Sirius

Sirius (Jawi: سيريوس) ialah bintang tercerah di langit malam. Dengan magnitud ketara penglihatan sebanyak −1.46, bintang ini hampir dua kali ganda secerah Canopus, bintang tercerah seterusnya. Nama "Sirius" diterbitkan daripada daripada bahasa Yunani purba: Σείριος Seirios ("berbara" atau "terik"). Bintang ini mempunyai designasi Bayer Alpha Canis Majoris (α CMa). Yang diamati oleh mata kasar sebagai sebuah bintang tunggal sebenarnya merupakan sistem bintang dedua, terdiri daripada bintang jujukan utama jenis spektrum A1V, beristilahkan Sirius A, dan teman kerdil putih kelam jenis spektrum DA2, dipanggil Sirius B. Jarak yang memisahkan Sirius A daripada temannya berubah-ubah pada antara 8.2 dan 31.5 AU.[17]

Sirius A / B

Kedudukan Sirius (terbulat).
Data cerapan
Epok J2000.0      Ekuinox J2000.0 (ICRS)
BurujCanis Major
Jarak hamal06j 45m 08.9173s[1][note 1]
Keserongan−16° 42′ 58.017″[1][note 1]
Magnitud ketara (V)−1.47 (A)[1] / 8.30 (B)[2]
Ciri-ciri
Jenis spektrumA1V (A)[1] / DA2 (B)[2]
U−B indeks warna−0.05 (A)[3] / −1.04 (B)[2]
B−V indeks warna0.01 (A)[1] / −0.03 (B)[2]
Astrometri
Halaju jejarian (Rv)−7.6[1] km/s
Gerakan wajar (μ) RA: −546.05[1][note 1] mas/thn
Dec.: −1223.14[1][note 1] mas/thn
Paralaks (π)379.21 ± 1.58 mas[1][4]
Jarak8.6 ± 0.04 tc
(2.64 ± 0.01 pc)
Magnitud mutlak (MV)1.42 (A)[note 2] / 11.18 (B)[2]
Orbit[5]
Pendampingα CMa B
Tempoh (P)50.090 ± 0.055 thn
Paksi separa utama (a)7.50 ± 0.04″
Keeksentrikan (e)0.5923 ± 0.0019
Kecondongan (i)136.53 ± 0.43°
Longitud nod (Ω)44.57 ± 0.44°
Epok periastron (T)1894.130 ± 0.015
Hujah periastron (ω)
(sekunder)
147.27 ± 0.54°
Perincian
α CMa A
Jisim2.02[6] M
Jejari1.711[6] R
Kekilauan25.4[6] L
Graviti permukaan (log g)4.33[7] cgs
Suhu9,940[7] K
Kelogaman [Fe/H]0.50[8] dex
Putaran16 km/s[9]
Umur2–3 × 108[6] tahun
α CMa B
Jisim0.978[6] M
Jejari0.0084 ± 3%[10] R
Kekilauan0.026[note 3] L
Graviti permukaan (log g)8.57[10] cgs
Suhu25,200[6] K
Penamaan lain
Sistem: Bintang Anjing, Bintang Serigala Langit, Aschere, Canicula, Al Shira, Sothis,[11] Alhabor,[12]Mrgavyadha, Lubdhaka,[13] Tenrōsei,[14] α Canis Majoris (α CMa), 9 Canis Majoris (9 CMa), HD 48915, HR 2491, BD −16°1591, GCTP 1577.00 A/B, GJ 244 A/B, LHS 219, ADS 5423, LTT 2638, HIP 32349.
B: EGGR 49, WD 0642-166.[1][15][16]

Sirius kelihatan cerah kerana kedua-dua kekilauan intrinsiknya dan kehampirannya dengan Bumi. Pada jarak 2.6 parsek (8.6 ly), seperti ditentukan oleh satelit astrometri Hipparcos,[4][18][19] sistem Sirius ialah salah satu jiran dekat Bumi. Untuk pencerap di hemisfera Utara pada antara 30 darjah dan 73 darjah garis lintang (termasuk hampir keseluruhan Eropah dan Amerika Utara), bintang ini merupakan bintang terhampir (selepas Matahari) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Sirius secara beransur bergerak semakin hampir dengan Sistem Suria, maka kecerahannya akan meningkat dengan sedikit selama 60,000 tahun seterusnya. Selepas waktu itu jaraknya akan mula merosot, tetapi akan Sirius akan terus menjadi bintang tercerah di langit Bumi selama 210,000 tahun seterusnya.[20]

Sirius A dua kali ganda sebesar Matahari dan mempunyai magnitud penglihatan mutlak sebanyak 1.42. Sirius A adalah 25 kali lebih berkilau daripada Matahari[6] tetapi mempunyai kekilauan lebih rendah sedikit daripada bintang lain seperti Canopus atau Rigel. Sistem ini berumur antara 200 dengan 300 juta tahun.[6] Sirius pada asalnya terdiri daripada dua buah bintang kebiruan cerah. Yang lebih besar, Sirius B, menggunakan sumbernya dan menjadi gergasi merah sebelum meluruhkan lapisan luarnya dan runtuh menjadi keadaan semasanya sebagai kerdil putih pada kira-kira 120 juta tahun lalu.[6]

