Lasagne

Lasagne atau lasagna ialah sejenis hidangan pasta leper bakar berinti daging, sos tomato, sos sampingan khas dan keju taburan yang berlapisan. Makanan ini berasal dari kota Napoli kawasan Campania di Itali di mana ia merupakan hidangan tradisional sangat dikenali dari kota tersebut.[1] Bahkan, ia dianggap sebagai salah satu jenis resipi pasta paling lama dicipta dari kawasan ini.[2]

Lasagne
Sepinggan lasagne bakar
JenisPasta
Jenis sajianUtama
Tempat asalItali
Kawasan/rantauNapoli, Campania
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaGandum durum
Keragaman/variasiLasagnette
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pengistilahan

Catatan pertama menerangkan hidangan ini didapati dalam serangkap sajak ditulis pada kaki selembar halaman buku Memoriali Bolognesi tahun 1282:[3][4][5][6]

Giernosen le comadre / trambedue a la festa,
de gliocch’ de lasagne / se fén sette menestra;
e disse l’un ‘a l’altra: «Non foss’altra tempesta,
ch’eo non vollesse tessere / mai ordir né filare.»
—Antonio Guidonis de Argele, Rime dei memoriali bolognesi, Mem. 47, 1282, c. 1v.

Istilah Itali lasagne (disebut [laˈzaɲɲe ]) yang asal adalah bentuk jamak kata lasagna (disebut [laˈzaɲɲa]) turunan Latin lasanum 'periuk' terus untuk kepingan lapik pasta digunakan dalam hidangan ini; ia mula dikamuskan Accademia della Crusca tahun 1612 bertakrif "pasta masakan gandum yang dihampar kering atas rak".[7] Pengungkapan sajian pasta lapis ini keseluruhannya bergantung kepada dialek setempat dituturkan serata tanah Itali: masyarakat utara Itali menyebut lasagne sedangkan masyarakat selatan menyebut lasagna.[8]

Komponen utama

Makanan ini dihasilkan dengan melapisi suatu jenis inti sebelum ia ditutup dengan kepingan pasta yang lebar menadah inti seterusnya. Pelapisan ini berterusan mengikut turutan tetap sehingga ke atas dulang bakar di mana ia ditabur dengan keju sebelum dibakar dalam ketuhar sehingga masak sepenuhnya.

Pasta

Pasta ini sendirinya bernama lasagne.[7] Ia berbentuk segi empat yang tampak lebar dan sederhana tebal. Pasta ini dihasilkan dengan resipi doh berbeza mengikut kawasan: orang Itali Selatan menggunakan adunan semolina dan air sementar kawasan utara, di mana semolina tidak boleh didapati, tepung dan telur.

Hari ini di Itali, kerana satu-satunya jenis gandum yang dibenarkan untuk pasta dijual secara komersial adalah gandum durum, lasagne komersial diperbuat daripada semolina (daripada durum gandum).[9]

Kuah (ragù)

Ragù ini merupakan sejenis kuah yang dimasakkan menggunakan daging. Resipi yang lazim di Napoli menggunakan sejenis kuah Neapolitan berasaskan bawang, daun selasih dan tomato kisar.[10]

Resipi lasagne di carnevale tradisi Napoli sering berintikan sosej, bebola daging dan telur rebus.[11] Resipi lasagnedihasilkan di kawasan Emilia-Romagna dan ibu kotanya, Bologna pula lebih menggunakan kuah lebih pekat dan berdaging.

Sayuran tertentu seperti bayam adakalanya ditambah ke dalam inti ataupun doh pasta untuk menambahkan warna pada hidanga.

Sos béchamel

Sos Béchamel merupakan sejenis sos khusus dimasak mencampurkan mentega, tepung, susu dan rempah ratus tertentu.

Keju

Keju jenis ricotta and mozzarella lazim digunakan untuk resipi dari Napoli[11] sementara resipi dari Emilia-Romagna menggunakan keju jenis Parmigiano-Reggiano.

Lihat juga

  • Ziti bakar
  • Kaserol
    • Senarai masakan kaserol
  • Senarai masakan Itali
  • Moussaka – kaserol Mediterranean, berlapis dalam beberapa resipi
  • Pastelón – hidangan Puerto Rico berlapis yang dibuat dengan plantain dan dibakar
  • Pastitsio – hidangan pasta Mediterranean berlapis yang dibakar
  • Timballo – kaserol Itali

Rujukan

Pautan luar

Templat:Masakan keju