Oceania

benua

Oceania (Tulisan Jawi: اوسيانيا‎) ataupun Australasia (Jawi: اوسترالاسيا‎) merupakan sebuah benua yang terdiri daripada negara-negara seperti Australia, New Zealand, Papua New Guinea dan negara Kepulauan Pasifik seperti Fiji, Nauru, Kiribati, Tahiti, Samoa, Palau dan banyak lagi.

Oceania
Unjuran ortografi Oceania geopolitik.
Oceania Geopolitik
Kawasan8,525,989 km2 (3,291,903 bt2)
Penduduk35,670,000
Negara
Wilayah tanggungan
Bahasa
30 rasmi
Zon masaUTC+8 (Waktu Piawai Australia Barat) to UTC-6 (Pulau Easter) (barat ke timur)
Bandar terbesarSydney
Melbourne
Brisbane
Perth
Auckland
Adelaide
Kedudukan Oceania dalam peta dunia

Oceania merupakan benua dengan luas daratan terkecil dan jumlah penduduk kedua terkecil setelah Antartika. Ia adalah kerana Oceania sebenarnya merupakan kumpulan pulau-pulau di Lautan Pasifik.

Peristilahan

Istilah ini diciptakan oleh seorang ahli geografi Perancis bernama Conrad Malte-Brun dengan nama Océanie pada tahun 1812.[1] Kata ini berakar daripada perkataan Bahasa Yunani ὠκεανός ōkeanós yang bermaksud "lautan" melalui bahasa Latin oceanus; pengungkapan sebegini dipilih kerana sifat menonjol rantau geografi ini yang dihubungkan melalui lautan besar.[2]

Rangkuman

Peta Oceania

Tujuan utama penggunaan terma Oceania ialah untuk membuat kenyataan mengenai sebuah rantau atau benua (seperti Asia dan Eropah) yang terletak di antara benua Asia dan benua Amerika, dengan Australia sebagai tanah besar. Penggunaan perkataan Oceania adalah untuk menunujukkan hubung kait di antara negara-negara di rantau tersebut. Oceania ialah benua terkecil di dunia dan mempunyai populasi kedua terkecil di dunia selepas benua Antartika.

Senarai negara dan wilayah

JataBenderaNama negara atau wilayah (serta negara milik)Keluasan
(km2)
Jumlah
penduduk
(2016)[3]
Kepadatan
penduduk
(per km2)
Ibu negaraISO 3166-1
Australasia
Ashmore and Cartier Islands (Australia)199
Australia7,686,85024,125,8483.1CanberraAU
Kepulauan Coral Sea (Australia)1040.4
New Zealand268,6804,660,83317.3WellingtonNZ
Pulau Norfolk (Australia)352,30265.8KingstonNF
Australasia (jumlah)7,955,77428,788,9873.6
Melanesia
Fiji18,270898,76049.2SuvaFJ
New Caledonia (Perancis)19,060272,67714.3NouméaNC
Papua (Indonesia)319,0363,486,43210.9Jayapura
Papua Barat (Indonesia)140,375760,8555.4Manokwari
Papua New Guinea462,8408,084,99117.5Port MoresbyPG
Kepulauan Solomon28,45021.1HoniaraSB
Vanuatu12,200270,40222.2Port VilaVU
Melanesia (jumlah)1,000,23114,373,53614.4
Mikronesia
Persekutuan Mikronesia702104,937149.5PalikirFM
Guam (Amerika)549162,896296.7HagåtñaGU
Kiribati811114,395141.1South TarawaKI
Kepulauan Marshall18153,066293.2MajuroMH
Nauru2111,347540.3Yaren (de facto)NR
Kepulauan Mariana Utara (Amerika)47755,023115.4SaipanMP
Palau45821,50346.9NgerulmudPW
Pulau Wake (Amerika)215075Wake IslandUM
Mikronesia (jumlah)3,201523,317163.5
Polynesia
Samoa Amerika (Amerika)19955,599279.4Pago Pago, FagatogoAS
Kepulauan Cook (New Zealand)24017,37972.4AvaruaCK
Pulau Easter (Chile)1645,76135.1Hanga RoaCL
Polynesia Perancis (Perancis)4,167280,20867.2PapeetePF
Hawaii (Amerika)16,6361,360,30181.8HonoluluUS
Niue (New Zealand)2601,6246.2AlofiNU
Kepulauan Pitcairn (United Kingdom)47471AdamstownPN
Samoa2,944195,12566.3ApiaWS
Tokelau (New Zealand)101,282128.2NukunonuTK
Tonga748107,122143.2NukuʻalofaTO
Tuvalu2611,097426.8FunafutiTV
Wallis dan Futuna (Perancis)27411,89943.4Mata-UtuWF
Polynesia (jumlah)25,7152,047,44479.6
Jumlah8,919,53045,725,0205.1
Jumlah tidak termasuk Tanah Besar Australia1,232,68021,599,17216.6

Rujukan