Benua Amerika

benua

96°00′W / 19.000°N 96.000°W / 19.000; -96.000

Benua Amerika (Jawi: اميريكا, juga Merika ميريكا‎, ميريکatau مريکk. lama.[1]) merujuk kepada daratan besar antara Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Benua besar ini umumnya dibahagikan kepada tiga iaitu Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Benua Amerika juga merangkumi rantau kepulauan Caribbean, Laut Caribbean sekitarnya, serta Tanah Hijau (bukan Iceland).

Benua Amerika
بنوا اميريکا
Kawasan42,549,000 km2
Penduduk911,000,000 (anggaran Julai 2008)
Ketumpatan penduduk21/km2 (55/sq mi)
Negara35
BahasaBahasa Sepanyol, Bahasa Inggeris, Bahasa Portugis,
Bahasa Perancis, Bahasa Quechua, Bahasa Kreol Haiti, Bahasa Guaraní, Bahasa Aymara, Bahasa Belanda dan lain-lain
Zon masaUTC-10 hingga UTC±0
Peta dunia menunjukkan benua Amerika

Benua Amerika juga difahamkan dalam konteks sejarah penjelajahan masyarakat Barat Eropah menerus sebagai "Dunia Baru"[2] dan ia meliputi 8.3% jumlah luas permukaan bumi (28.4% keluasan tanahnya) dan mengandungi lebih kurang 14% populasi manusia (kira-kira 900 juta orang).

Penamaan

Pada tahun 1507, ahli kartografi Jerman, Martin Waldseemüller menamakan kawasan di Hemisfera Barat dalam peta dunia ciptaannya sebagai America sempena pengembara dan ahli kartografi Itali, Amerigo Vespucci[3] - ia diolah daripada pelatinan nama pertamanya iaitu Americus.[4]

Nama ini turut digunakan lanjut dalam buku peta dunia Cosmographiae Introductio dikarang Matthias Ringmann merujukkepada benua Amerika Selatan[5] sebelum kemudiannya merangkumi benua tetangga di bahagian utara sekali pada 1538 oleh Gerardus Mercator.

Entiti politik serata benua

Negara

Peta menunjukkan tarikh kemerdekaan negara-negara di benua Amerika. Warna hitam menunjukkan kawasan yang belum merdeka.

Wilayah tanggungan

Rujukan