Orang Tamil


Page Templat:Kotak info bahasa/styles.css has no content.

Tamils
தமிழர்
Pengantin Tamil melakukan upacara 'Metti Anida'
Jumlah penduduk
77 million
Penutur asli, di seluruh dunia
Kawasan ramai penduduk
 India69,026,881 (2011)[1]
 Sri Lanka3,135,770 (2012)[2]
 Malaysia1,800,000[3]
 Amerika Syarikat238,699+[4]
 Kanada237,890 (2021)[5][note 1]
 Singapura198,449 (2020)[6][7][note 2]
OtherLihat Diaspora Tamil
Bahasa
Tamil
Agama
Mayoritas:
Hindu
Minoritas:
Kumpulan etnik berkaitan
Lain-Lain Bangsa Dravida
தமிழ் (Tamil)
Orangதமிழர் Tamiḻar
Kaumதமிழர்கள் Tamiḻarkaḷ
Bahasaதமிழ் Tamiḻ
Negaraதமிழ்நாடு Tamiḻ Nāṭu
(hist.) தமிழகம் Tamiḻakam
(hist.) ஈழம் Īḻam

Orang Tamil, juga dikenali sebagai Tamilar(Tamil: தமிழர், rumi: Tamiḻar, disebut [t̪amiɻaɾ]dalam bentuk tunggal atau தமிழர்கள், Tamiḻarkaḷ, [t̪amiɻaɾɡaɭ] dalam bentuk jamak), atau ringkasnya Tamil adalah Kumpulan etnolinguistik Bangsa Dravida yang bertutur Tamil dan keturunan mereka yang berasal terutamanya ke negeri India Selatan di Tamil Nadu, Wilayah Kesatuan Puducherry, dan Sri Lanka[8] Bahasa Tamil adalah salah satu Bahasa klasik yang paling lama bertahan di dunia[9][10]dengan lebih 2000 tahun kesusasteraan Tamil, termasuk puisi Sangam, yang dikarang antara 300 SM dan 300 CE. Orang yang bercakap Tamil dan dilahirkan dalam puak Tamil dianggap Tamil.

Tamil membentuk 5.9% daripada populasi di India (tertumpu terutamanya di Tamil Nadu dan Puducherry), 15% di Sri Lanka (tidak termasuk Eelam Moors), 7% di Malaysia, dan 5% di Singapura.

Dari abad ke-4 SM,[11] pembandaran dan aktiviti perdagangan di sepanjang pantai barat dan timur Tamilakam yang kini dikenali sebagai Kerala dan Tamil Nadu membawa kepada pembangunan empat empayar Tamil yang besar, Chera, Chola, Pandya, dan Pallava.Kerajaan Jaffna, yang didiami oleh Eelam Tamil, pernah menjadi salah satu kerajaan terkuat di Sri Lanka dan menguasai sebahagian besar utara pulau itu.

Orang Tamil terkenal kerana pengaruh mereka terhadap perdagangan serantau di seluruh Lautan Hindi.Artefak yang menandakan kehadiran pedagang Rom menunjukkan bahawa perdagangan langsung aktif antara Rom Purba dan India Selatan, dan Pandya direkodkan telah menghantar sekurang-kurangnya dua kedutaan terus kepada Maharaja Rom Augustus di Rom. Pandyas dan Cholas secara historis aktif di Sri Lanka. Dinasti Chola berjaya menyerang beberapa kawasan di Asia Tenggara, termasuk Srivijaya dan negeri kota Kedah.[12].Persatuan Tamil zaman pertengahan dan organisasi perdagangan seperti Ayyavole dan Manigramam memainkan peranan penting dalam rangkaian perdagangan Asia Tenggara.[13]

Pedagang Pallava dan pemimpin agama mengembara ke Asia Tenggara dan memainkan peranan penting dalam budaya Indianisasi di rantau ini. Askara yang dibawa oleh pedagang Tamil ke Asia Tenggara, seperti Askara Grantha dan Aksara Pallava, mendorong perkembangan banyak askara Asia Tenggara seperti Aksara Khmer, Hanacaraka ,Aksara Kawi,Askara Batak, Aksara Baybayin, dan Abjad Thai.

