Percy Bysshe Shelley

Percy Bysshe Shelley (/bɪʃ/ ( dengar) BISH;[1][2] 4 Ogos 1792 – 8 Julai 1822) ialah seorang penulis dan penyajak dari England berkecimpung dalam pergerakan Romantisisme.[3][4]

Percy Bysshe Shelley
Potret lukisan Alfred Clint, t. 1829
Potret lukisan Alfred Clint, t. 1829
Lahir(1792-08-04)4 Ogos 1792
Horsham, Sussex, England
Meninggal dunia8 Julai 1822(1822-07-08) (umur 29)
Teluk La Spezia, Kerajaan Sardinia (kini Itali)
Pekerjaan
  • Penyajak
  • Penulis karangan, novel
  • Pengarang drama
WarganegaraEngland
PendidikanKolej Eton
Alma materUniversity College, Oxford
Pergerakan sasteraRomantisisme
Pasangan
  • Harriet Westbrook (k. 1811; m. 1816)
  • Mary Shelley (k. 1816)
Ibubapa
  • Timothy Shelley
  • Elizabeth Pilfold
Tandatangan

Shelley tidak begitu terkenal sepanang hayatnya, namun penelitian lanjut karya-karya beliau selepas kematiannya mengesan dalam sehingga mempengaruhi banyak penyajak dari generasi-generasi selepasnya termasuk Robert Browning, Algernon Swinburne, Thomas Hardy dan William Butler Yeats.[5] Penulisan beliau turut memberi ilham dalam bidang politik terutamanya dalam kalangan pemikir radikal[6] sehingga menarik perhatian orang seumpama Karl Marx, Mahatma Gandhi, and George Bernard Shaw.[6][7][8]

Beliau suami kepada Mary Shelley, penulis mempelopori konsep cereka berasaskan penemuan sains melalui karya Frankenstein tahun 1823.

Biografi

Awal hidup dan pendidikan

Shelley lahir pada 4 Ogos 1792 di Field Place, Broadbridge Heath, berdekatan Horsham di Sussex Barat, England.[9][10] Beliau anak sulung dari enam adik beradik - seorang adik lelaki dan 4 adik perempuan - kepada Sir Timothy Shelley, Ahli Parlimen mewakili Horsham (1790-1792) dan Shoreham (1806-1812) dari Parti Whig dan Elizabeth Pilfold (1763–1846), anak seorang penjual daging laris.[11] Beliau amat rapat dengan adik-adik dan emaknya yang mengalakkannya mengembara mengenal dunia sekelilingnya.[12][13]

Beliau memasuki sekolah diuruskan paderi Warnham usia enam tahun tidak sahaja menunjukkan kehandalan daya ingatannya malah minat terhadap bahasa.[14] Pada 1802, beliau memasuki sekolah seorang sepupunya Syon House Brentford, Middlesex; beliau sering dibuli sehinggakan terpaksa berlaku ganas untuk mempertahankan dirinya, malah keadaan ini menjejaskan beliau sehingga sering menggigau dan berhalusinasi dalam tidurnya.

Beliau menulis karya-karya pertamanya bertajuk Original Poetry by Victor and Cazire bersama seorang adiknya Elizabeth dan el St. Irvine; or, The Rosicrucian: A Romance pada Oktober 1801, tidak lama sebelum beliau melanjutkan pelajaran di University College, Oxford..[15][16]

Perjalanan di Eropah

Akhir usia

Pada 1 Julai 1822, Shelley dan Edward Williams berlayar dalam kapal Don Juan ke Livorno untuk bertemu Leigh Hunt dan Byron dalam perancangan menghasilkan jurnal penulisan baharu mereka, The Liberal. Seminggu kemudian, Shelley, Williams dan pemandu kapal mereka ke Lerici, namun mereka terperangkap dalam suatu ribut.[17] sehingga bangkai kapal itu tenggelam.[18] Mayat Shelley ditemui dalam keadaan mereput teruk terdampar di Viareggio sepuluh hari kemudian ditemui dan dikenal pasti Trelawny melalui beberapa peninggalannya.

