Hadiah Sakharov

Hadiah Sakharov untuk Kebebasan Berfikir, atau lebih dikenali sebagai Hadiah Sakharov, menghargai individu dan kumpulan orang yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk mempertahankan hak asasi manusia dan kebebasan berfikir.[2] Dinamakan semperna nama seorang saintis dan pembangkang Rusia, Andrei Sakharov, hadiah ini diperkenalkan pada Disember 1988 oleh Parlimen Eropah.[2] Satu senarai pendek pencalonan dikeluarkan setiap tahun oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Jawatankuasa Pembangunan, dengan pemenang diumumkan pada bulan Oktober.[1] Hadiah turut disertakan dengan wang tunai sebanyak €50,000.[1] Hadiah pertama diberikan kepada Nelson Mandela (Afrika Selatan) dan dari Rusia Anatoly Marchenko. Pada tahun 1990 pula, hadiah diberikan kepada Aung San Suu Kyi, namun beliau hanya dapat menerima hadiah tersebut pada tahun 2013 akibat pemeranjaan beliau di Burma.[3] Selain individu, hadiah turut pernah diberikan kepada organisasi dan Mothers of the Plaza de Mayo dari Argentina telah memenangi pada tahun 1992. Tiga orang penerima Sakharov turut menerima Hadiah Keamanan Nobel iaitu Nelson Mandela, Aung San Suu Kyi, dan Malala Yousafzai.[4] Razan Zaitouneh yang menerima hadiah ini pada tahun 2011 telah diculik pada tahun 2013 dan masih belum ditemui.[5]

Hadiah Sakharov untuk Kebebasan Berfikir
Upacara penganugerahan 1990 kepada Aung San Suu Kyi dalam Parlimen Strasbourg pada tahun 2013.
NegaraKesatuan Eropah, Perancis
Disampaikan olehParlimen Eropah
Ganjaran€50,000[1]
Anugerah pertama1988
Kini dipegang olehOleg Sentsov
Laman web rasmiOfficial website

Pada tahun 2017, Hadiah Sakharov diberikan kepada Pembangkang Demokratik di Venezuela. Presiden Parlimen Eropah, Antonio Tajani menyatakan hadiah ini mengesahkan sokongan Kesatuan Eropah yang "tidak berbelah bahagi kepada perhimpunan kebangsaan Venezuela yang dipilih secara demokratik" akan menyeru "peralihan damai kepada demokrasi yang rakyat Venezuela mahukan."[6] Hadiah itu dilihat sebagai memberi ganjaran kepada "keberanian aktivis pelajar dan penunjuk perasaan dalam menghadapi penindasan oleh kerajaan Nicolas Maduro".[7]