Penampakan

Sirius juga dikenali secara basahan sebagai "Bintang Anjing", mencerminkan prominensnya dalam burujnya, Canis Major (Anjing Besar).[11] Terbitan helios Sirius menandakan pembanjiran Sungai Nil di Mesir Purba dan "hari anjing" musim panas untuk orang Yunani Purba, sementara untuk orang Polinesia ini menandakan musim sejuk dan merupakan bintang penting untuk pandu arah di sekitar Lautan Pasifik.

Nama bintang ini berasal dari bahasa Yunani Σείριος (Seirios, yang berarti "menyala-nyala" atau "amat panas"[21]). Sebagai bintang paling terang di rasi "Anjing Besar", sering kali disebut juga sebagai "Bintang Anjing". Penamaan ini turut diturunkan kepada Canicula ("anjing kecil") dalam bahasa Latin serta Al-Kalb (الكلب‎, "sang Anjing") dalam bahasa Arab, Al-Kalb turut diserapkan dalam bahasa Melayu menurut kamus A Malay-English dictionary (1901) himpunan R. J. Wilkinson.[22]

Bintang ini turut dikenali dalam astronomi Islam dengan nama الشعرى, aš-šyi‘rā seperti yang disebut dalam Al-Quran berbunyi:

Dan bahawasanya Dialah yang Tuhan (yang memiliki) bintang syi'ra. (Surah An-Najm ayat 49)

Dalam bahasa Sanskrit, bintang ini dikenal sebagai Mrgavyadha ("pemburu rusa") atau Lubdhaka ("pemburu"). Sebagai Mrgavyadha, Sirius melambangkan Siwa.

Dalam Bahasa Cina bintang ini dikenal sebagai bintang serigala langit atau (satu bintang di buruj) Serigala di Langit[23][1]. (Bahasa Cina dan Jepun: 天狼; Bahasa Korea: 천랑; Perumian Cina: Tiānláng; Perumian Jepun: Tenrō; Perumian Korea: Cheonlang) dalam Rumah Jǐng (井宿) (buruj Cina yang merupakan sebahagian dari buruj Gemini moden), sementara nama dalam bahasa pasar Jepun untuk bintang ini adalah 青星 (Aoboshi, "bintang biru").

Nama setempat lain yang diberikan para ahli falak terdahulu adalah:

nama lainasal bahasaarti
LokibrennaSkandinaviaobor Loki[24]
HundastjarnaSkandinaviabintang anjing[25]
狼星 / LángxīngBahasa Cinabintang serigala[26]
天狼星 / Tiānlángxīngbintang serigala langit[26]
賊星 / Zéixīngbintang pencuri, sang meteor[26]
SkidiAmerika aslibintang serigala[27]
Tishiya (disebut juga Tishiga, Tistrija, Tishtrya)Bahasa Sanskritbintang pemimpin[27]
Kak-shishaBahasa Parsianjing yang memimpin[27]
Du-shisha, Mul-lik-udAkkadiapemimpin, bintang anjing di matahari[27]
Kal-bu Sa-masbahasa Assyriaanjing matahari[27]
TirBahasa Parsipanah[27]
SihorMesir Kunobintang sungai Nil[27]
HannabeahPunisiapenggonggong[27]
TakaruaMaori[28]
Hatun Coyllur [29]Incabintang besar
ʻAʻābahasa Hawaii[30]cemerlang dan membakar
SionpàšChakavia[31]nama Chakavia untuk bintang ini[32]
Singuuriq[33]bahasa Inuitseperti lampu yang terang

Selain rasi Canis Major, bintang ini juga merupakan anggota dari berbagai rasi, asterisma atau kelompok berikut:

nama rasi / asterisma / kelompokasalartianggota lainnya
Winter Circlelingkaran musim dinginα CMi, β Gem, α Gem, α Aur, α Tau, β Ori, α Ori
천랑 / TiānlángChinaSerigala di Langittidak ada
Egyptian Xα CMi, α Ori, ζ Pup, α Col
Ke Kā o Makaliʻi[34]Hawaiiα CMi, β Gem, α Gem, α Aur
Manu [35]Polinesiaburung besarα Car, α CMi, β Ori, α Ori
Heavenly G[36]huruf G di langitα Tau, α Aur, β Gem, α Gem, α CMi, β Ori, α Ori, γ Ori
Calvario Cruz (versi kedua)[29]Incasalib Calvaryα CMi, β Ori, α Ori
Hatun Cruz (versi pertama)[29]Incasalib besarα CMi, β Ori, α Ori
Volci [37]Makedoniaserigalaα CMi
Sky Dragon[38]naga di langitα Aql, α Aur, α Boo, α CMi, α Cyg, β Gem, α Gem, α Leo, α Lyr, β Or, α Or, α PsA, α Sco, α Tau, α Vir
Sirius SuperclusterHD 13594, 5 Aql, δ Aqr, 32 Aqr, β Aur, 45 Boo, χ Cet, 6 CMi, δ Col, 29 Com, α CrB, υ CrB, ζ Crt, HD 209515, HD 184960, δ Del, 59 Dra, HD 129798, β Eri, ζ Eri, HD 157740, υ1 Hya, HD 109799, 21 LMi, ζ Leo, τ Leo, γ Lep, RR Lyn, α Oph, HD 65810, HD 178428, HD 165185, β Ser, HD 26923, HD 111456, ζ TrA, 37 UMa, β UMa, γ UMa, δ UMa, ε UMa, 78 UMa, ζ UMa, 80 UMa, o Vir, α Vol.[39][40]

