Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022

Perang yang sedang berlangsung di antara Rusia dan Ukraine
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022
Sebahagian daripada Perang Rusia-Ukraine
Mengikut arah jam dari kiri atas:
  • Orang ramai berlindung di Metro Kyiv
  • Kenderaan terbakar di jalan Kharkiv–Kyiv
  • Kemusnahan kawasan perumahan di Kharkiv, Chernihiv dan Kyiv
  • Pengangkut askar berperisai musnah di Konotop
Peta: Situasi ketenteraan setakat 25 April 2024
       Ukraine
       Wilayah Ukraine diduduki oleh Rusia dan pemisah pro-Rusia
Tarikh24 Februari 2022 (2022-02-24) – kini (2 tahun, 2 bulan dan 1 hari)
Lokasi
Status

Sedang berlangsung (senarai penglibatan · kawalan bandar · garis masa peristiwa)

Pihak yang terlibat
Komandan dan pemimpin
Kekuatan
  •  Rusia:
    ~175,000–190,000[7][8]
  • Republik Donetsk:
  • 20,000[9]
  • Republik Luhansk:
  • 14,000[9]
  •  Ukraine:
  • 209,000 (tentera)
  • 102,000 (separa tentera)
  • 900,000 (simpanan)[9]
  • 20,000 sukarelawan asing[d]
Perintah pertempuran untuk pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022
Kerugian dan korban
Laporan berbeza secara meluas.
Lihat Korban dan kesan kemanusiaan untuk mendapatkan butiran.

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine (Rusia: Вторже́ние Росси́и на Украи́ну, Bahasa Ukraine: Російське вторгнення в Україну) atau Operasi Ketenteraan Khas (istilah rasmi pemerintah Rusia, Rusia: специа́льная вое́нная опера́ция) ialah pencerobohan Rusia terhadap Ukraine secara keseluruhan dalam Perang Rusia-Ukraine pada Februari 2014 hingga kini, bermula sejak Rusia isytihar perang terhadap Ukraine.

Pada 21 Feberuari 2022, Rusia mengiktiraf entiti pro-Rusia Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk sebagai negara merdeka, seterusnya Tentera Rusia masuk ke kawasan Donbas di timur Ukraine.[11] Pada Pada pukul 06:00 waktu Moscow (UTC+3) 24 Februari 2022, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan sebuah "operasi ketenteraan khas" di Ukraine Timur dengan tujuan "penyahtenteraan dan nyah-Nazi Ukraine" dalam ucapan siaran langsung TV, selepas itu mencerobohi Ukraine, meletupkan bandar termasuk ibu kota Ukraine, Kyiv dan infrastruktur ketenteraan, dan menuju Kharkiv.

Pencerobohan ini mendapat kecaman meluas antarabangsa, termasuk sekatan ekonomi besar-besaran, dengan protes antiperang di Rusia dibalas dengan penangkapan besar-besaran.[12][13]

Latar belakang

Konteks pasca-Soviet dan Revolusi Jingga

Berikutan pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991, Ukraine dan Rusia terus mengekalkan pertalian yang rapat. Pada tahun 1994, Ukraine bersetuju meninggalkan gedung senjata nuklear dan menandatangani Memorandum Budapest tentang Jaminan Keselamatan atas syarat bahawa Rusia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat akan mengeluarkan jaminan menentang ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap keutuhan wilayah atau kemerdekaan politik Ukraine. Lima tahun kemudian, Rusia merupakan salah satu penandatangan Piagam untuk Keselamatan Eropah, di mana ia "mengesahkan semula hak sedia ada setiap dan semua Negara yang menyertai untuk menjadi bebas memilih atau mengubah aturan keselamatan, termasuk perjanjian perikatan, apabila ia berkembang".[14]

Permulaan

Pembinaan tentera Rusia

Persengketaan tersebut bermula dengan peningkatan tentera yang utama, pada mulanya dari Mac hingga April 2021 dan kemudian dari Oktober 2021 hingga Februari 2022. Semasa peningkatan tentera yang kedua, Rusia mengeluarkan tuntutan kepada Amerika Syarikat dan NATO, mengajukan dua draf perjanjian yang mengandungi permintaan untuk perkara yang dirujuk sebagai "jaminan keselamatan", termasuk janji sah di sisi undang-undang bahawa Ukraine tidak akan menyertai NATO serta pengurangan dalam askar-askar NATO dan perkakasan tentera yang ditugasi di Eropah Timur,[15] dan mengancam tindak balas tentera yang tidak ditentukan jika NATO terus mengikut "perintah yang agresif".[16]

Proses

24 Februari

Pihak Perkhidmatan Pengawal Sempadan Negara Ukraine menyatakan bahwa pos sempadan dengan Rusia dan Belarus telah diserang.[17][18] Dua jam kemudian, tentera darat Rusia memasuki Ukranie. Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky bertindak balas dengan mengisytiharkan darurat, memutuskan hubungan diplomatik dengan Rusia, dan mengumumkan kerahan ketenteraan awam.

Bantuan ketenteraan asing kepada Ukraine

  Rusia
  Ukraine
  Negara-negara yang telah membekalkan peralatan ketenteraan kepada Ukraine semasa pencerobohan 2022

Sejak 2014 Australia, Kanada, negara Baltik, Perancis, Jerman, Poland, Turki, UK, AS dan EU dan PPAU telah memberikan bantuan ketenteraan kepada Ukraine.[19] Apabila Rusia mula membina peralatan dan tenteranya di sempadan Ukraine, negara anggota PPAU meningkatkan kadar penghantaran senjata mereka.[20] Berikutan pencerobohan itu, sebahagian daripada 30 anggota PPAU, termasuk Jerman, bersetuju untuk membekalkan senjata, tetapi PPAU sebagai sebuah pertubuhan tidak.[21][22] PPAU, dan negara anggotanya, berkata mereka tidak akan menghantar tentera ke Ukraine untuk mempertahankan negara itu,[23][24] satu keputusan yang dilabelkan oleh sesetengah pakar sebagai dasar penenangan.[25][26]

Pada 26 Februari, Blinken mengumumkan bahawa beliau telah membenarkan $350 juta bantuan ketenteraan jenis maut, termasuk sistem anti-perisai dan anti-pesawat.[27][28] Keesokan harinya, EU menyatakan bahawa ia akan membeli €450 juta (AS$502 juta) dalam bentuk bantuan maut dan tambahan €50 juta ($56 juta) dalam bekalan bukan maut untuk dibekalkan ke Ukraine, dengan Poland bertindak sebagai hab pengedaran.[29][30][31] Ketua dasar luar EU Josep Borrell menyatakan bahawa EU berhasrat untuk membekalkan Ukraine dengan jet pejuang. Bulgaria, Poland dan Slovakia mempunyai MiG-29, dan Slovakia juga mempunyai Su-25, pesawat yang sudah diterbangkan oleh Ukraine dan boleh dipindahkan tanpa latihan juruterbang.[32] Bagaimanapun, pemilik pesawat itu enggan mendermakan senjata yang penting untuk pertahanan wilayah mereka sendiri, dan bimbang Rusia boleh melihatnya sebagai tindakan perang jika jet terbang dari pangkalan udara mereka untuk memerangi Ukraine.[33][34]

Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba menyatakan bahawa sehingga 6 Mac, kira-kira 20,000 warga asing dari 52 negara telah menawarkan diri untuk berjuang demi Ukraine.[35] Kebanyakan sukarelawan ini menyertai Legion Antarabangsa Pertahanan Wilayah Ukraine yang baru ditubuhkan.[35]

  Rusia
  Ukraine
  Negara-negara yang menghantar sebarang bantuan, termasuk bantuan kemanusiaan ke Ukraine