L'Enterrement de Shelley oleh Louis Édouard Fournier (1889).

Mayatnya dibakar pada 16 Ogos di pantai bandar tersebut, abu tinggalan beliau disemadukan di Tanah Perkuburan Protestan Rom.[19] Jantung beliau tidak terjejas dari pembakaran tersebut barangkali kerana mengeras berikutan suatu jangkitan batuk kering dialaminya, Trelawny memberikan jantung ini kepada Hunt yang menyimpan ia dalam larutan alkohol yang beberapa lama kemudiannya diserahkan kepada Mary;[20] jantung ini kahirnya dikebumikan sama ada di St Peter's Church, Bournemouth atau di Christchurch Priory.[21][22]

Gaya penulisan

Pemikiran

Senarai karya

Sajak dan prosa

  • (1810) Zastrozzi
  • (1810) Original Poetry by Victor and Cazire (bersama Elizabeth Shelley)
  • (1810) Posthumous Fragments of Margaret Nicholson: Being Poems Found Amongst the Papers of That Noted Female Who Attempted the Life of the King in 1786
  • (1810) St. Irvyne; or, The Rosicrucian (terbit 1811)
  • (1812) The Devil's Walk: A Ballad
  • (1813) Queen Mab: A Philosophical Poem
  • (1815) Alastor, or The Spirit of Solitude (Published 1816)
  • (1816) Mont Blanc
  • (1816) On Death
  • (1817) Hymn to Intellectual Beauty (text)
  • (1817) Laon and Cythna; or, The Revolution of the Golden City: A Vision of the Nineteenth Century (terbit 1818)
  • (1818) The Revolt of Islam, A Poem, in Twelve Cantos
  • (1818) Ozymandias (text)
  • (1818) Rosalind and Helen: A Modern Eclogue (terbit 1819)
  • (1818) Lines Written Among the Euganean Hills, October 1818
  • (1819) The Cenci, A Tragedy, in Five Acts
  • (1819) Ode to the West Wind (text)
  • (1819) The Mask of Anarchy (terbit 1832)
  • (1819) England in 1819
  • (1819) Julian and Maddalo: A Conversation
  • (1820) Peter Bell the Third (terbit 1839)
  • (1820) Prometheus Unbound, A Lyrical Drama, in Four Acts
  • (1820) To a Skylark
  • (1820) The Cloud
  • (1820) The Sensitive Plant[23]
  • (1820) Oedipus Tyrannus; Or, Swellfoot The Tyrant: A Tragedy in Two Acts
  • (1820) The Witch of Atlas (terbit 1824)
  • (1821) Adonais
  • (1821) Epipsychidion
  • (1822) Hellas, A Lyrical Drama
  • (1822) The Triumph of Life (unfinished, terbit 1824)

Karangan

  • The Necessity of Atheism (with T. J. Hogg) (1811)
  • Poetical Essay on the Existing State of Things (1811)
  • An Address, to the Irish People (1812)
  • Declaration of Rights (1812)
  • A Letter to Lord Ellenborough (1812)
  • A Vindication of Natural Diet (1813)
  • A Refutation of Deism (1814)
  • Speculations on Metaphysics (1814)
  • On the Vegetable System of Diet (1814–1815; terbit 1929)
  • On a Future State (1815)
  • On The Punishment of Death (1815)
  • Speculations on Morals (1817)
  • On Christianity (incomplete, 1817; terbit 1859)
  • On Love (1818)
  • On the Literature, the Arts and the Manners of the Athenians (1818)
  • On The Symposium, or Preface to The Banquet Of Plato (1818)
  • On Frankenstein (1818; terbit 1832)
  • On Life (1819)
  • A Philosophical View of Reform (1819–20, terbit 1920)
  • A Defence of Poetry (1821, terbit 1840)

Rujukan

Sumber utama
  • Bieri, James (2008). Percy Bysshe Shelley: A Biography. [Johns Hopkins University Press. ISBN 0-8018-8861-1. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan).
  • Holmes, Richard (1975). Shelley: The Pursuit. E.P. Dutton. Unknown parameter |lication= ignored (bantuan)

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno