Bebaskan (lagu Disney)

Templat:Use mdy dates

"Let It Go"
Lagu oleh Idina Menzel
daripada album Frozen
BahasaInggeris, Melayu
GenreShow tune
Panjang3:45
SyarikatWalt Disney
Penulis
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Video luar
Ikon video Disney's Frozen "Let It Go" Sequence Performed by Idina Menzel di YouTube

"Bebaskan" atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "Let It Go" merupakan lagu daripada filem animasi 2013 terbitan Disney, Frozen: Anna & Permaisuri Salji. Muzik dan seni kata lagu tersebut digubah dan ditulis oleh Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez. Lagu didalam filem tersebut dipersembahkan oleh penyanyi dan pelakon dari Amerika Syarikat, Idina Menzel dalam peranannya sebagai Permaisuri Elsa.

Lagu ini tampil selepas Elsa yang dipulaukan meninggalkan kerajaannya setelah kuasa ajaibnya diketahui oleh orang ramai. Menyedari bahawa dia tidak perlu menyembunyikan kebolehan kuasa aisnya, Elsa menganggap bahawa dirinya bebas daripada halangan-halangan yang pernah dia hadapi ketika zaman kanak-kanaknya dan bergembira dengan kuasanya tanpa rasa takut.

Penggubahan

Lagu "Bebaskan" adalah lagu pertama yang ditulis oleh Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez untuk filem. Mereka berdua mengambil inspirasi daripada filem-filem Disney yang lain seperti The Little Mermaid (Si Duyung Kecil) dan Beauty and the Beast (Si Cantik dan Si Binatang) serta beberapa artis lain seperti Adele, Aimee Mann, Lady Gaga, Avril Lavigne dan Carole King.[1] Walaupun tidak disengajakan, gubahan lagu tersebut adalah penting untuk watak Permaisuri Elsa. Pada asalnya ditulis sebagai watak jahat, Chris Buck dan Jennifer Lee secara berperingkat menulis semula watak Elsa sebagai salah seorang protagonis dalam filem itu.[2][3]

"Bebaskan" ditulis dalam A♭ major dan walau bagaimanapun, lagu tersebut bermula dengan F minor sehingga Menzel memulakan rangkap kedua ("Don't let them in, don't let them see" Jangan sampai mereka tahu) dalam E♭ miksolidian. Akhirnya, selepas pindaan nada yang pendek, korus dilancarkan ke dalam A♭ major yang asal untuk selebihnya kecuali bahagian perangkai yang dinyanyikan dalam D♭ miksolidian dan E♭ miksolidian. Lagu ini adalah dalam fast 4 dan mempunyai tempo sekitar 137 bit setiap minit. Julat vokal Menzel dalam lagu itu menjangkau daripada F3 sehingga E♭5.

Penerimaan pengkritik

Lagu "Bebaskan" menerima banyak pujian daripada para pengkritik filem, muzik dan penonton dengan sesetengah daripada mereka membandingkan lagu ini dengan "Defying Gravity" (Menentang Graviti) yang turut dipersembahkan oleh Menzel.[3][4][5] Menurut Akhbar The Rochester City menyebutnya sebagai lagu terbaik dalam runut bunyi filem dengan menulis: "Dipersembahkan dengan penuh semangat oleh Idina Menzel, ia mempunyai setiap unsur yang diperlukan untuk menjadi lagu kegemaran yang berkekalan...Menzel perlu diberi pujian kerana memberikan usaha dan keghairahan kepada persembahan ini seperti yang beliau lakukan dalam peranannya yang paling terkenal."[4] Marc Snetiker dari majalah Entertainment Weekly menggambarkan lagu ini sebagai "sebuah lagu kebebasan yang luar biasa"[5] manakala Joe Dziemianowicz dari The New York Daily News menganggapnya sebagai "suatu penghormatan yang penuh semangat kepada kuasa perempuan dan perlu melepaskan rasa takut dan malu".[6] Lagu ini juga menjadi lagu tema paling laris di Korea Selatan.[7]

