Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine

Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine ialah sebuah negara dalam kepulauan Antillen dalam kelompok Hindia Barat bahagian timur Laut Caribbean di mana laut tersebut bertembung dengan Lautan Atlantik. Negara ini terdiri daripada Pulau Saint Vincent dan dua pertiga kawasan Kepulauan Grenadine yang menjangkau dari pulau Saint Vincent ke Grenada. Banyak kawasan negara ini terletak dalam Laluan Hurikan. Kingstown merupakan ibu negara dan pelabuhan utama bagi negara ini.

Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
ساينت ۏينسينت دان کڤولاون ݢرينادين
Bendera Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
Seal Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
BenderaSeal
Cogan kata"Pax et Justitia" (Latin)
"Keamanan dan Keadilan"
Lagu kebangsaan"Saint Vincent! Land So Beautiful"
Lokasi Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
Ibu negaraKingstown
13°10′N 61°14′W / 13.167°N 61.233°W / 13.167; -61.233
Bandar terbesarIbu kota
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
Bahasa vernakularKreol Saint Vincent
Kumpulan etnik
  • 66% bangsa Afrika
  • 19% kacukan
  • 6.0% bangsa India
  • 4% bangsa Eropah
  • 2.0% bangsa asli Caribbean
  • 3.0% lain-lain
Agama
KerajaanKerajaan berparlimen ekadewan
• Monarki
Charles III
• Gabenor Jeneral
Susan Dougan
• Perdana Menteri
Ralph Gonsalves
Badan perundanganDewan Perwakilan
Merdeka
27 Oktober 1969
• sebagai suatu negara berdaulat
27 Oktober 1979
Keluasan
• Jumlah
389 km2 (150 bt2) (ke-184)
• Perairan (%)
Boleh diabaikan
Populasi
• Perkiraan 2016
109,643[1] (ke-196)
• Bancian Penduduk 2011
109,991
307/km2 (795.1/sq mi) (ke-39)
KDNK (PPP)2016
• Jumlah
$1.243 bilion[2]
$11,291[2]
KDNK (nominal)2016
•  Jumlah
$784 juta[2]
$7,123[2]
HDI (2017) 0.723[3]
tinggi · ke-99
Mata wangDolar Caribbean timur
(XCD)
Zon waktu()
Bahagian memandukiri
Kod panggilan+1 784
DPT internet.vc

Geografi

Saint Vincent dan Kepuluan Grenadine terletak di barat Barbados, selatan Saint Lucia dan utara Grenada di kawasan Antillen Kecil di Laut Caribbean. Kepulauan ini termasuk pulau utama Saint Vincent dengan keluasan 344 km2, dan kepulauan Grenadine dengan keluasan 45 km2. Secara keseluruhan, terdapat 32 buah pulau dan kai yang tergolong dalam negara ini.

Saint Vincent adalah berhutan serta memiliki sebuah gunung berapi aktif, La Soufrière, yang merupakan puncak tertinggi negara (1,234 m).[4][5] Gunung ini meletus buat terkini pada 1979.[6] Pulau ini menempatkan ibu negara Kingstown.

Politik dan kerajaan

Pembahagian pentadbiran

Negara ini dibahagikan kepada enam buah kariah (parish), yakni:

  • Charlotte
  • Grenadines
  • Saint Andrew
  • Saint David
  • Saint George
  • Saint Patrick

Demografik

Bahasa

Bahasa rasmi negara ialah bahasa Inggeris, manakala kreol Saint Vincent ialah bahasa vernakular yang ditutur oleh rakyat negara.[7] Bahasa Inggeris digunakan dalam bidang formal manakala kreol Saint Vincent digunakan dalam pertuturan harian.[8]

Pengangkutan

Lapangan terbang utama negara ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Argyle yang dibina untuk menggantikan Lapangan Terbang E. T. Joshua dan dibuka pada Februari 2017.[9]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Negara-negara di Caribbean
Negara merdeka
Alam Komanwel: Antigua & BarbudaBahamasBarbadosGrenadaJamaicaSanto Kitts dan NevisSaint LuciaSaint Vincent & Kepulauan Grenadine
Republik Komanwel: DominikaTrinidad dan Tobago
Republik lain: CubaRepublik Dominika & Haiti (kedua-dua di Hispaniola)

Wilayah tanggungan
Amerika Syarikat: Kepulauan Virgin Amerika SyarikatPuerto RicoPulau NavassaTeluk Guantanamo (enklaf di Cuba) •
Belanda: Aruba & Antillen BelandaBritish: AnguillaKepulauan CaymanKepulauan Turks dan CaicosKepulauan Virgin BritishMontserrat
Perancis: Guadeloupe & Martinique


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno