Wabak cacar monyet 2022

Sebuah wabak cacar monyet disahkan pada 6 Mei 2022, bermula daripada seorang Inggeris yang mengalami simptom-simptom cacar monyet pada 29 April selepas pulang dari Nigeria, di mana cacar monyet bersifat endemik.[4] Orang ini pulang ke United Kingdom pada 4 Mei lalu menjadi kes indeks negara.[5]

Wabak cacar monyet 2022
Peta dunia menunjuk taburan wabak
     Kawasan endemik Afrika Barat     Kawasan endemik Afrika Tengah     Kawasan pengaruh kedua-dua endemik     Kawasan terbitan wabak Afrika Tengah pada 2022
PenyakitCacar monyet
Baka virusVirus cacar monyet, klade Afrika Barat, subklade wabak 2017–2019[1]
SumberKlad Afrika barat (anggapan)[2][3]
Lokasi66 negara, kebanyakan di Eropah dan Amerika Utara
Asal wabakLondon, England
Tarikh4 Mei 2022 – kini (1 tahun, 11 bulan, dan 21 hari)
Kes yang disahkan13,424
Kes yang disyaki243
Kes yang disyaki belum disahkan disebabkan oleh baka dari ujian makmal, walaupun beberapa jenis baka lain mungkin telah diasingkan.

Sejak 18 Mei, kes-kes dilaporkan daripada pelbagai kawasan, kebanyakan dari Eropah (terutamanya Eropah Barat), tetapi juga di Amerika Utara dan Australia.[6][7][8][9] 899 kes telah dilaporkan setakat 3 Jun, dengan kira-kira 216 kes dilaporkan pada 24 Mei.[10]

Asal beberapa kes cacar monyet di United Kingdom tidak dapat diketahui. Beberapa pemerhati melihat kepada anggapan sebaran dalam komuniti di kawasan London sejak pertengahan Mei.[11] Kes-kes lanjutan dilaporkan di timur laut dan tenggara England,[12] Scotland, Wales and Northern Ireland.[13][14][15]

Cacar monyet ialah suatu jangkitan virus yang tampak selepas seminggu dua terdedah kepada jangkitan, dituruti dengan demam dan simptom-simptom tak khusus, kemudiannya menerbitkan ruam yang dapat berlanjut dalam dua minggu sebelum lazimnya pulih.[5] Dalam jangkitan-jangkitan sebelumnya, satu ke tiga orang per seratus kes maut. Kes cacar monyet pada kanak-kanak berkemungkinan lebih parah.[16]

Galeri

Rujukan