Dolar Amerika Syarikat
Dolar Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States dollar ; kod mata wang: USD) ialah unit mata wang Amerika Syarikat. Dolar Amerika Syarikat juga diterima guna sebagai mata wang rasmi dan sah oleh kerajaan di beberapa buah negara lain. Dolar A.S. biasanya disingkatkan dalam bentuk tanda dolar yakni $, atau USD atau US$ agar membezakannya dari matawang dolar yang lain dan dari matawang lain yang memakai simbol $. Satu dolar dibahagi kepada 100 cents.
Dolar Amerika Syarikat دولر أميريک شريکت | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
ISO 4217 | |||||
Kod | USD | ||||
Jenis mata wang | |||||
Subunit | |||||
1/10 | Dime | ||||
1/100 | Cent | ||||
1/1000 | Mill | ||||
Simbol | $ atau AS$ | ||||
Cent | ¢ atau c | ||||
Mill | ₥ | ||||
Nama samaran | Buck, green, dan greenback. Juga, Washingtons, Jeffersons, Lincolns, Benjamins, dan Hamiltons dipakai mengikut peringkat nilai, juga peso di Puerto Rico. | ||||
Wang kertas | |||||
Kerap digunakan | $1, $5, $10, $20, $50, $100 | ||||
Jarang digunakan | $2 | ||||
Syiling | |||||
Kerap digunakan | 1¢, 5¢, 10¢, 25¢ | ||||
Jarang digunakan | 50¢, $1 | ||||
Demografi | |||||
Pengguna | Senarai
| ||||
Pengeluaran | |||||
Bank Rizab Persekutuan | |||||
Tapak web | www.wongkudus.my.id | ||||
Pihak pencetak | Biro Ukiran dan Cetakan | ||||
Tapak web | www.wongkudus.my.id | ||||
Kilang wang | Kilang Syiling Amerika Syarikat | ||||
Tapak web | www.wongkudus.my.id | ||||
Penilaian | |||||
Inflasi | 2.7% (AS sahaja) | ||||
Sumber | The World Factbook, anggaran 2007 | ||||
21 matawang
| |||||
sunting |
Diterima guna sejak 6 Julai 1785,[5] dolar A.S. merupakan mata wang yang paling laris digunakan dalam urus niaga antarabangsa.[6] Sebilangan negara menggunakan dolar A.S. sebagai mata wang rasmi, sementara banyak buah negara lain membenarkan dolar A.S. membenarkan penggunaannya.[7] Pada tahun 1995, lebih AS$380 bilion berada dalam edaran, dua pertiga daripadanya berada di luar Amerika Syarikat. Pada tahun 2005, perangkaan itu sudah berganda menjadi hampir AS$760 bilion, dengan kira-kira setengah hingga dua pertiga berada di luar negara,[8] menandakan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak kira-kira 7.6%. Bagaimanapun, pada Disember 2006, dolar telah diatasi oleh euro dari segi jumlah nilai wang tunai dalam edaran.[9] Sejak itu nilai semasa wang tunai euro dalam edaran telah meningkat kepada lebih €695 bilion, bersamaan dengan AS$1,029 bilion pada kadar tukaran semasa.[10][11]
Nota
Rujukan
Pautan luar
- U.S. Bureau of Engraving and Printing
- The U.S. Treasury's Coins & Currency portal
- American Currency Exhibit at the San Francisco Federal Reserve Bank
- U.S. Treasury page with images of all current banknotes Diarkibkan 2008-10-06 di Wayback Machine
- Summary of BEP Production Statistics
- A lot of interactive charts of U.S. Dollar to other currencies with 20 technical indicators - from 1970s
- U.S. Currency and Coin Outstanding and in Circulation Diarkibkan 2018-12-15 di Wayback Machine
- PaperMoneyGuide - Information for collectors of US Currency
- Relative values of the US dollar, from 1790 to 2006 Diarkibkan 2008-05-21 di Wayback Machine
- Wheres George Currency Tracking Project