Gennaro Gattuso

Gennaro Ivan "Rino" Gattuso, (sebutan bahasa Itali: [dʒenˈnaro ɡatˈtuzo]; lahir 9 Januari 1978) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Itali dan kini menjawat jawatan sebagai pengurus kelab Napoli.

Gennaro Gattuso
Maklumat peribadi
Nama penuhGennaro Ivan Gattuso[1]
Tarikh lahir (1978-01-09) 9 Januari 1978 (umur 46)
Tempat lahirCorigliano Calabro, Itali
Ketinggian1.76 m (5 ka 9 in)[2]
Posisi permainanPemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli (pengurus)
Kerjaya remaja
1990–1995Perugia
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
1995–1997Perugia10(0)
1997–1998Rangers34(3)
1998–1999Salernitana25(0)
1999–2012Milan335(9)
2012–2013Sion27(1)
Jumlah431(13)
Pasukan kebangsaan
1995–1996Itali B18[3]14(3)
1998–2000Itali B21[3]21(1)
2000Olimpik Itali[4]3(0)
2000–2010Itali[5]73(1)
Pasukan diurus
2013Sion (pemain-pengurus)
2013–2014Palermo
2014–2015OFI Crete
2015–2017Pisa
2017Milan Primavera
2017–2019Milan
2019–Napoli
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Ketika menjadi pemain bola sepak, Gattuso diletakkan di posisi pemain tengah bertahan walaupun beliau turut boleh beraksi di bahagian sayap.[6] Walaupun beliau memulakan kariernya di kelab kerdil Itali seperti Perugia dan Salernitana serta berkelana ke kelab Scotland, Rangers, beliau kemudian beraksi di Milan sebelum meraih dua kejuaraan Liga Juara-Juara, satu trofi Coppa Italia dan dua gelaran Serie A. Selain itu beliau turut merangkul dua Supercoppa Italiana, dua Piala Super UEFA dan satu trofi Piala Kelab Dunia FIFA. Di peringkat antarabangsa pula, beliau mewakili negara tanah airnya, Itali ke Sukan Olimpik 2000 dan seterusnya tiga edisi Piala Dunia, dua edisi Kejohanan Eropah serta ke Piala Konfederasi FIFA 2009.

Gandingan Gattuso dan Andrea Pirlo di bahagian pemain tengah sama ada ketika beraksi untuk kelab dan pasukan kebangsaan menjadi kunci kejayaan mereka sehingga bergelar juara mana-mana kejohanan. Mereka kunci utama pasukan Itali yang bergelar juara dunia pada tahun 2006 seterusnya menyaksikan kejayaan Milan di peringkat domestik mahupun antarabangsa pada pertengahan era 2000an. Walaupun Gattuso dilihat tidak mempunyai kemahiran atau skil yang ada pada dirinya, namun kekuatan, kerja keras Gattuso yang menyokong pergerakan dan aksi kreatif Pirlo membolehkan beliau dianggap salah satu pemain terbaik dunia di posisinya. Gattuso juga dikenali atas bakat kepimpinannya ke atas pasukan lebih-lebih lagi beliau menyarung sarung lengan kapten Milan selepas persaraan Paolo Maldini.

Gattuso memulakan kerjaya pengurusnya ketika menjadi pemain-pengurus untuk kelab terakhir dalam karier pemainnya, Sion di Switzerland sebelum menjadi pengurus singkat di Palermo dan OFI Crete.

Kerjaya kelab

Kerjaya awal

Gattuso telah dilahirkan di Corigliano Calabro, Itali. Beliau memulakan kariernya di kelab Perugia sebelum berpindah ke kelab Scotland, Rangers pada Julai 1997.

Walter Smith yang membawa Gattuso ke Glasgow telah meninggalkan Rangers pada 1998. Penggantinya, Dick Advocaat tidak menyesuaikan prestasi Gattuso apabila meletak Gattuso di posisi bek kanan. Pada Oktober 1998, Gattuso berpindah ke pendatang baru Serie A, Salernitana dengan perpindahan sebanyak 4 juta euro. Walaupun beliau mempamerkan aksi terbaik, ia tidak cukup bagi menghalang pasukannya disingkirkan ke Serie B.

Milan

Gattuso dibawa masuk ke Milan dari Salernitana dalam satu perpindahan yang menelan kos 8 juta euro pada musim panas 1999. Beliau melakukan penampilan sulung untuk Milan pada 15 September 1999 dalam satu pertemuan menentang Chelsea yang berkesudahan seri tanpa jaringan di tempat lawan dalam aksi Liga Juara-Juara. Beliau seterusnya diletakkan dalam kesebelasan utama buat musim ini dalam satu pertembungan Milan pada 24 Oktober 1999.

Gaya bermain Gattuso telah membenarkan pengurus Carlo Ancelotti meletakkan Gattuso di posisi pemain tengah bersama Andrea Pirlo yang dilihat bahagian tengah Milan sentiasa "meriah" menerusi gandingan dua pemain kreatif ini. Gattuso melanjutkan kontraknya bersama Milan pada Jun 2003[7] dan seterusnya pada Oktober 2004.[8] Pada masa ini, Gattuso beraksi untuk Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2005 yang menyaksikan Milan tewas kepada Liverpool menerusi penentuan penalti biarpun mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.[9]

Gattuso beraksi untuk Milan pada 2007.

Gattuso beraksi pada perlawanan ke-300nya untuk rosonnerri pada perlawanan Liga Juara-Juara seri tanpa jaringan bertemu Lille pada 26 September 2006 sebelum beliau melanjutkan kontraknya pada 1 Februari 2007 yang mengekalkan beliau di Milan sehingga tahun 2011.[10] Pada 23 Mei 2007, Gattuso menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam kariernyya selepaas pasukannya membenam Liverpool 2-1 dalam perlawanan akhir.

Selepas menjuarai Piala Kelab Dunia FIFA 2007, Gattuso menjalani latihan bersama kelab lamanya, Rangers pada 27 Disember 2007 untuk memperoleh semula kecergasan ketika rehat musim sejuk Serie A manakala isterinya melawat keluarganya di Scotland pada hari Krismas.[11] Pada bulan Disember, Gattuso mengalami kecederaan ligamen pada perlawanan menentang Catania. Walaupun sedang tercedera, Gattuso tetap bermain sehingga ke wisel penamat sebelum doktor pasukan datang ke arahnya untuk mengenal pasti tahap kecederaannya. Beliau dibedah pada 19 Disember 2008 di Antwerp, Belgium. Beliau terpaksa berehat selama enam bulan sebelum melakukan kemunculan semula pada 10 Mei menentang Juventus,.

Pada 22 Ogos 2009, beliau melakukan kemunculan ke-400nya untuk Milan pada perlawanan pembukaan musim 2009-10 menentang Siena selain beliau turut menyarung sarung lengan kapten.[12] Milan mengesahkan Gattuso akan kekal sebagai pemain Milan sehingga 30 Jun 2012 pada 14 Disember 2009.[13]

Musim 2010–11 bagi Gattuso antara musim cemerlang sepanjang kariernya dan menyaksikan kemarau tiga tahun tanpa gol akhirnya terpendam selepas beliau menjaringkan gol menerusi kaki kiri dari luar kotak penalti ketika menang 1-0 ke atas Juventus pada 5 Mac 2011.[14] Gattuso seterusnya menanduk masuk jaringan beliau seterusnya ketika menang menentang Cagliari 4-1. Gattuso meraikan kejayaan Scudetto ke-18 Milan selepas seri tanpa jaringan bertemu Roma pada 7 Mei.

Pada 9 September 2011, Gattuso berlanggar terhadap rakan sepasukan, Alessandro Nesta pada satu perlawanan pembukaan Serie A musim 2011-12 menentang Lazio. Beliau terus dibawa keluar pada minit ke-20 dan mengalami kecederaan yang boleh menamatkan kariernya. Pada 11 Mei 2012, Gattuso mengesahkan beliau tidak akan memperbaharui kontraknya bersama Milan yang akan tamat pada 30 Jun sekali gus beliau akan meninggalkan kelab pada penghujung musim.[15]

Sion

Pada 15 Jun 2012, selepas Gattuso dilepaskan Milan, Gattuso sertai kelab Switzerland, Sion.[16] Beliau dikaitkan akan sertai kelab lamanya, Rangers tetapi rundingan gagal mencapai kata sepakat oleh kerana masalah kewangan kelab.[17] Pada 25 Februari 2013, Gattuso dinamakan sebagai pengurus baru Sion sejurus selepas pengurus Víctor Muñoz dilucutkan jawatannya sebagai sebagai pencari bakat muda selepas menyaksikan kekalahan 4-0 kepada Thun dalam satu aksi Liga Super Swiss.[18]

Kerjaya antarabangsa

Gattuso telah beraksi untuk pasukan kebangsaan Itali dalam 73 perlawanan antarabangsa dan mewakili pasukannya ke Sukan Olimpik 2000, Piala Dunia 2002, Euro 2004, Piala Dunia 2006, Euro 2008, Piala Konfederasi FIFA 2009 dan Piala Dunia 2010.[19] Beliau melakukan kemunculan sulungnya untuk pasukan Itali di bawah pengurus Dino Zoff ketika berusia 22 tahun dalam satu perlawanan persaahabatan menentang Sweden pada 23 Februari 2000 yang berkesudahan Itali menang 1-0. Beliau seterusnya menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika di bawah kendalian Giovanni Trapattoni pada 15 November dalam perlawanan persahabatan menentang England. Gol ini merupakan gol tunggal beliau untuk pasukan kebangsaan Itali.

Gattuso bersama penyerang Perancis, Thierry Henry dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2006 antara Itali dan Perancis.

Gattuso salah satu tonggak utama Itali yang bergelar juara dunia selepas Piala Dunia 2006. Gattuso dipilih Pemain Terbaik Perlawanan dalam aksi suku akhir ketika menang 3-0 ke atas Ukraine.[20] Beliau dan rakan sepasukan, Andrea Pirlo membentuk jantung bahagian tengah pasukan apabila Gattuso menyokong gerakan kreatif Pirlo. Dengan itu, Pirlo menamatkan kejohanan sebagai salah pembantu jaringan terbanyak sepanjang kejohanan berlangsung manakala Gattuso berjaya membuat 31 asakan dan melengkapkan 351 daripada 392 percubaan hantarannya. Beliau turut membantu jaringan Itali ketika menentang Republik Czech dalam aksi terakhir peringkat kumpulan apabila Gattuso melakukan hantaran jauh untuk Filippo Inzaghi menjaringkan gol kedua Itali pada 22 Jun 2006. Selepas Itali menang menerusi penentuan penalti menewaskan Perancis pada perlawanan akhir pada 9 Julai,[21] beliau menanggalkan seluar pendeknya lalu berlari ke seluruh padang sambil memakai seluar dalamnya sehinggakan pegawai-pegawai FIFA memaksanya memakai seluar pendeknya semula. Beliau dinamakan Pasukan Bintang Pilihan atas persembahannya sepanjang kejohanan berlangsung.[22]

Di bawah kendalian Roberto Donadoni yang membimbing Itali dalam kempen Euro 2008, Gattuso beraksi pada perlawanan menentang Belanda (tewas 0-3) dan Perancis (menang 2-0) dalam aksi peringkat kumpulan[23] tetapi beliau digantung bersama Andrea Pirlo pada perlawanan suku akhir menentang Sepanyol yang berkesudahan Itali tewas 4-2 menerusi penentuan penalti selepas terikat seri tanpa jaringan.[24][25][26]

Pada 19 November 2008, beliau melakukan kemunculan pertamanya sebagai kapten pasukan Itali dengan mengambil sarung lengan kapten Fabio Cannavaro selepas Cannavaro bergerak ke bangku simpanan pada minit ke-61 ketika perlawanan persahabatan menentang Greece. Walaupun Gattuso mengalami kecederaan lutut serius, jurulatih Marcelo Lippi tetap memasukkan beliau ke dalam skuad Piala Konfederasi 2009 dan menyaksikan Itali terpaksa pulang awal selepas tersingkir pada pusingan pertama kejohanan.[27]

Pada Jun 2010, Gattuso mengumumkan beliau akan bersara dari beraksi pada perlawanan antarabangsa selepas kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.[28] Beliau beraksi pada perlawanan menentang Slovakia yang merupakan perlawanan terakhir Gattuso untuk Itali. Keputusan 3-2 memihak kepada Slovakia sekali gus Itali tersingkir awal pada edisi kali ini.[29]

Statistik

Pasukan kebangsaan Itali
TahunKmnclnGol
200061
200130
2002100
200340
200490
200580
2006100
200760
200890
200950
201030
Jumlah731

Gol antarabangsa

[5]

#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
115 November 2000Turin, Itali  England1–01–0Persahabatan

Kerjaya pengurus

Sion

Pada 25 Februari 2013, Gattuso dinamakan sebagai pengurus baru Sion berikutan Víctor Muñoz dilucutkan jawatannya dan seterusnya menjadi pencari bakat muda selepas Sion tewas 4-0 kepada Thun dalam saingan Liga Super Swiss.[30] Pada 27 Februari 2013, Gattuso menyaksikan perlawanan pertamanya sebagai pengurus Sion ketika menentang Lausanne yang berkesudahan anak buahnya membenam Lausanne 2–0 di tempat lawan dalam saingan Piala Swiss[31] Gattuso seterusnya dipecat pada 13 Mei 2013.[32]

Palermo

Pada Mei 2013, beliau dikaitkan untuk menjawat jawatan sebagai pengurus pasukan Palermo selepas kelab Sicily itu tersingkir ke Serie B. Pada 3 Jun 2013, Maurizio Zamparini mengesahkan beliau telah mengadakan rundingan dengan Gattuso untuk melantik Gattuso sebagai pengurus baru selepas Giuseppe Sannino dipecat. Perlantikan rasmi bermula pada 19 Jun selepas Gattuso melengkapkan pembatalan kontraknya bersama Sion. Gattuso menamakan Luigi Riccio sebagai pembantunya yang pernah bekerja bersama beliau di Sion.[33] Pengalamannya sebagai ketua jurulatih rosanero hanyalah singkat apabila beliau dipecat pada 25 September 2o13 selepas hanya meraih dua kemenangan dalam enam perlawanan pertama menghadapi saingan musim baru.[34]

Crete

Pada 5 Jun 2014, Gattuso telah dilantik menjadi pengurus untuk kelab dari Liga Super Greece, OFI Crete.[35]

Ketika mengendali Crete, dalam masa beberapa bulan, pemain-pemain dan kakitangan jurulatih tidak dapat dibayar gaji oleh kerana masalah kewangan yang berlaku di Greece. Gattuso membidas media mengatakan bahawa beliau menjangkakan 100% sepanjang masa dari pemainnya tidak kira sama ada mereka akan dibayar atau tidak. Beliau kemudian membuat kenyataan berani mengatakan bahawa beliau tidak mengambil berat tentang wang, tetapi semata-mata untuk perlawanan. Sepanjang sidang akhbar itu, Gattuso secara kontroversi melemparkan kata-kata kutukan di atas meja persidangan.[36]

Pada 26 Oktober 2014 Gattuso berhasrat untuk meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Crete selepas tewas 3-2 di laman sendiri kepada pasukan Asteras Tripoli. Beliau memetik masalah kewangan kelab sebagai salah satu sebab utama beliau membuat keputusan begitu.[37] Walau bagaimanapun pada hari seterusnya, beliau membuat keputusan untuk kekal selepas dipujuk oleh peminat-peminat dan kakitangan kelab untuk tidak pergi.[38] Pada 30 Disember 2014, Gattuso secara rasminya meletak jawatan sebagai pengurus Crete akibat masalah kewangan kelab.

Pada Januari 2015, beliau memohon untuk mengisi jawatan kekosongan ketua jurulatih untuk pasukan Scotland, Hamilton Academical selepas pemergian Alex Neil.[39]

Pisa

Gattuso telah dilantik menjadi pengurus kelab Lega Pro, Pisa pada 20 Ogos 2015.[40] Pada 12 Jun 2016, beliau membimbing Pisa ke promosi Serie B selepas mengetepikan Foggia 5–3 pada agregat dalam final play-off promosi Lega Pro.[41] Walau bagaimanapun pada 31 Julai, beliau secara mengejut meninggalkan Pisa.[42] Sebulan selepas meninggalkan kelab, beliau membuat keputusan untuk sertai semula Pisa sebagai ketua jurulatih pasukan itu.[43]

