Prefektur di Jepun

Bahagian Pentadbiran Jepun
Peringkat Prefektur
Prefektur
(都道府県 todōfuken)
Peringkat Subwilayah
Subwilayah
(支庁 shichō)


Daerah
(郡 gun)

Peringkat Kawasan Perbandaran
Bandar Terancang
(政令指定都市 seirei-shitei-toshi)


Bandar Utama
(中核市 chūkaku-shi)


Bandar Istimewa
(特例市 tokurei-shi)


Bandar
(市 shi)


Wad Istimewa (Tokyo)
(特別区 tokubetsu-ku)


Pekan
(町 chō, machi)


Kampung
(村 son, mura)

Peringkat Subkawasan Perbandaran
Wad
(区 ku)

Jepun terdiri daripada 47 prefektur[1] tadbiran iaitu sebuah "metropolis" (Jepun: , Hepburn: to, iaitu Tokyo-to); sebuah "litar" (Jepun: , Hepburn: , iaitu Hokkaidō); dua buah bandar prefektur (Jepun: , Hepburn: fu, iaitu Osaka-fu dan Kyoto-fu) serta 43 prefektur biasa (Jepun: , Hepburn: ken); kesemua kawasan-kawasan tadbiran ini sekaligus dikenali tergabung sebagai todōfuken (Jepun: 都道府県). Prefektur merupakan sebuah badan kerajaan yang lebih besar daripada bandar, pekan dan kampung.

Prefektur di Jepun
Nama Jepun
Kanji:都道府県
Hiragana:とどうふけん

Ketua eksekutif bagi setiap satu prefektur adalah dilantik terus oleh gabenor (Jepun: 知事, Hepburn: chiji). Ordinan serta bajet digubal oleh dewan perhimpunan (議会 gikai?) yang dilantik untuk berkhidmat selama empat tahun.

Mengikut Undang-undang Autonomi Tempatan pada masa kini, setiap prefektur dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian kecil iaitu subwilayah (Jepun: , Hepburn: shi) dan daerah (Jepun: , Hepburn: gun). Setiap daerah pula dibahagikan kepada pekan (Jepun: , Hepburn: chō / machi) dan kampung (Jepun: , Hepburn: son / mura). Sebagai contoh, Hokkaidō mempunyai 14 subprefektur yang berfungsi sebagai bahagian jabatan (Jepun: 支庁, Hepburn: shichō) kepada prefektur. Prefektur-prefektur yang lain turut ada bahagian jabatan masing-masing yang berfungsi sebagai fungsi pentadbiran prefektur diluar ibu negara.

Latar belakang sejarah

Sistem yang digunakan pada hari ini merupakan sebuah sistem yang dibentuk semasa Kerajaan Meiji pada bulan Julai 1871 berserta Pemansuhan Sistem Han dan pembentukan sistem wilayah (Jepun: 廃藩置県, Hepburn: haihan-chiken). Walaupun pada asalnya terdapat lebih daripada 300 prefektur, kebanyakkan adalah bekas kawasan han, yang akhirnya bilangan ini telah dikurangkan kepada 72 buah prefektur kemudiannya pada tahun yang sama. Pada tahun 1888, bilangan prefektur ini telah dikurangkan lagi kepada 47 buah prefektur. Undang-undang Autonomi Tempatan tahun 1947 telah memberikan kuasa yang lebih besar dalam politik dan membentuk gabenor prefektur dan parlimen prefektur.

Pada tahun 2003, Perdana Menteri Junichiro Koizumi telah mencadangkan bahawa prefektur yang ada diperkukuhkan lagi dengan mengubah kepada 10 buah kawasan negeri. Rancangan yang dikemukan adalah bertujuan setiap kawasan mempunyai kuasa autonomi yang lebih kuat daripada sebelum ini.[2] Proses ini akan menyebabkan bilangan kawasan pentadbiran subprefektur dikurangkan dan kos pentadbiran dapat dikurangkan.[3] Kerajaan Jepun juga mempertimbangkan cadangan tentang bagaimana beberapa kelompok prefektur ini akan digabungkan, membuat bahagian pentadbiran subnasional yang mengandungi antara 9 dan 13 buah negeri dan memberikan negeri-negeri ini lebih kuasa autonomi temapatan berbanding sebelum ini. Sehingga September 2009, tiada pengorgasiaan semula telah dibuat.