Taburan Geografi

Tamil India

Hampir keseluruhan orang Tamil India tinggal di Tamil Nadu. Orang Tamil juga merupakan etnik majoriti di Wilayah Kesatuan Puducherry, bekas koloni Perancis tetapi kini di bawah pemerintahan India. Selain itu satu perenam penduduk Kepulauan Andaman dan Nicobar adalah etnik Tamil.Orang Tamil juga boleh didapati di bahagian-bahagian lain India seperti di negeri Karnataka (2.9juta), Maharashtra (1.4 juta), Andhra Pradesh (1.2 juta), Kerala (0.6 juta) dan Delhi (0.1 juta)[14]

Orang Tamil Sri Langka

Orang Tamil di Sri Langka boleh dibahagi kepada dua iaitu Tamil Sri Langka dan Orang Tamil dari India. Kebanyakan orang Tamil Sri Langka tinggal di utara dan timur Sri Langka serta di Bandaraya Colombo.

Diaspora Tamil

Lihat Juga: Diaspora Tamil

Diaspora Tamil adalah kumpulan demografi orang Tamil India atau Sri Lanka yang telah menetap di bahagian-bahagian lain di dunia. Populasi diaspora Tamil boleh didapati di Malaysia, Singapura, Indonesia, Tebing Barat , Réunion, Afrika Selatan, Mauritius, Seychelles, Fiji, Guyana, Burma, Trinidad and Tobago, Perancis, Europe, Australia, kanada dan Amerika Syarikat. Semanjak kurun ke-18, Orang Tamil dibawa hijrah ke Empayar British lain sebagai buruh kasar dan pegawai kerajaan. Selain itu, ahli perniaga Tamil juga berhijrah ke Afrika Timur dan Myanmar. Rakyat Tamil di Singapura dianggap etnik tamil yang paling berjaya. Salah satu contoh ialah kejayaan menjadikan Bahasa Tamil sebagai bahasa rasmi negara tersebut walaupun hanya 4.2% rakyat Singapura fasih berbahasa Tamil. Kini, banyak golongan profersional etnik Tamil, khususnya pakar IT telah berhijrah ke Eropah dan Amerika Syarikat

Budaya

Bahasa dan Kesusasteraan

Orang Tamil mempunyai perasaan yang kuat terhadap bahasa Tamil, yang sering dihormati dalam kesusasteraan sebagai "Tamil̲an̲n̲ai", "ibu Tamil". Seperti bahasa-bahasa India selatan lain, Bahasa Tamil berasal dari keluarga Bahasa Dravidia, yang tidak berkaitan dengan bahasa-bahasa Indo-Eropah utara India. Bahasa Tamil juga bebas dari pengaruh Sanskrit dan banyak mengekalkan ciri-ciri Proto-Dravidia. Tetapi Bahasa Tamil yang digunakan pada masa moden ini banyak mengunakan kata pinjaman dari Bahasa Inggeris dan Sanskrit. Kesusasteraan Tamil dianggap unik dan diiktiraf sebagai bahasa klasik oleh kerajaan India.

Seni tampak dan seni bina

Kebanyakan seni klasik Orang Tamil bertemakan keagamaan dan biasanya berpusat kepada agama Hindu, walaupun unsur agama adalah selalunya hanya satu cara untuk mewakili universal dan sekali-sekala kemanusiaan. Lukisan Tanjore adalah bentuk lukisan Tamil yang sangat penting dan ia dilahirkan di Thanjavur semasa kurun ke-9. Arca Tamil terdiri daripada ukiran batu yang elegan di kuil ke ikon gangsa dengan perincian yang indah. Gangsa dari zaman pertengahan Chola dianggap salh satu sumbangan yang terbesar kepada seni dunia.

Agama

Sebanyak 88% rakyat Tamil Nadu beragama Hindu. Agama Kristian dan Islam masing-masing mencatakan 6% dan 5.5%.

Notakaki

Rujukan

Data populasi

Semua data populasi telah diambil dari Ethnologue, dengan pengecualian data bagi Sri Lanka, yang diambil dari laman web "CIA World Factbook's Sri Lanka" .

Pautan luar


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "note" ada tetapi tag <references group="note"/> yang sepadan tidak disertakan