Hadiah Rafto Hadiah Sakharov Hadiah Keamanan Nobel Anugerah Jawaharlal Nehru Hadiah Simón Bolívar Antarabangsa Hadiah Olof Palme Keamanan Dunia Bhagwan Mahavir Pingat Emas Kongres
Aung San Suu Kyi (Bahasa Burma: အောင်ဆန်းစုကြည်code: my is deprecated code: my is deprecated ; MLCTS: aung hcan: cu. krany; sebutan Burma: [àuɴ sʰáɴ sṵ tɕì]; lahir 19 Jun 1945) ialah seorang ahli politik Burma dan bekas Setiausaha Agung Liga Kebangsaan bagi Demokrasi. Dalam pilihan raya umum pada tahun 1990, parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi pimpinan Suu Kyi memenangi 59% undian kebangsaan dan 80% (392/492) kerusi di Parlimen.[2][3][4][5][6][7][8] Bagaimanapun, beliau sudah ditahan dalam rumah sebelum pilihan raya berlangsung. Beliau ditahan dalam rumah di Burma selama 15 daripada 21 tahun mulai tahun 1990 hingga 13 November 2010.[9]
Beliau juga telah dianugerahkan Hadiah Rafto dan Hadiah Sakharov atas kebebasan bersuara pada 1990. Beliau menentang kerajaan junta tentera Myanmar yang mengamalkan sistem tentera diktator.
Aung San Suu Kyi dilahirkan pada 19 Jun 1945. Bapanya Aung San merupakan pejuang kemerdekaan Myanmar/Burma dari penjajah United Kingdom pada 1947. Aung San telah dibunuh oleh musuh-musuhnya pada tahun yang sama.
Suu Kyi telah dibesarkan oleh ibunya Khin Kyi bersama saudaranya Aung San Lin dan Aung San U di Yangon. Aung San Lin mati lemas dalam sebuah kolam. Suu Kyi belajar di sekolah Katholik di Myanmar.
Khin Kyi (Mak Khin Kyi) juga terkenal sebagai ahli politik di Myanmar. Beliau pernah dilantik sebagai duta ke India pada 1960. Aung San Suu Kyi turut pindah ke India dan belajar di Lady Shri Ram College di New Delhi pada 1964. Kemudian Suu Kyi belajar di St Hugh's College, Universiti Oxford dan mendapat ijazah B.A dalam jurusan falsafah, politik dan ekonomi pada 1969. Kemudian belajar di School of Oriental and African Studies, Universiti London pada 1985.
Suu Kyi pernah bekerja dengan kerajaan Myanmar. Pada 1972 berkahwin dengan Dr Michael Aris seorang warga Tibet yang tinggal di Bhutan. Kemudian mendapat anak lelaki bernama Alexander di London. 1977 mendapat anak kedua, Kim semasa di belajar di Universiti Georgetown dari Januari 1991 hingga Februari 1991.
Aung San Suu Kyu kembali ke Myanmar pada 1988 untuk menjaga ibunya yang sakit. Secara kebetulan, pemimpin sosialis, Jeneral Ne Win dijatuhkan, mengetuai rakyat mengadakan demontrasi untuk mendapatkan demokrasi pada 8 Ogos 1988 di mana kerajaan junta tentera telah mengambil alih kuasa.
Suu Kyi sangat dipengaruhi oleh falsafah tanpa kekerasan dan idealismeMahatma Gandhi. Beliau menyertai Liga Kebangsaan bagi Demokrasi pada 27 September 1988 dan ditahan dalam rumah sejak 20 Julai 1989. Beliau ditawarkan kebebasan jika meninggalkan negara itu namun menolaknya.
