Air Busan

Syarikat penerbangan serantau Korea Selatan (Republik Korea)

Air Busan Co., Ltd. beroperasi sebagai Air Busan (에어부산) (E-eo Busan) ialah syarikat kos rendah[1] berpusat di Busanjin-gu, Busan, Korea Selatan.[2] Ia merupakan anak syarikat Asiana Airlines. Syarikat penerbangan itu mula beroperasi pada tahun 2007 sebagai Syarikat Penerbangan Antarabangsa Busan (부산국제항공) (Busan Gukje Hanggong); ia melancarkan perkhidmatan pada Oktober 2008.[3]

Air Busan
Syarikat Penerbangan Air Busan
에어부산
釜山航空
E-eo Busan
IATAICAOPengenal
BXABLAIR BUSAN
Ditubuhkan31 Ogos 2007; 16 tahun yang lalu (2007-08-31)
Pangkalan
Pesawat24 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini)
Destinasi54 (jumlah keseluruhan destinasi)
26 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan)
Syarikat indukAsiana Airlines
Ibu pejabatKorea Selatan Beomcheon-dong, Busanjin-gu, Busan, Korea Selatan
Orang pentingTaeKeun Han (CEO)
Laman weben.airbusan.com/content/individual/
www.airbusan.com/content/individual/
Air Busan
Hangul
Hanja
Perumian SemakanE-eo Busan

Syarikat Penerbangan Air Busan adalah syarikat penerbangan tambang rendah ketiga terbesar di Korea Selatan, membawa 4.5 juta penumpang domestik dan 3.6 juta penumpang antarabangsa pada Tahun 2018. Syarikat Penerbangan Air Busan telah meningkatkan lalu lintas penumpang antarabangsa sebanyak 122% dalam tempoh tiga tahun terakhir, sementara lalu lintas domestik telah meningkat sebanyak 38%. [4]

Status Syarikat dalam Pakatan Star Alliance

Tarikh Bergabung

Data Kod

  • Kod IATA : BX
  • Kod ICAO : ABL
  • Panggilan: Air Busan

Slogan Syarikat Penerbangan Air Busan

  • Fly to Busan
  • Terbang ke Busan

Sejarah

sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan Air Busan dengan siriAirbus A320 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka, Jepun (2015)
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan Air Busan dengan siri Boeing 737-400 berlepas dari Lapangan Terbang di Jepun (2012)
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan Air Busan dengan siri Boeing 737-400 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka, Jepun (2013)

Busan International Airlines Co., Ltd. ditubuhkan pada Bulan Ogos 2007. Pada Bulan Februari tahun berikutnya nama korporat ditukar menjadi Air Busan Co., Ltd. dan perjanjian pelaburan ditandatangani oleh bandar Busan dan Syarikat Penerbangan Asiana Airlines. Pada Bulan April 2008 syarikat itu menempah pesawat pertamanya, iaitu sebanyak lima Pesawat siri Boeing 737. Dua bulan kemudian syarikat itu diberi lesen untuk pengangkutan udara biasa. Pada Bulan Oktober 2008 pangkalan telah didirikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo dan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju dan syarikat penerbangan tersebut memulakan operasi antara Busan dan Gimpo (Seoul)

Pada Bulan April 2009, syarikat penerbangan itu membawa pesawat Boeing 737-400 kelima. Menjelang Ogos tahun itu, Syarikat Penerbangan Air Busan telah menandakan 10,000 penerbangan dalam 299 hari sejak ia mula beroperasi. Pada Bulan September 2009 jumlah penumpang yang dibawa mencapai 1 juta. Perkhidmatan antarabangsa, antara Busan dan Fukuoka, bermula pada Bulan Mac 2010 dan pada Bulan April jumlah penumpang yang dibawa mencapai 2 juta. Pada Januari 2011 Syarikat Penerbangan Air Busan telah menghantar pesawat Airbus A321-200 pertamanya.

pada bulan Julai di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan Air Busan, ada merancang untuk membuka laluan antarabangsa baharu, antara Busan dan Chiang Mai, laluan baharu tersebut, akan dimulakan pada 19 Julai 2023, dengan kekerapan penerbangan 2 kali seminggu [6].

pada bulan Disember 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Air Busan telah merancang untuk memulakan semula destinasi antarabangsa ke China, dengan laluan tanpa henti antara Busan dan Sanya, yang sudah dimulakan semula sejak 15 November 2023 [7].