Pengiktirafan

Anugerah
AnugerahKategoriKeputusan
Anugerah Akademi ke-86[8]Lagu Asal TerbaikMenang
Anugerah Golden Globe ke-71[9]Lagu Asal Terbaik - Wayang GambarTercalon
Persatuan Pengkritik Filem Phoenix[10]Lagu Asal TerbaikMenang
Persatuan Pengkritik Filem Denver[11]Lagu Asal TerbaikMenang
Anugerah Satelit ke-18[12]Lagu Asal TerbaikTercalon
Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran[13]Lagu Asal TerbaikMenang
Anugerah Muzik Disney Radio[14]Lagu Kesukaan dari Filem atau Siaran TVMenang

Carta dan pengiktirafan

Carta (2013–14)Kedudukan
tertinggi
 Amerika Syarikat (Billboard Adult Contemporary)[15]27
 Amerika Syarikat (Billboard Hot 100)[16]21
 Australia (ARIA)[17]19
 Republik Ireland (IRMA)[18]14
 Kanada (Canadian Hot 100)[19]34
 Korea Selatan (Carta Antarabangsa Gaon)[20]1
 Korea Selatan (Carta Gaon)[20]1
 New Zealand (Recorded Music NZ)[21]35
 Scotland (Official Charts Company)[22]14
 Sweden (Sverigetopplistan)[23]36
 United Kingdom (Official Charts Company) - Single[24]20

Versi single

"Let It Go"
Single oleh Demi Lovato
daripada album Frozen: Anna & Permaisuri Salji
Dilancarkan pada21 Oktober 2013 (2013-10-21)
FormatSingle CD, muat turun digital
GenrePop rock
Panjang3:47
SyarikatWalt Disney
PenulisKristen Anderson-Lopez, Robert Lopez
PenerbitEmanuel Kiriakou, Andrew Goldstein
Kronologi single Demi Lovato
""Made in the USA"
(2013)"
"Let It Go" ""Neon Lights"
(2013)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini

Keputusan untuk melancarkan single "Bebaskan" dibuat selepas lagu itu ditulis dan dipersembahkan kepada Disney. Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez memilih penyanyi dan bekas bintang Disney Channel, Demi Lovato untuk menyanyikan lagu tersebut bagi album runut bunyi.

Pelancaran

Lagu "Bebaskan" versi Demi Lovato dilancarkan sebagai single pada 21 Oktober 2013 oleh syarikat Walt Disney Records manakala video muzik lagu itu pula dikeluarkan 1 November 2013 dan ia diarahkan Declan Whitebloom.

Carta

Carta (2013–14)Kedudukan
tertinggi
Australia (ARIA)[25]25
Austria (Ö3 Austria Top 40)[26]60
Belgium (Ultratop 50 Flanders)[27]15
Belgium (Ultratip Wallonia)[28]21
Kanada (Canadian Hot 100)[29]31
Denmark (Tracklisten)[30]26
Perancis (SNEP)[31]131
Jerman (Media Control Charts)[32]83
Ireland (IRMA)[33]34
Jepun (Japan Hot 100)[34]51
Belanda (Single Top 100)[35]70
New Zealand (Recorded Music NZ)[36]13
Filippina (Myx Philippines)[37]4
Scotland (Official Charts Company)[38]32
Korea Selatan (Gaon International Chart)[20]7
Korea Selatan (Gaon Chart)[20]50
Sweden (Sverigetopplistan)[39]25
Switzerland (Schweizer Hitparade)[40]60
UK Singles (Official Charts Company)[41]42
US Billboard Hot 100[42]38

Bahasa lain

Selain versi single oleh Demi Lovato, lagu ini juga dialih suara kepada 25 buah bahasa dan loghat lain di seluruh dunia manakala bagi versi filem pula, ia dialih suara kepada 42 bahasa dan dialek.[43][44]