Jenis-jenis prefektur

To, , fu, dan ken hanya berbeza dari segi namanya disebabkan oleh sejarahnya tersendirinya. Sejak tahun 1947, kesemuanya tidak dapat dibezakan dari segi pentadbiran. Kebiasaannya, prefektur-prefektur ini hanya dipanggil dengan nama di depannya sahaja seperti Tokyo (tanpa penambahan pengakhiran seperti Tokyo-to) akan tetapi berbeza pula bagi Hokkaidō yang disebut penuh. Walau bagaimanapun, penggunaan To, , fu, dan ken akan digunakan apabila diperlukan bagi membezakan antara prefektur dan bandar yang mempunyai nama yang sama. Sebagai contoh, Hiroshima-ken adalah nama dalam Jepun bagi prefektur Hiroshima, manakala Hiroshima-shi merupakan nama bagi bandar besarnya.

Fu (Osaka/Kyoto) dan Ken

Semasa zaman Edo, Bakufu (juga dikenali sebagai Tokugawa Shougunate) membentuk zon peraturan bugyō (Jepun: 奉行支配地) di 9 bandar besar Jepun dan 302 zon peraturan bandar (Jepun: 郡代支配地) di tempat-tempat lain. Apabila kerajaan Meiji mula membentuk sistem prefektur pada tahun 1868 semasa tahun pertama zaman Meiji, 9 bandar besar dibawah zon peraturan bugyō menjadi fu, manakala zon peraturan bandar dan lain-lain kawasan dibawah zon peraturan bugyō dikenali sebagai ken. Pada tahun 1871, menjadikan Tokyo, Osaka dan Kyoto sebagai fu, manakala fu yang selebihnya diturunkan statusnya kepada ken. Semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1943, Tokyo ditukar kepada to, sejenis prefektur yang baharu.

Sebelum Perang Dunia Kedua, undang-undang yang diamalkan di fu dan ken adalah berbeza, tetapi perbezaan ini dimansuhkan selepas peperangan dan sehingga kini 2 jenis prefektur ini masih mempunyai fungsi yang sama. Walaupun terdapat perbezaan dari segi sebutan antara fu dan ken, akan tetapi tiada perbezaan antara kedua-duanya dan biasanya dipanggil dengan nama “prefektur” (seperti prefektur Osaka, prefektur Yokohama)

Perkataan disini pada asalnya merujuk kepada kawasan di Jepun seperti Tōkaidō dan Saikaidō, yang terdapat beberapa kawasan prefektur-prefektur kecil. Perkataan disini di ambil daripada huruf kanji yang bermaksud “jalan” dan dipercayai telah diduduki sejak Empayar Temmu lagi.

Hokkaidō, merupakan satu yang hanya tinggal pada hari ini, tetapi bukannya salah satu daripada 7 yang asal pada suatu ketika dahulu (dimana ianya dikenali sebagai Ezo sebelum era kemodenan). Nama Hokkaidō pada masa kini dipercayai berasal daripada seseorang pengembara Jepun yang pertama datang ke pulau tersebut, Matsuura Takeshiro. Disebabkan Hokkaidō dikatakan tidak sesuai untuk dimasukkan kedalam senarai yang ada, maka yang baru telah dicipta dalam senarai yang lain.