Korban dan kesan kemanusiaan

Korban

ButiranKorbanTempoh masaSumber
Orang awam23,717–23,944+ terbunuh24 February – 12 April 2022Pemerintah Ukraine
1,982 disahkan terbunuh, 2,651 disahkan cedera, angka sebenar jauh lebih tinggi24 Februari – 14 April 2022PBB[36]
Tentera Ukraine
(ATU, PKU)
Sehingga 3,000 terbunuh, 10,000 cedera24 Februari – 16 April 2022Pemerintah Ukraine[37]
2,000–4,000 terbunuh24 Februari – 9 Mac 2022Anggaran AS[38]
14,000 terbunuh, 16,000 cedera24 Februari – 25 Mac 2022Pemerintah Rusia[39]
Angkatan Tentera Rusia1,351 terbunuh, 3,825 cedera[e]24 Februari – 25 Mac 2022Pemerintah[39]
Tentera RR Donetsk1,188 terbunuh, 4,956 cedera26 Februari – 14 April 2022RR Donetsk[f]
Tentera RR Luhansk500–600 terbunuh24 Februari – 5 April 2022Pemerintah Rusia[g]
Rusia dan tentera bersekutu
(ATR, Rosgvardiya,
SKP Wagner, RRD & RRL)
30,000–40,000 korban[h]24 Februari – 23 Mac 2022Anggaran PPAU[50]
10,000+ terbunuh24 Februari – 30 Mac 2022Anggaran AS[51]
20,000 kehilangan24 Februari – 15 April 2022Pemerintah Ukraine[52]

Sekatan dan akibat

Kenyataan Presiden AS Joe Biden dan sesi soal jawab ringkas pada 24 Februari 2022

Negara-negara Barat dan lain-lain mula mengenakan sekatan terhad ke atas Rusia apabila ia mengiktiraf kemerdekaan Donbas. Dengan bermulanya serangan pada 24 Februari, sebilangan besar negara lain mula mengenakan sekatan dengan tujuan untuk melumpuhkan ekonomi Rusia. Sekatan adalah meluas, menyasarkan individu, bank, perniagaan, pertukaran kewangan, pemindahan bank, eksport dan import.[53][54][55]

Sekatan itu termasuk bank utama Rusia yang akan diputuskan daripada SWIFT, rangkaian pemesejan global untuk pembayaran antarabangsa. Walaupun masih terdapat kebolehcapaian yang terhad untuk memastikan keupayaan berterusan untuk membayar penghantaran gas.[56] Sekatan termasuk pembekuan aset di Bank Pusat Rusia, yang memegang rizab pertukaran asing sebanyak $630 bilion,[57] untuk mengelakkannya daripada mengimbangi kesan sekatan[58][59][60] dan melibatkan saluran paip gas Nord Stream 2.[61] Menjelang 1 Mac, jumlah keseluruhan aset Rusia yang dibekukan oleh sekatan berjumlah $1 trilion.[62]

Beberapa negara yang berkecuali dalam sejarah geopolitik, seperti Switzerland dan Singapura, telah bersetuju mengenakan sekatan. Sesetengah negara turut mengenakan sekatan ke atas pertubuhan dan individu Belarus, seperti presiden Aleksandr Lukashenko, kerana penglibatan Belarus dalam pencerobohan itu.

Reaksi

Reaksi dan sifat negara atau kawasan berkaitan Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine
  Ukraine
  Sokong Ukraine
  Berkecuali atau Tidak Jelas
  Sokong Rusia
  Rusia
  Tidak pasti/Tidak ada kenyataan/Tidak ada data
Usul Majlis Keselamatan PBB berkenaan Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine
  Setuju
  Bantah
  Lepasan undi
  Belum ada pernyataan/Tidak ada data

Reaksi Rusia

Demonstrasi dan Pembantahan Antiperang di Rusia

Selepas tentera Rusia mencerobohi Ukraine pada 24 Februari, terdapat demonstrasi antiperang di sekurang-kurangnya 51 buah bandar di dalam Rusia.[63]

Reaksi Antarabangsa

 Malaysia

Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa fokus utama adalah memastikan keselamatan warga Malaysia di Ukraine terjamin.

Lihat juga

Nota

Rujukan