Apsis

Apsis ialah titik jarak terpanjang atau terpendek orbit bereliptikal sesuatu objek dari tumpuan tarikannya, iaitu lazimnya pusat jisim sistem.

Apsides 1) Apoapsis; 2) Periapsis; 3; Fokus

Titik hampiran terdekat (titik di mana dua jasad adalah paling rapat dengan satu sama lain) dipanggil periapsis atau peripusat, dari perkataan Yunani περὶ, peri yang bererti "keliling". Titik perjalanan terjauh pula dipanggil apoapsis (ἀπό, apó, "dari", yang menjadi ἀπ-, ap- atau ἀφ-, aph- masing-masing sebelum vokal tak berhembusan atau berhembusan), apopusat atau apapsis. Sebatang garis lurus yang dilakar melalui periapsis dan apoapsis dipanggil garis apsis. Inilah paksi major elips, iaitu garis yang melalui bahagian terpanjang dalam elips.

Istilah terbitan juga digunakan untuk mengenal pasti jasad yang diorbitkan, terutamanya perigi dan apogi, iaitu orbit-orbit di keliling Bumi (Yunani γῆ, , "bumi"); dan perihelion dan aphelion, iaitu orbit-orbit di keliling Matahari (Yunani ἥλιος, hēlios, "matahari"). Ketika program Apollo diusahakan, istilah-istilah perisintion dan aposintion digunakan untuk memaksudkan bulan.[1]

Formula

Unsur-unsur orbit Kepler: F ialah periapsis, H ialah apoapsis, dan garis merah di antaranya ialah garis apsis.

Formula-formula berikut mencirikan periapsis dan apoapsis sesebuah orbit:

  • Periapsis: kelajuan maksimum pada jarak minimum (periapsis)
  • Apoapsis: kelajuan minimum pada jarak maksimum (apoapsis)

manakala, selaras dengan hukum pergerakan planet Kepler (pengabadian momentum sudut) dan pengabadian tenaga, kuantiti-kuantiti berikut adalah malar untuk sesebuah orbit:

  • momentum sudut relatif tentu
  • tenaga orbit tentu

yang mana:

  • ialah paksi separuh major
  • ialah parameter graviti standard
  • ialah keeksentrikan, bertakrif

Diingatkan bahawa bagi penukaran dari ketinggian di atas permukaan kepada jarak antara sesebuah orbit dan primernya, jejari jasad pusatnya harus ditambah, begitu juga sebaliknya.

Min aritmetik bagi dua jarak pengehad ialah kepanjangan paksi separuh major .Min geometrik bagi dua jarak tersebut ialah kepanjangan paksi separuh minor .

Min-min geometrik bagi dua kelajuan pengehad ialah , iaitu kelajuan yang sepadan dengan tenaga kinetik yang ditambah pada tenaga kinetik yang sedia ada di mana-mana kedudukan orbit, akan membolehkan jasad pengorbit untuk berlepas (punca kuasa dua hasil kedua-dua kelajuan tersebut ialah halaju lepas setempat).

Keistilahan

JasadHampiran terapatHampiran terjauh
AmPeriapsis/PeripusatApoapsis
GalaksiPerigalaktikonApogalaktikon
BintangPeriastronApastron
Lubang hitamPerimelasma/Peribotra/PerinigrikonApomelasma/Apobotra/Aponigrikon
MatahariPerihelionAfelion
UtaridPerihermionApohermion
ZuhrahPericiterion/Periciterean/PerikritionApociterion/Apociterean/Apokrition
BumiPerigiApogi
BulanPeriselen/Perisintion/PerilunAposelen/Aposintion/Apolun
MarikhPeriareionApoareion
MusytariPerizen/PerijovApozen/Apojov
ZuhalPerikron/PerisaturniumApokron/Aposaturnium
UranusPeriuranionApouranion
NeptunPeriposeidionApoposeidion
PlutoPerihadionApohadion

Perihelion and aphelion Bumi

Bagi orbit Bumi yang mengelilingi Matahari, waktu apsis paling wajar dinyatakan dari segi waktu relatif dengan musim, kerana inilah yang menentukan sumbangan orbit berelips kepada paksaan bermusim, iaitu perubahan tahunan dalam penyuriaan di atas atmosfera. Paksaan ini dikawal terutamanya oleh kitaran tahunan keserongan matahari, iaitu kesan kecondongan paksi putaran Bumi yang relatif dengan satah orbit. Kini, perihelion berlaku kira-kira 14 hari selepas solstis musim sejuk hemisfera utara. Waktu perihelion mara dari musim ke musim, sehingga melengkapkan satu kitaran lengkap dalam masa 22,000 hingga 26,000 tahun, sebagai sumbangan kepada kitaran Milankovitch, iaitu paksaan zaman ais yang dipanggil liukan.

Selain hari, kita juga boleh menyatakan penentuan waktu perihelion relatif dengan ekuinoks vernal sebagai sudut sesaran orbit, iaitu longitud periapsis. Bagi orbit Bumi, inilah longitud perihelion yang mencapai 282.895 darjah pada tahun 2000[2].

Hari dan jam[A] (UTC) perihelion dan afelion untuk tahun-tahun terpilih:[3]

TahunPerihelionAfelion
TarikhJamTarikhJam
20073 Januari20:007 Julai00:00
20083 Januari00:004 Julai08:00
20094 Januari15:004 Julai02:00
20103 Januari00:006 Julai11:00
20113 Januari19:004 Julai15:00
20125 Januari00:005 Julai03:00
20132 Januari05:005 Julai15:00
20144 Januari12:004 Julai00:00
20154 Januari07:006 Julai19:00
20162 Januari23:004 Julai16:00
20174 Januari14:003 Julai20:00
20183 Januari06:006 Julai17:00
20193 Januari05:004 Julai22:00
20205 Januari08:004 Julai12:00

Catatan dan rujukan

Pautan luar