Kerajaan Meiji pada asalnya menklasifikasikan Hokkaidō sebagai sebuah “Penempatan Utusan” (開拓使 kaitakushi), dan kemudiannya membahagikan pulau tersebut kepada 3 prefektur (Sapporo, Hakodate dan Nemuro) dan kemudian pada tahun 1886 ianya diperkukuhkan lagi dengan pembentukkan sebuah prefektur Hokkaidō. Akhiran –ken tidak pernah ditambah pada akhirnya, tetapi diguna akhiran – yang bermaksud “prefektur”

Disebabkan Hokkaidō terpisah dengan tempat lain, maka hubungan pengangkutan di pulau tersebut tidak membangun dengan baik. Oleh sebab itu, prefektur tersebut dipisahkan kepada beberapa bahagian "subwilayah" (Jepun: 支庁, Hepburn: shichō) yang boleh membantu kerajaan prefektur dalam urusan pentadbiran disamping memantau pembangunan di Hokkaidō. Kesemua subprefektur ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini, walaupun mereka mempunyai kuasa yang sedikit berbanding dengan apa yang mereka pernah ada sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua berlangsung. Kesemua subprefektur ini berfungsi sebagai mengendalikan kertas kerja dan fungsi-fungsi lain dalam jabatan birokrasi.

Walaupun “Prefektur Hokkaidō” sekali-sekala digunakan bagi membezakan antara kerajaan dengan kerajaan di pulau tersebut. Kerajaan di prefektur Hokkaidō lebih suka menggunakan perkataan “Kerajaan Hokkaidō” berbanding dengan “Kerajaan Prefektur Hokkaidō”

Bandar terbesar dan ibu negara prefektur Hokkaidō ialah Sapporo, iaitu bandar kelima terbesar di Jepun. Bandar besar lain termasuklah Hakodate.

To

Tokyo merupakan to yang satu-satunya di Jepun. Selepasa daripada pemansuhan sistem han, Tokyo-fu (sebuah bandar prefektur seperti Kyoto dan Osaka) terbahagi kepada beberapa buah bandar, Bandaraya Tokyo merupakan antara bandar yang terbesar. Bandaraya Tokyo dibahagikan kepada 15 buah prefektur Wad.

Pada tahun 1943, Bandaraya Tokyo telah dimansuhkan Tokyo-fu menjadi Tokyo-to, dan prefektur-prefektur wad Tokyo menjadi prefektur wad istimewa, penguatkuasa tempatan juga turun daripada prefektur hieraki, setiap prefektur wad memilih sendiri perhimpunan (kugikai) dan Dato’ Bandar (kucho) mereka. Bilangan kampung di luar bandar bagi Bandaraya Tokyo telah ditukar kepada wad, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 35 prefektur wad.

Sebab kenapa pengorganisasian semula ini dibuat adalah untuk memperkukuhkan lagi pentadbiran di sekeliling ibu negara dengan mengurangkan tingkat kuasa yang ada di Tokyo. Kerajaan pusat inginkan sebuah kuasa penuh keatas Tokyo akibat daripada kedudukan Jepun yang merosot semasa Perang Dunia Kedua dan juga kecemasan (peperangan) yang berlaku di metropolis tersebut.

Selepas peperangan, Jepun sekali lagi dipaksa agar mengagihkan kuasa pusatnya, berikutan daripada Deklarasi Postdam. Banyak sifat-sifat istimewa kerajaan Tokyo yang wujud pada ketika itu hilang selepas peperangan, dan bilangan prefektur wad menigkatkat lagi status prefektur perbandaran pada dekad itu selepas daripada menyerah kalah semasa Perang Dunia Kedua. Pada hari ini, pentadbiran di peringkat prefektur wad tidak dapat dibezakan lagi daripada prefektur perbandaran yang lain.

Pembentukkan semula selepas dari Perang Dunia Kedua juga telah membawa kepada perubahan peta Tokyo dengan banyak sekali. Pada tahun 1947, 35 prefektur wad disusun semula menjadi 23 buah prefektur wad istimewa, ini disebabkan oleh ramai yang telah terbunuh semasa pengeboman semasa peperangan tercetus, mereka yang terselamat telah berpindah ke tempat lain dan mereka yang dijadikan sebagai tenaga kerah tidak pulang kembali.

Terdapat beberapa perbezaan istilah antara Tokyo dan prefektur-prefektur yang lain. Sebagai contoh, jabatan polis dan bomba dikenali sebagai chō (庁) berbanding dengan honbu (本部) yang digunakan ditempat lain. Walau bagaimanapun, fungsi yang berbeza antara Tokyo-to da prefektur-prefektur yang lain ialah cara pengurusan prefektur wad dan juga bandar-bandar. Hari ini, disebabkan oleh prefektur wad istimewa ini mampu berdiri sendiri seperti bandar-bandar lain di Jepun, perbezaan dari segi pentadbiran antara Tokyo dan prefektur-prefektur yang lain dilihat tidak banyak jurang perbezaan. (Lihat 23 prefektur wad istimewa sebagai lanjutan).

