Pertubuhan Kesihatan Sedunia

agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan dengan kesihatan awam antarabangsa
(Dilencongkan dari World Health Organization)

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (bahasa Inggeris: World Health Organisation, WHO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia. Agensi ini ditubuhkan pada 7 April 1948.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia
ڤرتوبوهن كصيحتن سدنيا
Kerangka
KependekanWHO Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahAgensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, penerbit capaian terbuka, pertubuhan antarabangsa, penerbit akademik Sunting ini di Wikidata
IndustriKesihatan awam Sunting ini di Wikidata
Anggota bagiPersatuan Penerbit Saintifik, Teknikal dan Perubatan Antarabangsa Sunting ini di Wikidata
Bahasa rasmiBahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Rusia, bahasa Cina Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.who.int Sunting ini di Wikidata
Facebook: who Twitter: WHO Mastodon: WHO@mstdn.social Instagram: who LinkedIn: world-health-organization Snapchat: who Youtube: UC07-dOwgza1IguKA86jqxNA Pinterest: worldhealthorganization TikTok: who GitHub: WorldHealthOrganization Sunting ini di Wikidata
Sejarah
PendahuluPejabat Kebersihan Awam Antarabangsa Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan7 April 1948 Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
Pengarah/pengurusTedros Adhanom Sunting ini di Wikidata
Pertubuhan indukMajlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
Subsidiari
Perangkaan
Kakitangan/pekerja 7,000 (2014) Sunting ini di Wikidata
Anugerah
Anugerah Puteri Asturias untuk Kerjasama Antarabangsa (2009), Pegawai Darjah Kondor Andes Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Keanggotaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatGeneva Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Koordinat46°13′57.94″N 6°8′3.66″E Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

WHO bertanggungjawab untuk Laporan Kesihatan Sedunia, Kajian Kesihatan Sedunia, dan Hari Kesihatan Sedunia. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom, juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan Habsyah dari tahun 2005 hingga 2012 dan sebagai Menteri Luar Ethiopia dari 2012 hingga 2016. Adhanom memulakan tempoh lima tahunnya pada 1 Julai 2017.[1]

Struktur Organisasi

Negara-negara ahli WHO melantik wakil kepada Majlis Perhimpunan Kesihatan Sedunia. Badan ini merupakan badan menetapkan dasar kesihatan sedunia yang tertinggi. Pertubuhan ini berhimpun setiap tahun dan melantik seorang Ketua Pengarah WHO. Ketua Pengarah WHO berperanan memimpin WHO, di samping menyelia dasar kewangan WHO. 34 Ahli Perhimpunan juga dipilih menyertai Lembaga Eksekutif yang bertugas melaksanakan segala keputusan Majlis Perhimpunan.

Ketua Pegawai Eksekutif
NrKetua PengarahNegaraMasa Tempoh[2]
9En. Tedros Adhanom  Habsyah2017–kini ...
8Pn. Margaret Chan  Hong Kong2007–2017
7En. Anders Nordström  Sweden2006–2007, sementara
6En. Lee Jong-wook  Korea Selatan2003–2006 († 22/5/2006)
5Pn. Gro Harlem Brundtland  Norway1998–2003
4En. Hiroshi Nakajima  Jepun1988–1998
3En. Halfdan T. Mahler  Denmark1973–1988
2En. Marcolino Gomes Candau  Brazil1953–1973
1En. Brock Chisholm  Kanada1948–1953
WHO Executive Board (34 pengguna)
Masa TempohAfrikaEropahTimur
Mediterranean
Timur dan
Asia Selatan
Pasifik BaratAmerika
2017-2020
[3]

 Algeria
 Burundi

 Belanda
 Turki

 Libya

 Bahrain
 Bhutan

 Fiji
 Vietnam

 Colombia
 Jamaica
 Mexico

2015-2018
[4]

 Congo

 Perancis
 Sweden

 Jordan
 Malta
 Pakistan

 Kazakhstan

 New Zealand
 Filipina
 Thailand

 Kanada
 Republik Dominika

2014-2017

 RD Congo
 Gambia
 Liberia

 United Kingdom
 Rusia

 Eritrea
 Kuwait

   Nepal

 China

 Amerika Syarikat

2013-2016

 Namibia
 Afrika Selatan

 Albania
 Andorra

 Mesir

 Korea Utara
 Arab Saudi

 Jepun
 Korea Selatan

 Argentina
 Brazil
 Suriname

Keahlian

Pertubuhan ini disertai oleh semua negara ahli PBB kecuali Liechtenstein dan dua negara bukan PBB, iaitu Niue dan Kepulauan Cook. Pertubuhan Pembebasan Palestin serta Takhta Suci (Kota Vatican) merupakan negara pemerhati. Terdapat juga ahli sekutu seperti Puerto Rico dan Tokelau.

Peranan

Di samping mengkoordinasikan usaha-usaha antarabangsa mengawal wabak penyakit epidemik seperti SARS, malaria dan AIDS, WHO juga mngadakan program-program mencegah dan merawati penyakit-penyakit tersebut. WHO memberi sokongan kepada pembuatan dan pembahagian vaksin dan ubat farmasi. Ia sudah hampir menyiapkan penghasilan vaksin malaria, schistosomiasis dan ingin menghapuskan wabak polio dalam tahun-tahun yang akan datang.

WHO juga menaja kempen menggalakkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran, serta kempen antirokok.

WHO menjalankan penyelidikan sama ada medan elektromagnetik di sekeliling telefon bimbit membahayakan kesihatan. Kadang-kala, laporan WHO menimbulkan kontroversi. Pada April 2003, ia mengesyorkan supaya gula yang dimakan patut kurang daripada 10% daripada makanan keseluruhan. Hal ini menimbulkan kemarahan industri gula.

WHO menyusun sistem Pengelasan Penyakit Antarabangsa (ICD) yang diikut oleh industri perubatan di seluruh dunia.

Ia juga boleh dikatakan bertindak sebagai pemerhati kepada dasar-dasar ubat atau dadah (drugs) yang digubal oleh Suruhanjaya Ubat Narkotik.

Kewangan

WHO ditabung oleh dermaan daripada negara ahli dan peribadi. WHO juga mempunyai kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan, industri farmaseutik dan yayasan-yayasan.

Rujukan

Pautan luar