Betelgeuse

Betelgeuse (disebut /ˈbiːtəldʒuːz/ or /ˈbɛtəldʒuːz/[3][ Jawi: بيتيلجوس) atau Alpha Orionis (α Ori atau α Orionis) merupakan bintang pemboleh ubah separa biasa yang berada 600 tahun cahaya dari Bumi.[1][2] Bintang ini merupakan bintang kedua tercerah dalam buruj Belantik dan bintang kesembilan tercerah di langit malam. Walaupun Betelgeuse mempunyai penamaan Bayer alfa, Rigel (Beta Orionis) lazimnya lebih cerah (Betelgeuse adalah bintang pemboleh ubah dan kadang kala lebih cerah dari Rigel). Bintang ini membonjol pada asterisme Segitiga Musim Sejuk. Ahli astronomi percaya yang Betelgeuse hanya berusia beberapa juta tahun tetapi berusia dengan lebih cepat keran jisimnya yang tinggi.[4]

Betelgeuse, Alpha Ori

Betelgeuse merupakan bintang kiri atas (anak panah merah jambu) dalam petak bintang terang dalam Orion.
Data cerapan
Epok J2000.0      Ekuinoks J2000.0
BurujOrion
Jarak hamal05j 55m 10.3053s[1]
Keserongan+07° 24′ 25.426″[1]
Magnitud ketara (V)0.58[1] (0.3 to 1.2)
Ciri-ciri
Jenis spektrumM2Iab[1]
U−B indeks warna2.06[1]
B−V indeks warna1.85[1]
Jenis bolehubahSR c[1] (Semi-regular)
Astrometri
Halaju jejarian (Rv)+21.0[1] km/s
Gerakan wajar (μ) RA: 24.95 ± 0.08[2] mas/thn
Dec.: 9.56 ± 0.15[2] mas/thn
Paralaks (π)5.07 mas[2]
Magnitud mutlak (MV)−5.14
Perincian
Jisim20 M
Jejari950-1000 R
Kekilauan135,000 L
Graviti permukaan (log g)-0.5 cgs
Suhu3,500 K
Putaran17 tahun(14.6 km/s)
Umur1.0 × 107 tahun
Penamaan lain
Alpha Orionis, 58 Ori, HR 2061, BD+7°1055, HD 39801, SAO 113271, FK5 224, HIP 27989.[1]

Betelgeuse merupakan super gergasi merah dan secara relatifnya berkilauan dan salah satu bintang terbesar yang diketahui. Bagi perbandingan, jika bintang tersebut berada di pusat sistem suria, permukaannya mungkin merentangi hingga antara orbit Marikh dan Musytari, dengan keseluruhannya menelan Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh. Diameter sudut bagi Betelgeuse kali pertama diukur pada 1920–1921 oleh Albert Abraham Michelson dan Francis G. Pease dengan menggunakan interferometer astronomi pada teleskop 100 inci di Balai Cerap Gunung Wilson.

Penamaan

Nama bintang ini merupakan serapan dari bahasa Arab يد الجوزاء yad al-jawzā "tangan sang Jauzah" yang dibayangkan orang Arab;

الجوزاء al-Jauzā' merupakan nama keseluruhan buruj Belantik.[5] Apabila pengetahuan ini dibawa ke Eropah ketika zaman Pembaharuan, ada dapatan bahawa nama Arab bintang ini dikelirukan antara titik-titik pada huruf-huruf ya (, dengan dua titik) dan ba (, dengan satu titik) sehingga disalah baca sebagai Bait al-Jauza yang disangka bermaksud "ketiak Jauzah" (sedangkan "ketiak" ialah ابط ibţ,) dalam bahasa Arab. Ini membawa kepada nama moden Betelgeuse.[5][6]

Hubungan dengan budaya

Masyarakat Batak menandakan permulaan tahun mereka sebaik ternampak anak bulan berikutan terbenam Bintang Tiga Beradik di bawah garis ufuk lalu bintang Betelgeuse sahaja yang menonjol "seperti ekor ayam". [7]

Bintang ini merupakan sebahagian daripada susunan rasi-rasi Pajjékoé orang Makassar dan BintoéngRakkalaé dalam kalangan orang Bugis.[8]

Rujukan