Kerajaan Jepun masih menganggap Tokyo-to sebagai “Metropolis Tokyo” bagi kebanyakkan perkara, dan kerajaan Jepun menggunakan nama rasmi bagi Tokyo ialah “Kerajana Metropolis Tokyo”. Walau bagaimanapun, sesetengah masyarakat masih menggelar Tokyo sebagai Tokyo-to iaitu “Prefektur Tokyo”

Senarai prefektur Jepun

Senarai prefektur Jepun mengikut susunan ISO

Prefektur-prefektur ini juga dikelompokkan mengikut kawasan. Kawasan-kawasan ini tidak ditetapkan dengan lebih terperinci, tidak mempunyai pilihan rasmi mahupun sebuah badan korporat. Bagaimana pun, mereka mengamalkan pemerintahan berdasarkan lokasi geografi. Dari utara hingga ke selatan (di nomborkan mengikut susunan ISO 3166-2:JP), antara prefektur Jepun serta kawasan yang berkaitan adalah seperti berikut:

Hokkaidō

1. Hokkaidō

Tōhoku

2. Aomori
3. Iwate
4. Miyagi
5. Akita
6. Yamagata
7. Fukushima

Kantō

8. Ibaraki
9. Tochigi
10. Gunma
11. Saitama
12. Chiba
13. Tokyo
14. Kanagawa

Chūbu

15. Niigata
16. Toyama
17. Ishikawa
18. Fukui
19. Yamanashi
20. Nagano
21. Gifu
22. Shizuoka
23. Aichi

Kansai

24. Mie
25. Shiga
26. Kyoto
27. Osaka
28. Hyōgo
29. Nara
30. Wakayama

Chūgoku

31. Tottori
32. Shimane
33. Okayama
34. Hiroshima
35. Yamaguchi

Shikoku

36. Tokushima
37. Kagawa
38. Ehime
39. Kōchi

Kyūshū

40. Fukuoka
41. Saga
42. Nagasaki
43. Kumamoto
44. Ōita
45. Miyazaki
46. Kagoshima

Okinawa


47. Okinawa

Karafuto, merupakan sebahagian daripada Pulau Sakhalin di utara Hokkaidō (tiada dalam peta) dari tahun 1907 sehingga Perang Dunia Kedua. Kini keseluruhan pula tersebut dibawah badan kerajaan Rusia, tetapi sesetengah masyarakat Jepun membuat andaian bahawa Karafuto masih sebahagian daripada Jepun.

