupakan seorang Doktor Sains Filologi dan banyak menulis kertas akademik. Sejak tahun 1992, bapanya telah menjadi ketua Jabatan Filologi Klasik bagi Fakulti Filologi di Universiti Negara Saint Petersburg . [12] Manakala datuk Pavel Durov, Semyon Petrovich Tulyakov bertempur dalam Perang Dunia II dan berkhidmat dalam Rejimen Infantri ke-65.

Kerjaya

VK

Pada tahun 2006, Durov memulakan VKontakte yang kemudiannya dikenali sebagai VK yang banyak dipengaruhi oleh Facebook . [13] Semasa beliau dan abangnya Nikolai membina laman web VKontakte, syarikat itu meningkat kepada nilai $3 bilion. [6]

Durov pernah terlibat dengan pergaduhan dengan polis di Saint Petersburg pada tahun 2011. Pada ketika itu, kerajaan menuntut beliau untuk membuang halaman ahli politik pembangkang selepas pilihan raya 2011 Duma. Durov telah bertindak menyiarkan gambar seekor anjing dengan lidahnya memakai hoodie. Polis telah bersurai selepas sejam setelah Durov enggan membuka pintu.[11] [13]

Pada tahun 2012, Durov telah secara terbuka menyiarkan gambar dirinya memanjangkan jari tengahnya dengan menyebutnya sebagai respons rasminya terhadap usaha Kumpulan Mail.ru untuk membeli VK. [11] Pada Disember 2013, Durov telah memutuskan untuk menjual sahamnya sebanyak 12% kepada Ivan Tavrin (pada masa itu 40% saham milik Kumpulan Mail.ru, dan 48% kepada United Capital Partners ). Kemudian, Tavrin bertindak menjual semula saham ini kepada Kumpulan Mail.ru. [14] [6] [15] [16]

Pemecatan daripada VK

Durov telah menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada ahli lembaga pada 1 April 2014. Pada mulanya ia dipercayai mempunyai kaitan dengan isu Perang Rusia-Ukraine yang telah bermula pada bulan Februari tahun yang sama. [17] Walau bagaimanapun, pada 3 April 2014, Durov telah menyangkal dengan mendakwa ia adalah jenaka sempena April Fool. [18] [19]

Pada 16 April 2014, Durov secara terbuka menolak untuk menyerahkan data-data penunjuk perasaan Ukraine yang diminta oleh agensi keselamat Rusia serta menyekat halaman Alexei Navalny di VK. [4] Sebaliknya, beliau menyiarkan pesanan yang berkaitan pada halaman VKnya sendiri, [20] [21] dengan mendakwa bahawa permintaan tersebut adalah salah di sisi undang-undang.

Pada 21 April 2014, Durov telah dipecat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif VK. Syarikat itu mendakwa bahawa tindakan tersebut berkaitan dengan surat peletakan jawatannya yang gagal ditarik semula oleh Durov. [4] [22] Durov kemudiannya mendakwa syarikat itu telah diambil alih oleh sekutu Vladimir Putin, [22] [23] yang mencadangkan penyingkirannya kerana keengganannya untuk menyerahkan butiran peribadi pengguna kepada penguatkuasa undang-undang persekutuan serta butiran peribadi individu yang dedikasi kepada gerakan protes Euromaidan . [22] [23] Durov kemudian meninggalkan Rusia dan menyatakan bahawa beliau "tidak bercadang untuk kembali" [23] dan "negara itu tidak serasi dengan perniagaan Internet pada masa ini". [4]

Telegram

Selepas meninggalkan Rusia, beliau memperoleh kewarganegaraan Saint Kitts dan Nevis melalui derma sebanyak $250,000 kepada Yayasan Kepelbagaian Industri Gula negara itu, dan memperoleh wang tunai $300 juta dalam bank Switzerland. Ini membolehkannya menumpukan pada mencipta syarikatnya yang seterusnya iaitu Telegram. Telegram beribu pejabat di Berlin dan kemudiannya berpindah ke Dubai . [6] Beberapa ketika kemudian, dalam usaha untuk membangunkan kejayaan Telegram yang semakin meningkat, Durov melancarkan mata wang kripto "Gram" dan platform TON dengan peningkatan permulaan pelaburan $1.7 bilion termasuk dari balu Steve Jobs, Laurene Powell Jobs . Bagaimanapun, usaha niaga ini telah dihentikan oleh pengawal selia Amerika SEC yang berhujah di mahkamah bahawa Grams memintas undang-undang pembiayaan AS dan harus mengembalikan wang itu kepada pelaburnya. 

Pada 2018, Rusia cuba menyekat Telegram, kononnya selepas syarikat itu enggan bekerjasama dengan perkhidmatan keselamatan Rusia. Sebuah surat dibocorkan oleh seorang pekerja FSB RF menyatakan bahawa blok itu sebenarnya terikat dengan niat syarikat untuk melancarkan Rangkaian Terbuka Telegramnya sendiri. [24] Semasa tempoh percubaan menyekat, Kementerian Luar Negeri Rusia terus mengendalikan saluran rasmi pada aplikasinya. Perintah sekatan telah ditarik balik pada tahun 2020, selepas dua tahun percubaan sekatan . Alasan yang dinyatakan ialah Telegram bersetuju untuk "menentang keganasan dan ekstremisme" di platform. [25] [26] [27] [28]

Kekayaan

Durov telah disenaraikan dalam Senarai Jutawan Forbes pada tahun 2022, dengan nilai bersih $15.1 bilion. Kekayaan beliau sebahagian besarnya didorong oleh pemilikannya terhadap Telegram. Sehingga Mac 2022, Durov disenarikan sebagai individu ke-112 terkaya di dunia. [9]

Pandangan

Durov menggambarkan dirinya sebagai seorang libertarian, teetotaler dan vegetarian . [29] [30] [31] [32] [33] Pada tahun 2012, beliau menerbitkan manifesto yang disifatkan oleh pengulas sebagai " libertarianisme " yang memperincikan ideanya untuk menambah baik Rusia. [34] Semasa hari lahirnya yang ke-27 pada tahun 2011, beliau menderma satu juta dolar kepada Yayasan Wikimedia, [35] pengasas dan pengerusi kehormatnya ialah rakan libertarian Jimmy Wales . [36]

Durov mendakwa mempunyai gaya hidup pertapa, dan menggalakkan kebebasan daripada harta benda peribadi. [37] [38] [39]

Penghargaan

Durov telah digelar sebagai Mark Zuckerberg dari Rusia. [40]

Pada Ogos 2014, Durov dinamakan sebagai pemimpin Eropah Utara yang paling menjanjikan di bawah 30 tahun. [41] Pada 2017, beliau telah dipilih untuk menyertai WEF Young Global Leaders, mewakili Finland. [7] [8]

Rujukan