Galeri Armada Syarikat Penerbangan Air Busan (BX)

Destinasi

sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan Air Busan dengan siri Boeing 737-500 di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Korea Selatan (2009)
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan Air Busan dengan siri Boeing 737 di Pintu di Tempat Letak Pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, Seoul, Korea Selatan (2014)

Syarikat Penerbangan Air Busan mula beroperasi pada Oktober 2008, menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae sebagai Hab. [8]

Sejak wabak COVID-19 (Pandemik COVID-19) bermula pada Januari 2020, Syarikat Penerbangan Air Busan menangguhkan sebahagian besar laluan antarabangsa. Setakat November 2020, Air Busan mengendalikan laluan antarabangsa dengan jumlah destinasi antarabangsa yang terhad. [9]

pada Tahun 2022, Air Busan, telah memulakan semula beberapa laluan, yang pernah digantung akibat dari Pandemik COVID-19,Sehingga tahun 2023, Syarikat Penerbangan Air Busan melayani destinasi berikut: [10]

setakat tahun 2023 [11]:

NegaraBandarLapangan TerbangNotaRujukan
KembojaSiem ReapLapangan Terbang Siem ReapDigantung[12][13]
Republik Rakyat ChinaChangshaLapangan Terbang Huanghua PiagamDihentikan[14]
ChengduLapangan Terbang ShuangliuDigantung[15][16][17]
HaikouLapangan Terbang MeilanDigantung[18][19][20]
HohhotLapangan Terbang Baita PiagamDihentikan[21]
Hong KongLapangan Terbang Antarabangsa Hong KongDigantung[22][23]
HuangshanLapangan Terbang Antarabangsa Huangshan Tunxi PiagamDihentikan[24]
KunmingLapangan Terbang Antarabangsa Kunming Changshui PiagamDihentikan[25]
MakauLapangan Terbang Antarabangsa MakauDigantung[26][27][28]
NingboLapangan Terbang LishePenumpang (Dimulakan semula 24 Jun 2023)[29][30][31][32]
QingdaoLapangan Terbang Antarabangsa Qingdao JiaodongPenumpang (Bermula 2 September 2022)[33]
QingdaoLapangan Terbang LiutingLapangan Terbang Ditutup[34][35]
SanyaLapangan Terbang Antarabangsa PhoenixPenumpang[36][37][38][7]
ShenzhenLapangan Terbang BaoanPenumpang[39][40]
ShijiazhuangLapangan Terbang ZhengdingDihentikan[41]
TaiyuanLapangan Terbang Wusu PiagamDihentikan[42]
XianLapangan Terbang Antarabangsa Xi'an XianyangDigantung[43][44]
YanjiLapangan Terbang Antarabangsa Yanji ChaoyangchuanDigantung[45][46]
ZhangjiajieLapangan Terbang Antarabangsa Zhangjiajie HehuaDigantung[47][48]
ZhengzhouLapangan Terbang Xinzheng PiagamDihentikan[49]
GuamHagåtñaLapangan Terbang Antarabangsa GuamPenumpang[50]
JepunFukuokaLapangan Terbang FukuokaPenumpang[51][52][53][54][55]
KagoshimaLapangan Terbang Kagoshima PiagamDihentikan[56]
KitakyūshūLapangan Terbang KitakyushuPenumpang[57]
NagoyaLapangan Terbang Antarabangsa Chūbu CentrairDigantung[58][59][60][61]
OsakaLapangan Terbang Antarabangsa KansaiPenumpang[62][63][64][65]
