Buah kiwi

Buah kiwi (Jawi: بواه كيوي; bahasa Inggeris: kiwifruit atau kiwi,[1][2] Bahasa Māori: [huakiwi] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[3]) merupakan sejenis buah beri didapati daripada mana-mana pokok menjalar dalam genus Actinidia.[4] Kumpulan kultivar buah kiwi yang paling biasa ('Hayward')[5] adalah berbentuk bujur seperti sebiji telur ayam (5–8 sentimeter (2.0–3.1 in) panjang dan berdiameter 4.5–5.5 sentimeter (1.8–2.2 in)). Ia mempunyai kulit berbulu dan berwarna perang-kehijauan pudar dan manakala isinya pula berwarna hijau terang atau keemasan dengan barisan biji-biji kecil hitam yang boleh dimakan. Buah ini memiliki struktur yang lembut serta rasa yang unik tetapi masam dan manis.

Buah kiwi mengikut spesies
A = A. arguta, C = A. chinensis, D = A. deliciosa, E = A. eriantha, I = A. indochinensis, P = A. polygama, S = A. setosa.

Buah ini didatangkan asalnya dari tengah dan timur tanah besar China.[6] Pada hari ini, buah kiwi dijadikan tanaman komersial di negara Itali, New Zealand, Perancis, Yunani dan Chile.[7]

Etimologi ايتيمولوݢي

Nama "kiwi" mula diberikan dari 1962 untuk menjenamakan semula hasil tanaman buah ini di New Zealand daripada rupa buahnya yang berbulu perang halus menyerupai burung kiwi yang ada di negara itu.[8] Nama ini didaftarkan dalam barangan eksport syarikat Turners & Growers pada 15 Jun 1959;[8] ia kemudiannya diterima luas pada tahun 1974[9] bahkan juga terlanjut merujuk kepada semua buah hijau sejenis dalam genus Actinidia.[9]

Sejarah

Catatan terawal mengenai buah ini dari tempat asalnya di China (Bahasa Cina: 獼猴桃pinyin: míhóutáo "persik monyet") bertarikh zaman dinasti Song sekitar abad ke-12[10] yang mana buah tersebut lebih dipungut ramu dari hutan liar dan digunakan untuk tujuan berubat.[11]

Penyebaran dan penjenamaan di New Zealand

Buah ini diperkenalkan ke New Zealand oleh seorang pengetua dari sekolah mubaligh Wanganui Girls' College bernama Mary Isabel Fraser dari darmawisatanya ke sekolah-sekolah di Yichang, China.[12] Biji-biji dari buah ini ditanam di Whanganui tahun 1906 sebelum akhirnya berjaya membuah tahun 1910. Hayward Wright, seorang pakar hortikultur berjaya menumbuhkan suatu kultivar berbuah isi hijau yang terkenal di Avondale, Pulau Utara pada tahun 1924; kultivar ini dinamakan "Hayward" sempena sumbangan beliau ini.[13]

Galeri ݢالري

Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Rujukan روجوعن

Pautan luar ڤاءوتن لوار