Senarai prefektur Jepun mengikut nama

PrefekturNamaJepunIbu kota
Kawasan
PulauPopulasi¹Keluasan²Kepadatan³DaerahKawasan BandarISO
Aichi愛知県NagoyaChūbuHonshū7,507,6915,153.811,3661588JP-23
Akita秋田県AkitaTōhokuHonshū1,009,70511,612.11102829JP-05
Aomori青森県AomoriTōhokuHonshū1,293,6199,606.26154861JP-02
Chiba千葉県ChibaKantōHonshū6,240,4085,156.151,149980JP-12
Ehime愛媛県MatsuyamaShikokuShikoku1,374,8815,676.44263728JP-38
Fukui福井県FukuiChūbuHonshū782,2324,188.761981029JP-18
Fukuoka福岡県FukuokaKyūshūKyūshū5,106,7074,971.011,0091791JP-40
Fukushima福島県FukushimaTōhokuHonshū1,900,10613,782.541541485JP-07
Gifu岐阜県GifuChūbuHonshū2,022,78510,598.181991149JP-21
Gunma群馬県MaebashiKantōHonshū1,966,3816,363.163181261JP-10
Hiroshima広島県HiroshimaChūgokuHonshū2,838,4948,476.953401037JP-34
Hokkaido北海道SapporoHokkaidōHokkaidō5,352,30683,452.476866207JP-01
Hyogo兵庫県KobeKansaiHonshū5,520,5758,392.426611360JP-28
Ibaraki茨城県MitoKantōHonshū2,907,2626,095.624901361JP-08
Ishikawa石川県KanazawaChūbuHonshū1,150,8184,185.32282725JP-17
Iwate岩手県MoriokaTōhokuHonshū1,268,08315,278.51931246JP-03
Kagawa香川県TakamatsuShikokuShikoku972,1561,861.70549517JP-37
Kagoshima鹿児島県KagoshimaKyūshūKyūshū1,637,0739,132.421961149JP-46
Kanagawa神奈川県YokohamaKantōHonshū9,145,5722,415.423,515735JP-14
Kochi高知県KōchiShikokuShikoku720,9077,104.70115635JP-39
Kumamoto熊本県KumamotoKyūshūKyūshū1,774,5386,908.452691048JP-43
Kyoto京都府KyotoKansaiHonshū2,605,7314,612.93573628JP-26
Mie三重県TsuKansaiHonshū1,807,6115760.72322729JP-24
Miyagi宮城県SendaiTōhokuHonshū2,329,4317,285.163251036JP-04
Miyazaki宮崎県MiyazakiKyūshūKyūshū1,095,9596,684.67175830JP-45
Nagano長野県NaganoChūbuHonshū2,087,99712,598.4816316120JP-20
Nagasaki長崎県NagasakiKyūshūKyūshū1,366,5144,092.80371979JP-42
Nara奈良県NaraKansaiHonshū1,356,9503,691.09391847JP-29
Niigata新潟県NiigataChūbuHonshū2,285,85612,582.3719716111JP-15
Oita大分県ŌitaKyūshūKyūshū1,159,6345,804.242101258JP-44
Okayama岡山県OkayamaChūgokuHonshū1,915,4017,008.632781878JP-33
Okinawa沖縄県NahaKyūshūRyūkyū1,439,9132,271.30580541JP-47
Osaka大阪府OsakaKansaiHonshū8,837,8121,893.184,652544JP-27
Saga佐賀県SagaKyūshūKyūshū828,3882,439.23359849JP-41
Saitama埼玉県SaitamaKantōHonshū7,288,0813,767.091,827990JP-11
Shiga滋賀県OtsuKansaiHonshū1,413,0794,017.363341150JP-25
Shimane島根県MatsueChūgokuHonshū689,8176,707.321141259JP-32
Shizuoka静岡県ShizuokaChūbuHonshū3,686,9457,328.614841274JP-22
Tochigi栃木県UtsunomiyaKantōHonshū1,968,4256,408.28313733JP-09
Tokushima徳島県TokushimaShikokuShikoku750,2104,145.261991050JP-36
Tokyo東京都ShinjukuKantōHonshū13,636,2222,187.085,514139JP-13
Tottori鳥取県TottoriChūgokuHonshū569,5793,507.19175639JP-31
Toyama富山県ToyamaChūbuHonshū1,061,3934,247.22264627JP-16
Wakayama和歌山県WakayamaKansaiHonshū953,9244,725.55226750JP-30
Yamagata山形県YamagataTōhokuHonshū1,113,0299,323.34133944JP-06
Yamaguchi山口県YamaguchiChūgokuHonshū1,393,9046,110.762501156JP-35
Yamanashi山梨県KofuChūbuHonshū829,8844,465.37199864JP-19

Catatan: ¹ anggaran pada 1 September 2016[4]; ² km²; ³ per km²

Lihat juga

  • Kerajaan Jepun
  • Senarai prefektur Jepun mengikut susunan populasi
  • Senarai prefektur Jepun mengikut keluasan kawasan
  • Senarai kawasan Jepun
  • Kod bagi ISO 3166-2 Jepun
  • Prefektur Kokura — terbitan daripada tiga buah prefektur pada bulan Disember 1871 dan dimasukkan ke dalam Prefektur Fukuoka pada tahun 1876.

Rujukan

Pautan luar