Glaukoma

Glaukoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.

Glaukoma
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Glaukoma tertutup sudut akut di mata kanan (mata sebelah kiri).
PengkhususanOftamologi
GejalaHilang penglihatan, sakit mata, mata kemerah-merahan, loya[1][2]
Permulaan biasa
Beransur-ansur atau secara tiba-tiba[2]
Tekanan mata berlebihan, faktor keluarga, tekanan darah tinggi[1]
Ujian mata terdilat[1]
Uveitis, trauma, keratitis, konjungtivitis[3]
RawatanPerubatan, laser, pembedahan[1]
Kekerapan6–67 juta[2][4]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hampir 2% daripada mereka yang berusia melebihi 40 tahun mengidap penyakit glaukoma. Glaukoma merupakan salah satu sebab mereka menjadi buta selain daripada katarak. Di Malaysia dianggarkan satu daripada setiap tujuh orang buta disebabkan oleh glaukoma.

Bagai mata glaukoma, tekanan cecair di dalam bebola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf. Bagi mata sihat (normal) pula, pengaliran keluar-masuk cecair di dalam bola mata adalah seimbang.

Rujukan

Pautan luar