Pada 1990, majlis kerajaan tentera Myanmar mengadakan pilihan raya dan parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi telah menang. Sepatutnya Suu Kyi dilantik sebagai Perdana Menteri Myanmar tetapi junta tentera menafikan kemenangan tersebut. Aung San Suu Kyi telah memenangi 392 daripada 485 kerusi. Berikutan itu Suu Kyi telah menerima anugerah Hadiah Sakharov dan Hadiah Keamanan Nobel pada 1991. Anak-anaknya Alexander dan Kim mewakili beliau untuk menerima anugerah tersebut. Suu Kyi menggunakan wang tunai 1.3 juta USD yang dimenangi untuk tujuan kesihatan dan pendidikan rakyat Myanmar.
Kerajaan junta tentera telah membebaskan Suu Kyi pada Julai 1995 untuk melawat keluarganya di United Kingdom dan tidak dibenarkan pulang. Suaminya Dr Michael Aris seorang warganegara United Kingdom menjalani pemeriksaan kanser prostat pada 1997, kerajaan Myanmar enggan memberi sebarang visa.
Pada Pilihan raya umum Myanmar 2010, parti beliau telah memboikot pilihan raya. Beliau tidak dapat bertanding kerana masih dalam tahanan rumah. Pada 13 November, akhirnya Aung San Suu Kyi dibebaskan dari tahanan dalam rumah atas arahan rejim.
Pada tahun 2016, parti itu berkongsi kuasa dengan tentera selepas partinya, NLD memenangi pilihan raya umum pertama yang diadakan secara demokratik. Suu Kyi, yang turut menang satu kerusi Parlimen tidak boleh menjadi Presiden kerana Perlembagaan negara itu melarang beliau memegang jawatan tersebut kerana wanita berkenaan berkahwin dengan warga asing dan mempunyai dua orang anak warga asing. Berikutan larangan tersebut beliau yang pernah menjadi ikon demokrasi di Myanmar dilantik menjadi Kaunselor Negara iaitu jawatan yang setaraf dengan Perdana Menteri dan diwujudkan semata-mata untuknya.
Pada tahun 2017, pengkritik menuntuk agar hadiah Nobel Suu Kyi ditarik balik kerana dikatakan berdiam diri dalam hal keganasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.[10] Sebilangan aktivis lagi mengkritiknya kerana berdiam diri dalam hal rusuhan Negeri Rakhine 2012 (dan berulang ketika krisis pelarian Rohingya 2015), dan ketidakpeduliannya terhadap penderitaan etnik Rohingya sebagai minoriti Muslim yang dianiaya.[11]
Pada tahun 2012, Suu Kyi memberitahu wartawan bahawa dirinya tidak pasti sama ada golongan Rohingya dapat dianggap sebagai warga Myanmar.[12] Dalam wawancara 2013 di BBC dengan Mishal Husain, Aung San Suu Kyi tidak mengutuk keganasan terhadap etnik Rohingya, dan menafikan bahawa umat Islam di Myanmar tidak terkesan oleh sebarang pembersihan etnik, dengan menegaskan bahawa ketegangan itu disebabkan oleh "iklim ketakutan" yang disebabkan oleh "persepsi di seluruh dunia bahawa kekuatan umat Islam global adalah 'sangat hebat'". Walaupun begitu, Suu Kyi mengutuk "sebarang bentuk kebencian" dalam wawancara itu.[13] Menurut Peter Popham, setelah wawancara itu, Suu Kyi menyatakan kemarahannya gara-gara perlu ditemu ramah oleh seorang Muslim (Husain).[14] Husain mencabar pendapat Suu Kyi bahawa hampir semua bentuk keganasan adalah terhadap Rohingya sebagai cakap balas terhadap pendapat Suu Kyi bahawa keganasan berlaku di kedua-dua belah pihak, dan Peter Popham menggambarkan kedudukannya dalam isu tersebut sebagai suatu bentuk ambiguiti disengajakan demi kuasa politiknya.[15][halaman diperlukan] Dalam sebuah artikel di BBC News pada 2015, wartawan Jonah Fisher berpendapat bahawa tindakan Aung San Suu Kyi yang berdiam diri mengenai isu Rohingya adalah disebabkan oleh keperluan untuk mendapatkan sokongan dari etnik majoriti negara, Bamar sementara berada dalam kempen pilihan raya umum.[16]