PenyanyiJudulTerjemahanBahasa
Taryn Szpilman[45]"Livre Estou""Aku Bebas"Portugis Brazil
Nadezhda Panayotova (Надежда Панайотова)[46]"Слагам край""Letakkan Pengakhirannya"Bulgaria
Bái Zhēn Bǎo (白珍寶)[47]"冰心鎖""Kunci Hati Ais"Kantonis
Gisela[48][49]"¡Suéltalo!""Lepaskan!"Sepanyol Castilia
Gisela[48][50]Vol VolarCatalonia
Nataša Mirković[perlu rujukan]"Puštam sve""Lepaskan Semua"Croatia
Monika Absolonová[perlu rujukan]"Najednou""Sertamerta"Czech
Maria Lucia Heiberg Rosenberg[51]"Lad Det Ske""Biarkannya Berlaku"Denmark
Willemijn Verkaik[48][52]"Laat Het Gaan""Lepaskan"Belanda
Hanna-Liina Võsa[53]"Olgu nii""Jadikannya"Estonia
Katja Sirkiä[54]"Taakse jää""Di Sebalik Ais"Finland
Elke Buyle[55]"Laat Het Los""Lepaskan"Flemish
Anaïs Delva (filem dan kredit)[56]"Libérée, délivrée""Bebaskan, Lepaskan"Perancis
Willemijn Verkaik[48][57]"Lass jetzt los""Lepaskan Sekarang"Jerman
Sίa Koskiná (Σία Κοσκινά)[58]"Και ξεχνώ""Lupakannya"Yunani
Mona Mor (מונה מור)[59]"לעזוב""Tinggalkan"Ibrani
Nikolett Füredi[perlu rujukan]"Legyen hó""Biarkan Ia Salji"Hungary
Ágústa Eva Erlendsdóttir[60]"Þetta er nóg""Ia Sudah Cukup"Iceland
Serena Autieri (filem) dan
Martina Stoessel (kredit)[61]
"All'alba sorgerò""Bangkit di Waktu Fajar"Itali
Takako Matsu (松 たか子) (filem) [48][62]dan
May J. (kredit)[63]
"ありのままで""Seperti Seadanya"Jepun
Park Hyena (박혜나) (filem)[64] and
Hyorin (효린) (kredit)[65]
"다 잊어" (filem) dan
"Let It Go" (kredit)
"Lupakan Segalanya" (filem) dan
"Bebaskan" (kredit)
Korea
Carmen Sarahí (filem)[48][66] dan
Martina Stoessel (kredit)[67]
"Libre Soy""Aku Bebas"Sepanyol Amerika Latin
Girmantė Vaitkutė[perlu rujukan]"Tebūnie""Biarkan"Lithuania
Marsha Milan Londoh
(filem dan kredit)[48][68]
"Bebaskan"Malaysia
Hú Wéi Nà (胡维纳) (filem)[69] dan
Yáo Bèi Nà (姚贝娜) (kredit)[70]
"随它吧""Dengannya Sekarang"Mandarin
Lisa Stokke[71]"La Den Gå""Lepaskan"Norway
Katarzyna Łaska[72]"Mam tę moc""Aku Ada Kuasa Ini"Poland
Ana Margarida Encarnação[73]"Já Passou""Telah Berlalu"Portugis
Dalma Kovács[74]"S-a întâmplat""Ia Berlaku"Romania
Anna Buturlina (Анна Бутурлина)
(filem)[48][75] and
Yulia Dovganishina (Юлия Довганишина)
(kredit)[76]
"Отпусти и забудь""Lepaskan dan Lupakannya"Rusia
Jelena Gavrilović[77]"Sad je kraj""Sekarang Penghujungnya"Serbia
Andrea Somorovská[perlu rujukan]"Von to dám""Aku Keluarkannya"Slovak
Nuška Drašček Rojko[perlu rujukan]"Zaživim""Kembangkannya"Slovenia
Annika Herlitz[78]"Slå dig fri""Bebaskan Dirimu"Sweden
Lín Xīn Yí (林芯儀)[79]"放開手""Lepaskan Tanganmu"Mandarin Taiwan
Wichayanee Piaklin (วิชญาณี เปียกลิ่น)[80]"ปล่อยมันไป""Lepaskan"Thai
Begüm Günceler[81]"Aldırma""Jangan Risau"Turki
Shanis (Шаніс)[perlu rujukan]"Все одно""Semuanya Satu"Ukraine
Dương Hoàng Yến[82]

Vũ/ Võ Huyền Chi

"Hãy bước đi"

''Let it go''

"Langkah ke Hadapan"

''Biarkan ia pergi''

Vietnam

Rujukan

Pautan luar

Templat:Idina Menzel