SapporoLapangan Terbang New ChitosePenumpang[66][67][68][32]
TokyoLapangan Terbang Haneda PiagamDihentikan[69]
Lapangan Terbang Antarabangsa NaritaPenumpang[70][71][72][73][74]
Toyama, ToyamaLapangan Terbang Toyama PiagamDihentikan[75]
LaosVientianeLapangan Terbang Antarabangsa WattayDigantung[76][77][78]
MalaysiaKota KinabaluLapangan Terbang Antarabangsa Kota KinabaluPenumpang[79][80][81][82][32]
MongoliaUlaanbaatarLapangan Terbang Antarabangsa Chinggis KhanPenumpang[83][84][85][32]
FilipinaCebuLapangan Terbang Antarabangsa Mactan-CebuDigantung[86][87][88]
ClarkLapangan Terbang Antarabangsa ClarkDihentikan[89]
KaliboLapangan Terbang Kalibo MusimanDigantung[90][91]
ManilaLapangan Terbang Antarabangsa Ninoy AquinoPenumpang[92]
RusiaVladivostokLapangan Terbang KnevichiDigantung[93][94]
SingapuraSingapuraLapangan Terbang Changi Singapura PiagamDihentikan[95]
Korea SelatanBusanLapangan Terbang Antarabangsa GimhaePenumpang Hab utama Air Busan[96][97][98][32][6]
CheongjuLapangan Terbang Antarabangsa CheongjuPenumpang[99]
DaeguLapangan Terbang Antarabangsa DaeguPenumpang[100]
JejuLapangan Terbang Antarabangsa JejuPenumpang[101]
SeoulLapangan Terbang Antarabangsa GimpoPenumpang[102]
Lapangan Terbang Antarabangsa IncheonPenumpang[103][104][105][106][107][68]
UlsanLapangan Terbang UlsanPenumpang[108]
TaiwanKaohsiungLapangan Terbang Antarabangsa KaohsiungPenumpang[109][110][111][32]
TaipeiLapangan Terbang Antarabangsa Chiang Kai ShekPenumpang (Dimulakan semula 21 Disember 2022)[112][113][114]
Negara ThaiBangkokLapangan Terbang SuvarnabhumiPenumpang[115]
Chiang MaiLapangan Terbang Antarabangsa Chiang MaiPenumpang (Bermula 19 Julai 2023)[6]
VietnamDa NangLapangan Terbang Antarabangsa Da NangPenumpang[116][117]
HanoiLapangan Terbang Antarabangsa NoibaiDigantung[118][119][120]
Bandaraya Ho Chi MinhLapangan Terbang Antarabangsa Tan Son NhatDigantung[121][122][123][61]
Nha TrangLapangan Terbang Antarabangsa Cam RanhPenumpang[124][125][126]

Perjanjian Perkongsian Kod

Syarikat penerbangan itu mempunyai Perjanjian Perkongsian Kod dengan syarikat penerbangan berikut (setakat Mei 2014):

Armada

Armada Terkini

sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan Air Busan dengan siri Airbus A321 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka, Jepun (2015)

Setakat November 2020, Armada Syarikat Penerbangan Air Busan terdiri daripada Siri Armada Pesawat sebagai berikut:[127][128][129][130]

Armada Air Busan
PesawatDalam PerkhidmatanTempahanPenumpangNota
WYTotal
Airbus A320-2008162162
Airbus A321-20014191191
195195
220220
Airbus A321neo3TBA[131]
Airbus A321LR2220220
Total243

Armada Bersara

Armada Bersara Air Busan[132]
PesawatTotalTahun DiperkenalkanTahun BersaraNota
Boeing 737-400420092016
Boeing 737-500320082016

Rujukan

Lihat Juga

Pautan luar