Hari Ibu

Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa.

Hari Ibu
Diraikan oleh/di
Kebanyakan negara
JenisBersejarah
Kepentinganibu
TarikhBerbeza mengikut setempat
Berkaitan dengan
Hari Bapa

Sejarah

Kek Hari Ibu.

Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.

Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Sambutan Hari Ibu di merata dunia

HariNegara/Wilayah
Ahad ke-2 FebruariNorway
2 FebruariGreece (Bersamaan hari kenduri Persembahan Nabi Isa di Kuil dalam mazhab Ortodoks Timur. Oleh sebab Theotokos (Ibu Tuhan) amat penting dalam perayaan ini kerana membawa Christ ke Kuil Jerusalem, perayaan ini dikaitkan dengan ibu. Namun begitu, kini ramai orang Greece cenderung menyambut Hari Ibu mengikut negara Barat yang lain.)
30 Shevat (antara 30 Januari dan 1 Mac)Israel
3 MacGeorgia
8 MacAfghanistan, Albania*, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Korea Selatan, Laos, Macedonia*, Moldova*, Montenegro, Romania*, Rusia*, Serbia**, Taiwan, Ukraine, dan Vietnam. *Di Albania, Belarus, Bulgaria, Guyana, Itali, Macedonia, Mongolia, Rusia, dan Ukraine hari ini disambut sebagai Hari Wanita Sedunia dan bukan Hari Ibu secara khususnya.
Ahad ke-4 dalam Lent (Mothering Sunday)Ireland, Nigeria, United Kingdom
21 Mac (vernal equinox)Bahrain, Mesir, Iraq, Jordan, Kuwait, Oman, Lubnan, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Sudan, Syria, Emiriah Arab Bersatu, Yaman (Semua negara Arab secara amnya)
25 MacSlovenia
7 AprilArmenia
2 April (kalendar Cina)*China
Baisakh Amavasya (Mata Tirtha Aunsi)Nepal
Ahad pertama MeiHungary, Lithuania, Portugal, Sepanyol
8 MeiAlbania (Hari Ibu Bapa), Korea Selatan (Hari Ibu Bapa).
10 MeiEl Salvador, Guatemala, Mexico
Ahad ke-2 MeiAfrika Selatan, Amerika Syarikat, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belanda, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Chile, Republik Rakyat China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Ecuador, Estonia, Filipina, Finland, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Iceland, India, Itali, Jamaica, Jepun, Jerman, Kanada, Latvia, Malta, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Peru, Puerto Rico, Slovakia, St. Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Suriname, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, Ukraine, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe
15 MeiParaguay
26 MeiPoland
27 MeiBolivia
Ahad terakhir MeiAlgeria, Republik Dominica, Haiti, Maghribi, Mauritius, Perancis (kecuali jika bertindih dengan hari Pentekosta, oleh itu dibawa ke Ahad pertama Jun), Sweden, Tunisia.
May 30Nicaragua
1 JunMongolia (Hari Ibu dan Kanak-kanak Sedunia. Mongolia ialah satu-satunya negara yang menyambut Hari Ibu dua kali setahun.)
Ahad ke-2 JunLuxembourg
Ahad terakhir JunKenya
12 OgosThailand (hari keputeraan Ratu Sirikit Kitiyakara)
15 Ogos (Assumption Day)Antwerp (Belgium), Costa Rica
Isnin kedua OktoberMalawi
14 OktoberBelarus
Ahad ke-3 OktoberArgentina (Día de la Madre)
Ahad terakhir NovemberRusia
8 DisemberPanama
16 Disember, (Kalendar Iran: 25 Azar, Pengasasan Ibu dan Anak)Iran
22 DisemberIndonesia
  • Di China baru-baru ini, sesetengah orang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.

Rujukan

Pautan luar