Penerima

Nelson Mandela merupakan penerima pertama Hadiah Sakharov selain Anatoly Marchenko.
Upacara penganugerahan kepada Aung San Suu Kyi bagi tahun 1990 tetapi hanya dapat dilakukan pada tahun 2013.
TahunPenerimaKerakyatanNotaRujukan
1988Nelson Mandela  Afrika SelatanAktivis anti-apartheid dan kemudian Presiden Afrika Selatan[8]
Anatoly Marchenko (posthumously)  Kesatuan SovietAktivis pembangkang dan aktivis hak asasi manusia Soviet[8]
1989Alexander Dubček  CzechoslovakiaAhli politik Slovak[8]
1990Aung San Suu Kyi  MyanmarAhli politik pembangkang dan bekas Setiausaha Agung Liga Kebangsaan untuk Demokrasi[9]
1991Adem Demaçi  YugoslaviaAhli politik Kosovo Albania dan tahanan politik[8]
1992Mothers of the Plaza de Mayo  ArgentinaPersatuan ibu-ibu Argentina yang anaknya hilang semasa Perang Kotor[9]
1993Oslobođenje  Bosnia dan HerzegovinaSurat khabar pipular yang mempertahankan Bosnia dan Herzegovina sebagai negara multi-etnik[9]
1994Taslima Nasrin  BangladeshBekas doktor, penulis feminis[9]
1995Leyla Zana  TurkiAhli politik dari keturunan Kurdish dari Turki Tenggara, yang dipenjarakan selama 10 tahun[8]
1996Wei Jingsheng  Republik Rakyat ChinaAktivis dalam gerakan demokrasi China[9]
1997Salima Ghezali  AlgeriaWartawan dan penulis, aktivis hak asasi wanita, hak asasi manusia dan demorasi di Algeria[9]
1998Ibrahim Rugova  FR YugoslaviaAhli politik Albania, Presiden pertama Kosovo[8]
1999Xanana Gusmão  Timor LesteBekas militan yang menjadi Presiden pertama Timor Leste[10]
2000¡Basta Ya!  SepanyolOrganisasi yang menyatukan individu dari pelbagai kedudukan politik yang menentang keganasan[11]
2001Nurit Peled-Elhanan  IsraelAktivis keamanan[8]
Izzat Ghazzawi  PalestinPenulis , profesor
Dom Zacarias Kamwenho  AngolaUskup Agung dan aktivis keamanan
2002Oswaldo Payá  CubaAktivis politik dan pembangkang[12]
2003Kofi Annan  GhanaPenerima Hadiah Keamanan Novel dan Setiausaha Agung PBB yang ke-7[8]
PBBN/A (International)
2004Persatuan Wartawan Belarusia  BelarusOrganisasi bukan kerajaan "yang bertujuan untuk memastikan kebebasan bersuara dan hak menerima dan mengedarkan maklumat dan mempromosikan piawaian kewartawanan profesional"[13]
2005Ladies in White  CubaGerakan pembangkang, ahli keluarga/saudara pembangkang yang dipenjarakan[14]
Reporters Without BordersN/A (Antarabangsa)Pertubuhan bukan kerajaan berpangkalan di Perancis yang menganjurkan kebebasan akhbar[14]
Hauwa Ibrahim  NigeriaPeguam hak asasi manusia[14]
2006Alaksandar Milinkievič  BelarusAhli politik yang dipilih oleh Angkatan Demokratik Bersatu Belarus sebagai calon bersama pembangkang dalam pilihan raya presiden 2006[15]
2007Salih Mahmoud Osman  SudanPeguam hak asasi manusia[9]
2008Hu Jia  Republik Rakyat ChinaAktivis dan pembangkang[16]
2009Memorial  RusiaPertubuhan hak asasi manusia dan sejarah antarabangsa[17]
2010Guillermo Fariñas  CubaDoktor, wartawan dan ahli politik pembangkang[18]
2011Asmaa Mahfouz  MesirLima wakil rakyat Arab, sebagai pengiktirafan dan sokongan pemanduan mereka untuk kebebasan dan hak asasi manusia.[19]
Ahmed al-Senussi  Libya
Razan Zaitouneh  Syria
Ali Farzat
Mohamed Bouazizi (posthumously)  Tunisia
2012Jafar Panahi  IranAktivis Iran, Sotoudeh merupakan seorang peguam dan Panahi ialah pengarah filem.[20][21]
Nasrin Sotoudeh
2013Malala Yousafzai  PakistanKempen untuk hak dan pendidikan wanita[22]
2014Denis Mukwege  Republik Demokratik CongoAhli ginekologi yang merawat mangsa pemerkosaan berkumpulan[23]
2015Raif Badawi  Arab SaudiPenulis dan aktivis Arab Saudi serta pencipta laman web Free Saudi Liberals[24]
2016Nadia Murad Basee  IraqAktivis hak asasi manusia Yazidi[25]
Lamiya Aji Bashar
2017Pembangkang Demokrasi di Venezuela  VenezuelaJulio Borges bersama-sama banduan dan aktivis politik dari Venezuala yang terdiri daripada Leopoldo López, Antonio Ledezma, Daniel Ceballos, Yon Goicoechea, Lorent Saleh, Alfredo Ramos dan Andrea González[6]
2018Oleg Sentsov  UkrainePengarah filem, merupakan simbol kepada perjuangan untuk membebaskan tahanan politik yang ditahan di Rusia dan di seluruh dunia
2019Ilham Tohti  Republik Rakyat ChinaAhli ekonomi Uyghur, cendekiawan, dan aktivis hak asasi manusia
2020Pembangkang demokratik di Belarus  BelarusPembangkang demokratik Belarus yang diwakili oleh Majlis Penyelarasan, inisiatif Sviatlana Tsikhanouskaya, Svetlana Alexievich, Maria Kalesnikava, Volha Kavalkova dan Veranika Tsapkala, dan tokoh politik dan masyarakat sivil - Siarhei Tsikhanouski, Ales Bialiatski, Sergei Dylevsky, Stsiapan Putkevichkola dan Mi
2021Alexei Navalny  RusiaAhli politik pembangkang dan aktivis anti-rasuah
2022Rakyat Ukraine  UkraineDianugerahkan kepada rakyat Ukraine yang "melindungi demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang" berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022.
2023Mahsa Amini, Wanita, Kehidupan, pergerakan Kebebasan  IranKematian Mahsa Amini dalam keadaan yang mencurigakan membawa kepada protes yang meluas, selalunya di bawah slogan Woman, Life, Freedom
[26]

Rujukan

Pautan luar