Hidangan kebangsaan

Hidangan kebangsaan merupakan resipi juadah masakan, makanan atau minuman yang melambangkan sesebuah negara, bangsa, atau kawasan tertentu. Biasanya merupakan masakan yang terkenal atau sering dikaitkan dengan negara tersebut.[2]

Sunday roast — yang dalam contoh ini, terdiri daripada daging lembu panggang, kentang lecek, sayur-sayuran dan puding Yorkshire mini —adalah hidangan kebangsaan England.
Pilaf (O'sh), hidangan kebangsaan dalam masakan Asia Tengah
Nasi ayam Hainan, hidangan kebangsaan Singapura.
Tumpeng, hidangan kebangsaan Indonesia
Nasi lemak adalah hidangan kebangsaan Malaysia, dihidangkan dengan ikan bilis, kacang tanah, telur rebus, kari kambing, timun, sayur-sayuran, dan sambal tumis.
Pierogi ruskie ("ladu Ruthenian"), tradisi masakan Poland yang paling lama bertahan, mengimau kembali tradisi masakan Rutenia di bekas wilayah timur Poland (Kresy),[1] hidangan kebangsaan Poland.
Empanada Argentina
Chelo kabab, hidangan kebangsaan Iran
Cepelinai, ladu kentang Lithuania
Biryani, hidangan pedas kebangsaan Pakistan
Philippine adobo, hidangan kebangsaan Filipina
Sarmale dengan mămăligă, hidangan kebangsaan Romania dan Moldova
Amok trey, hidangan kebangsaan Cambodia
Udang krai Sweden dipanggil Kräftskiva
Dal bhat, Nepal
Polenta, Itali
Couscous, Maghribi dan Algeria
Ndolé dari Cameroon
Borscht Ukraine

Sesuatu hidangan itu boleh dianggap sebagai hidangan kebangsaan atas pelbagai sebab:

Hidangan kebangsaan adalah sebahagian daripada identiti dan imej sesebuah negara.[3] Ketika zaman perluasan empayar Eropah, sesebuah bangsa itu akan membangunkan masakan kebangsaan masing-masing untuk membezakan diri daripada pesaing mereka.[4]

Menurut Zilkia Janer, pensyarah budaya Amerika Latin di Universiti Hofstra, ia adalah mustahil untuk memilih satu hidangan kebangsaan, walaupun secara tidak rasmi bagi negara-negara, seperti Mexico atau India, kerana penduduk rakyatnya yang pelbagai etnik dan budaya.[3] Mana-mana satu masakan negara itu tidak boleh sewenang-wenangnya menjadi wakil sebagai hidangan kebangsaan. Tambahan pula, memandangkan hidangan kebangsaan menjadi sebati dalam erti kata identiti sesebuah negara, emosi dan konflik yang kuat boleh muncul ketika cuba memilih hidangan kebangsaan sesebuah negara.

Krisis persempadanan dan geopolitik

Sesebuah masakan itu dicipta, dikembangkan, dan diwarisi berketurunan lamanya dan terdapat sesetengah masakah yang boleh dijejak kembali sejarahnya kepada awal ketamadunan manusia. Kini, manusia mula berpecah mengikut persempadanan negara dan geopolitik dan pada masa yang sama membawa sekali budaya dan makanan yang diwarisi. Walau bagaimanapun, pemisahan geopolitik moden tidak mengenal persamaan antara budaya, kaum dan etnik.

Sebagai contoh yang ketara ialah bagaimana kedua-dua buah negara Korea yang terpisah oleh ideologi dan membentuk negara sendiri, masih mempunyai persamaan dari segi budaya tradisional dan masakan kerana akar budaya mereka sama.

Tidak ketinggalan bagi negara-negara yang terbentuk pasca zaman penjajahan seperti India dan Pakistan, Indonesia, Malaysia dan Singapura serta negara-negara Indo-China. Terdapat banyak konflik dalam tuntutan hidangan kebangsaan terutama bagi negara yang baharu diwujudkan sedangkan budaya masakan yang diwarisi bersama adalah lebih lama daripada itu.

Platos nacionales

Di Amerika Latin, hidangan boleh dituntut atau ditetapkan sebagai "plato nacional", walaupun terdapat banyak kes, resipi tersebut melangkaui sempadan negara dengan beza yang sangat kecil.

Kedua-dua Peru dan Ecuador menuntut ceviche sebagai hidangan kebangsaan mereka. Stu daging, plantain, dan sayur akar adalah platos nacionales beberapa negara di Amerika Tengah, Amerika Selatan, dan Caribbean: ajiaco Colombia , serta sancocho daripada Republik Dominika, Colombia dan Panama, adalah contoh-contohnya. Janer (2008) memerhati bahawa perkongsian plato nacional yang sama oleh negara-negara yang berbeza mempersoalkan idea bahawa setiap negara mempunyai hidangan unik kebangsaan yang khas bagi negara itu; beliau menyatakan bahawa masakan tidak mengenal sempadan negara dan geopolitik.[3]

Pengenalpastian hidangan kebangsaan Amerika Latin adalah lebih kuat di kalangan komuniti ekspatriat di Amerika Utara.[3] Di negara-negara Amerika Latin, plato nacional biasanya sebahagian daripada masakan masyarakat luar bandar dan petani, dan tidak semestinya sebahagian daripada masakan seharian warga kota. Dalam masyarakat ekspatriat, hidangan itu adalah sangat dituntut semula untuk mengekalkan semangat jati diri dan hubungan kebangsaan terhadap tanah air seseorang, dan adalah bangga dihidangkan di rumah-rumah dan restoran. Dengan menunjukkan identiti kebangsaan ini, masyarakat boleh menentang tekanan sosial yang mendesak untuk penyeragaman etnik yang majmuk dan pelbagai budaya masyarakat lalu merangkumkan semua identiti kumpulan menjadi tunggal, seperti Latino atau Amerika Hispanik.[3]

Negara dan masakan kebangsaan

Ini bukanlah senarai muktamad hidangan kebangsaan, tetapi termasuk senarai beberapa makanan yang telah dicadangkan untuk menjadi hidangan kebangsaan.

Minuman

Lihat juga

  • Makanan tradisional

Rujukan