Statistik

Sehingga 10 Mac 2016
PasukanKelabDariHinggaRekod
BPMSKBPGBPGMenang %
Sion 25 Februari 2013[44]13 Mei 2013[45]&&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012&&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03&&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04&&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05&&&&&&&&&&&&&010.&&&&&010&&&&&&&&&&&&&015.&&&&&015−5&&&&&&&&&&&&&025.&&&&&025.00
Palermo 19 Jun 2013[46]25 September 2013[47]&&&&&&&&&&&&&&08.&&&&&08&&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03&&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01&&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04&&&&&&&&&&&&&010.&&&&&010&&&&&&&&&&&&&&09.&&&&&09+1&&&&&&&&&&&&&037.50000037.50
OFI Crete 5 Jun 2014[48]30 Disember 2014[49]&&&&&&&&&&&&&017.&&&&&017&&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05&&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03&&&&&&&&&&&&&&09.&&&&&09&&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011&&&&&&&&&&&&&024.&&&&&024−13&&&&&&&&&&&&&029.41000029.41
Pisa 20 Ogos2015kini&&&&&&&&&&&&&027.&&&&&027&&&&&&&&&&&&&015.&&&&&015&&&&&&&&&&&&&&06.&&&&&06&&&&&&&&&&&&&&06.&&&&&06&&&&&&&&&&&&&038.&&&&&038&&&&&&&&&&&&&023.&&&&&023+15&&&&&&&&&&&&&055.56000055.56
Jumlah&&&&&&&&&&&&&064.&&&&&064&&&&&&&&&&&&&026.&&&&&026&&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014&&&&&&&&&&&&&024.&&&&&024&&&&&&&&&&&&&069.&&&&&069&&&&&&&&&&&&&071.&&&&&071−2&&&&&&&&&&&&&040.63000040.63

Kontroversi

Dalam satu perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah menentang Ajax pada September 2003, beliau telah dibuang padang pada masa kecederaan lewat permainan kerana menampar penyerang Ajax, Zlatan Ibrahimović. Sikap baran Gattuso dilihat seterusnya pada Disember 2005 pada perlawanan menentang Schalke 04 dalam Liga Juara-Juara, Gattuso dilihat mengejek pemain Schalke, Christian Poulsen sebagai balasan ke atas pemain itu yang bertindak melakukan terjahan keras ke atas Kaká.

Pada 15 Februari 2011, pada perlawanan Liga Juara-Juara antara Milan dan Tottenham Hotspur, Gattuso menolak jurulatih Tottenham Joe Jordan di bahagian leher ketika kekecohan berlaku di tepi padang. Selepas perlawanan tamat dan selepas Gattuso bersalaman dengan pemain-pemain Tottenham, rakaman video menunjukkan beliau sekali lagi bertengkar dengan jurulatih Tottenham sebelum dihalang oleh pemain-pemain di kedua-dua belah pasukan. Menurut laporan akhbar, Jordan menggunakan kenyataan perkauman dengan menyebut Gattuso merupakan seorang "anak haram Itali" dari tepi padang. Pada keesokan harinya, UEFA mengumumkan akan mengenakan hukuman tambahan ke atas Gattuso oleh kerana tindakannya terhadap Jordan pada hari sebelumnya. Gattuso seterusnya digantung lima perlawanan Liga Juara-Juara. Satu perlawanan oleh kerana pengumpulan kad kuning dan empat perlawanan lagi kerana tindakannya terhadap Jordan.[50]

Statistik kerjaya

KelabMusimLigaPialaEropahLain[nb 1]Jumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Perugia1995–96200020
1996–97800080
Jumlah100000000100
Rangers1997–98293602130404
1998–9950005110111
Jumlah343607240515
Salernitana1998-9925000250
Milan1999–20002211050281
2000–0124020100360
2001–0232050100470
2002–0325030140420
2003–04331207130452
2004–053202011010460
2005–0635330110493
2006–0730140130471
2007–08311108030431
2008–091200041161
2009–102201010240
2010–113122050382
2011–126000001170
Jumlah3359209928046811
Sion2012-1327150321
Jumlah kerjaya43113370106412058617

Pencapaian

Kelab

Perugia[51]
  • Trofeo Giacinto Facchetti: 1995–96
Milan[52]

Antarabangsa

Itali[53]

Individu

Pingat
Collar of Merit Sports: Collare d'Oro al Merito Sportivo: 2006[56]
4th Class / Officer: Ufficiale Ordine al Merito della Repubblica Italiana: 2006

Nota

Catatan

Pautan luar