Sistem berparlimen

(Dilencongkan dari Sistem parlimen)

Sistem berparlimen merupakan sejenis sistem kerajaan yang mana para menteri cabang eksekutif dipilih dari cabang perundangan dan bertanggungjawab kepada badan perundangan, sehingga terjalinnya cabang-cabang eksekutif dan perundangan. Dalam sistem sebegini, ketua pemerintahan memegang peranan ketua eksekutif dan ketua perundangan de facto.

Peta negara mengikut sistem kerajaan
Negara-negara beraja berperlembagaan di mana kekuasaan terletak pada parlimen bertanda merah. Negara-negara di mana kuasa parlimen mengatasi ketua negara yang berasingan bertanda jingga. Negara-negara republik berparlimen di mana peranan ketua kerajaan dan ketua negara digabungkan bertanda hijau.

Sistem berparlimen dicirikan dengan tiadanya pengasingan kuasa yang ketara antara cabang eksekutif dan perundangan, maka mengamalkan sistem demokrasi yang berbeza berbanding dengan sistem berpresiden. Sistem berparlimen biasanya jelas membezakan ketua pemerintahan (yang lazim bergelar perdana menteri) dan ketua negara yang bergelar presiden (yang diundi oleh rakyat atau dilantik oleh parlimen) ataupun raja turun-temurun (kerajaan berperlembagaan).

Senarai negara yang mengamalkan sistem berparlimen

Sistem ekadewan

Jadual berikut menyenaraikan negara-negara yang parlimennya terdiri daripada satu dewan.

NegaraParlimen
AlbaniaKuvendi
BangladeshJatiyo Sangshad
BulgariaPerhimpunan Kebangsaan
BotswanaParlimen Botswana
Burkina FasoPerhimpunan Kebangsaan
CroatiaSabor
DenmarkFolketing
DominicaDewan Perhimpunan
EstoniaRiigikogu
FinlandEduskunta/Riksdag
GreeceParlimen Yunani
HungaryPerhimpunan Kebangsaan
IcelandAlthingi
IsraelKnesset
KosovoKuvendi
KuwaitPerhimpunan Kebangsaan Kuwait
LatviaSaeima
LithuaniaSeimas
LubnanPerhimpunan Timbalan
LuxembourgChamber of Deputies
Macedonia UtaraSobranie
MaltaDewan Perwakilan
MauritiusPerhimpunan Kebangsaan
MoldovaParlimen
MongoliaKhural Besar Negara
MontenegroParlimen
NepalParlimen Perundangan Nepa
New ZealandParlimen
NorwayStortinget
Palestin, Pihak BerkuasaParlimen
Papua New GuineaParlimen Kebangsaan
PortugalPerhimpunan Republik Portugal
Saint Kitts dan NevisPerhimpunan Kebangsaan
Saint Vincent dan Kepulauan GrenadineDewan Perhimpunan
SamoaFono
ScotlandParlimen Scotland
SerbiaPerhimpunan Kebangsaan
SingapuraParlimen
SlovakiaMajlis Negara
Sri LankaParlimen
SwedenRiksdag
TurkiPerhimpunan Agung Kebangsaan
UkraineVerkhovna Rada
VanuatuParlimen

Sistem dwidewan

Jadual berikut menyenaraikan negara-negara yang parlimennya terdiri daripada dua dewan.

Negara/PertubuhanParlimenDewan pertuananDewan rakyat
Afrika SelatanParlimenMajlis Provinsi NegaraPerhimpunan Kebangsaan
AustraliaParlimen KomanwelSenatDewan Perwakilan
AustriaParlimenMajlis PersekutuanMajlis Negara
Antigua dan BarbudaParlimenSenatDewan Perwakilan
BahamasParlimenSenatDewan Perhimpunan
BarbadosDewan PerhimpunanSenatDewan Perhimpunan
BelandaStaaten-Generaal (Jeneral-Negara)Eerste Kamer (Senat)Tweede Kamer (Dewan Perwakilan)
BelizePerhimpunan KebangsaanSenatDewan Perwakilan
BelgiumParlimen PersekutuanSenatDewan Perwakilan
BhutanParlimenMajlis NegaraPerhimpunan Kebangsaan
Czech, RepublikParlimenSenatDewan Timbalan
Eropah, KesatuanMajlis Kesatuan EropahParlimen Eropah
HabsyahPerhimpunan Parlimen PersekutuanHouse of FederationDewan Wakil Rakyat
JermanPerundangan Persekutuan/Bundesversammlung (Perhimpunan Persekutuan)Bundesrat (Majlis Persekutuan)Bundestag (Diet Persekutuan)
GrenadaParlimenSenatDewan Perwakilan
IndiaParlimen (Sansad)Rajya Sabha (Majlis Negeri)Lok Sabha (Dewan Rakyat)
IrelandOireachtasSeanad ÉireannDáil Éireann
IraqPerhimpunan KebangsaanMajlis Kesatuan[1]Majlis Perwakilan
ItaliParlimenSenat RepublikDewan Rakyat
JamaicaParlimenSenatDewan Perwakilan
JepunDietDewan KaunselorDewan Perwakilan
KanadaParlimenSenatDewan Rakyat
MalaysiaParlimenDewan NegaraDewan Rakyat
PakistanParlimenSenatPerhimpunan Kebangsaan
PolandParlimenSenatSejm
RomaniaParlimenSenatDewan Timbalan
Saint LuciaParlimenSenatDewan Perhimpunan
SepanyolCortes GeneralesSenatKongres Perwakilan
SloveniaParlimenMajlis KebangsaanPerhimpunan Kebangsaan
SwitzerlandPerhimpunan PersekutuanMajlis Negeri-NegeriMajlis Kebangsaan
ThailandPerhimpunan KebangsaanSenatDewan Perwakilan
Trinidad dan TobagoParlimenSenatDewan Perwakilan
United KingdomParlimenPertuanan (House of Lords)Dewan Rakyat (House of Commons)

Rujukan