Pengamatan moden

Berdasarkan perubahan gerak dirinya, pada 1844 Friedrich Wilhelm Bessel menarik kesimpulan bahawa Sirius kemungkinan memiliki pasangan. Hampir dua dekad kemudian, pada 1862, Alvan Graham Clark menemukan pasangan redup tersebut yang kemudian dinamai Sirius B, yang dikenal dengan panggilan sayang “Sang Anak Anjing”. Komponen yang terlihat saat ini kadang-kadang disebut sebagai Sirius A.

Para ahli falak Balai Cerap Gunung Wilson menemukan pada 1915 bahawa Sirius B adalah sebuah kerdil putih. Diameter Sirius A pertama kali diukur oleh Robert Hanbury Brown dan Richard Q. Twiss pada 1959 di Jodrell Bank menggunakan interferometer intensiti mereka.[41] Pada 2005, menggunakan Hubble Space Telescope, astronom menemukan bahawa diameter Sirius B hampir sama dengan diameter Bumi, yaitu sekitar 12.000 kilometer, dengan jisim 98% Matahari.[42]

Sistem

Kesan seniman mengenai Sirius A dan Sirius B. Sirius A adalah bintang yang lebih besar. (Kredit: NASA)

Sirius adalah salah satu sistem bintang terdekat dengan Bumi pada jarak 2,6 parsek atau 8,6 tahun cahaya.[43] Jiran terdekatnya adalah sistem bintang Procyon, pada jarak 1.61 parsec atau 5.24 tahun cahaya.[44]

Sirius A ialah sebuah bintang jujukan utama dengan kelas spektrum A0 atau A1 dan memiliki jisim sekitar 2.1 kali Matahari.[44][45] Pasangannya, Sirius B, adalah bintang yang sudah berevolusi dari jujukan utama menjadi kerdil putih. Kedua-dua bintang ini mengorbit satu sama lain pada jarak sekitar 20 AU (hampir sama dengan jarak Matahari dan Uranus) dengan tempoh orbit mendekati 50 tahun. Orbit tersebut dapat membuat Sirius B kadangkala berada di depan Sirius A sehingga jumlah kadar kekuatan cahaya kedua-dua jisim menurun sebentar. Disebabkan ini, sistem Sirius diperhitungkan sebagai bintang ganda gerhana.

Kerdll putih biasa memiliki jisim 0.5–0.6 jisim matahari. Dengan jisim hampir sama dengan Matahari, Sirus B adalah salah satu kerdil putih termasif yang diketahui. Jisim tersebut terkandung hanya dalam isi padu yang sebanding dengan Bumi. Kerdil putih hanya terbentuk setelah bintang melewati tahap deret utama dan raksasa merah. Dua tahap tersebut telah dilalui Sirius B kurang dari setengah usianya sekarang, sekitar 120 juta tahun yang lalu. Bintang awalnya dianggarkan 5 kali jisim matahari[46] dengan kelas spektrum B7V ketika berada di jujukan utama.

Ketika berada pada tahap gergasi merah, Sirius B boleh jadi memperkaya kelogaman Sirius A. Inilah yang menjadi sebab kelimpahan logam Sirius A lebih tinggi dari harga normal (kelogaman dikatakan normal jika sama dengan nilai yang dimiliki Matahari).[44] Sirius A dianggar akan kehabisan bahan api hidrogen di terasnya dalam satu bilion tahun lagi. Setelah itu ia akan menempuh tahap gergasi merah sebelum akhirnya akan menjadi kerdil putih juga.[44]

Kemungkinan adanya komponen ketiga

Sejak 1894, sedikit ketidakteraturan dalam gerak orbit Sirius B teramati, yang menyarankan kemungkinan adanya komponen ketiga, tetapi hal ini tidak pernah benar-benar disahihkan.[47]

Lihat juga

Nota

Rujukan

Pautan luar

Templat:Sistem terdekatTemplat:Bintang dalam Canis Major

06h 45m 08.9173s, −16° 42′ 58.017″