Rampasan kuasa

Rampasan kuasa atau kudeta[1] (daripada istilah iaitu "pukulan terhadap negara"[2]) ialah "penggulingan kekuasaan" suatu pemerintahan biasanya secara keras dan tiba-tiba oleh golongan dalam tertentu - selalunya tentera - dalam sebuah negara, dan akan digantikan dengan pemerintah lain, sama ada awam atau tentera.[3][4] Jika rampasan kuasa tersebut tidak berjaya sepenuhnya, ia mungkin menyebabkan perang saudara.

Pengungkapan situasi gawat dalam bahasa Perancis asalnya untuk menerangkan menggambarkan keadaan penumpasan kuasa perundangan oleh pihak eksekutif beberapa kali di negara Perancis terutamanya semasa insiden 18 Brumaire dilaksanakan Napoleon Bonaparte.[5]

Jenis

Sebuah kajian bertarikh tahun 2016 mengkategorikan perampasan ini kepada empat hasil yang berkemungkinan:[6]

  • Rampasan yang gagal
  • Tiada perubahan pada rejim, misalnya apabila seseorang ketua itu diusir keluar tanpa berubahnya identiti kumpulan yang mengambil alih mahupun undang-undang memerintah
  • Penggantian kediktatoran yang sedia ada dengan suatu kediktatoran lain yang baru
  • Penggantian kediktatoran diikuti oleh pendemokrasian (dikenali sebagai "rampasan berdemokrasi")[7]

Kajian ini juga mendapati bahawa hampir separuh daripada perampasan kuasa yang berlaku sewaktu dan selepas Perang Dingin turut melantik rejim autokratik yang baru.[6] Kediktatoran baru yang diasaskan gerakan perampas kuasa melakukan lebih banyak penindasan pada tahun berikutan sesebuah rampasan berbanding dengan tahun sebelum perampasan itu berlaku.[6] Satu pertiga daripada rampasan yang dilakukan sewaktu Perang Dingin dan 10 peratus rampasan pasca-tempoh tersebut menyusun semula tampuk pimpinan rejim yang ada.[6] Pemerintahan berdemokrasi diasaskan ekoran 12 peratus rampasan kuasa sewaktu Perang tersebut dan 40 peratus selepas perang ini.[6]

Saintis politik Samuel P. Huntington mengenalpasti rampasan kuasa atau kudeta kepada tiga kelas situasi, iaitu;[8]

  • Rampasan kuasa sempalan, dilakukan oleh kelompok bersenjata yang dapat terdiri dari anggota tentera yang tidak berpuas hati dengan dasar-dasar pemerintahan semasa, kemudian melakukan gerakan yang bertujuan menggulingkan pemerintah tradisional dan kemudian menciptakan suatu elit birokrasi baru.
  • Rampasan kuasa wakil, dilakukan oleh sekelompok pengkudeta yang akan mengumumkan diri sebagai perwakilan dalam rangka meningkatkan ketenteraman awam, kecekapan, dan mengakhiri korupsi, para pemimpin kudeta akan menggambarkan tindakan mereka hanyalah tindakan sementara dan akan menyesuaikan dengan keperluan semasa pemerintah. Pada umumnya, kudeta jenis ini sering dilakukan dengan cara mengubah bentuk pemerintahan awam menjadi bentuk pemerintahan ketenteraan.
  • Rampasan kuasa veto, dilakukan melalui penglibatan dan pergerakan sosial dari sekelompok khalayak rakyat dalam melakukan penekanan berskala besar yang berasas luas kepada bangkangan daripada pihak awam.

Pemimpin kini yang mendapat kuasa melalui rampasan kuasa

GelaranNamaMendapat kuasaMenggantikanNegara
SultanQaboos bin Said Al Said[9]123 Julai 1970Said bin Taimur  Oman
PresidenTeodoro Obiang Nguema Mbasogo3 Ogos 1979Francisco Macías Nguema  Guinea Khatulistiwa
PresidenYoweri Museveni29 Januari 1986Tito Okello  Uganda
PresidenBlaise Compaoré15 Oktober 1987Thomas Sankara  Burkina Faso
PresidenOmar Hasan Ahmad al-Bashir30 Jun 1989Sadiq al-Mahdi  Sudan
PresidenIdriss Déby2 Disember 1990Hissène Habré  Chad
PresidenYahya Jammeh[10]222 Julai 1994Dawda Jawara  Gambia
PresidenDenis Sassou Nguesso25 Oktober 1997Pascal Lissouba  Republik Congo
Perdana MenteriHun SenOgos 1997Norodom Ranariddh  Kemboja
Perdana Menteri (memangku)Frank Bainimarama5 Disember 2006Laisenia Qarase  Fiji
PresidenMohamed Ould Abdel Aziz36 Ogos 2008Sidi Ould Cheikh Abdallahi  Mauritania
Presiden (memangku)Manuel Serifo Nhamadjo411 Mei 2012Raimundo Pereira  Guinea-Bissau
Presiden (memangku)Adly Mansour[11]53 Julai 2013Mohammed Mursi  Mesir
Perdana MenteriPrayuth Chan-ocha22 Mei 2014Yingluck Shinawatra6  Thailand
Presiden Jawatankuasa RevolusionerMohammed Ali al-Houthi6 Februari 2015Abd Rabbuh Mansur Hadi7  Yaman
PresidenEmmerson Mnangagwa24 November 2017Robert Mugabe8  Zimbabwe

Nota

1Menggulingkan ayahandanya tanpa pertumpahan darah.
2Kemudian disahkan oleh pilihan raya bebas dan bersih.
3Kemudian disahkan oleh pilihan raya "memuaskan".
4Selepas rampasan kuasa Guinea-Bissau 2012.
5Selepas rampasan kuasa Mesir 2013.
6merupakan Perdana Menteri de facto pada ketika itu namun diperintahkan mahkamah agar meletakkan jawatan, lihat Rampasan kuasa Thailand 2014
7Hadi meletakkan jawatan pada 22 January 2015.
8Mugabe meletakkan jawatan sebagai Presiden negara tersebut pada 21 November 2017 tidak lama selepas rampasan kuasa yang berlaku.

Lihat juga

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno