Pingat Fields

Pingat Fields adalah sebuah hadiah yang dianugerahkan kepada dua, tiga atau empat ahli matematik yang berumur bawah 40 tahun di Kongres Antarabangsa bagi Kesatuan Matematik Antarabangsa (IMU), satu mesyuarat yang diadakan setiap empat tahun. Pingat Fields kadang kala dilihat sebagai kehormatan tertinggi yang boleh dicapai oleh seseorang ahli matematik.[1][2] Pingat Fields dan Hadiah Abel kadang kala dianggap setara dengan Hadiah Nobel bagi seorang ahli matematik. Pingat Fields berbeza dengan Hadiah Abel dari segi sekatan umur seperti yang dinyatakan di atas, serta kekerapannya (dianugerahkan sekali setiap empat tahun).

Pingat Fields
Muka depan Pingat Fields
PenghargaanSumbangan cemerlang dalam
matematik yang diberi oleh saintis muda
NegaraPelbagai
Disampaikan olehInternational Mathematical Union (IMU)
Ganjaran$15,000 CAD
Anugerah pertama1936 (1936)
Anugerah terakhir2014
Laman web rasmiwww.mathunion.org/general/prizes/fields/details

Pingat ini disertakan dengan hadiah wang, yang mana sejak tahun 2006 bernilai CAD$15,000.[3][4] Pingat ini dinamakan bersempena dengan nama ahli matematik Kanada, John Charles Fields.[5] Fields merupakan individu penting kerana telah mewujudkan anugerah, mereka pingat sendiri, dan memberi dana kewangan.[5]

Pingat pertama dianugerahkan pada tahun 1936 kepada ahli matematik Finland, Lars Ahlfors dan Amerika Jesse Douglas, dan diberi bagi setiap empat tahun sekali sejak tahun 1950. Ia bertujuan untuk memberi penghargaan dan sokongan kepada para penyelidik matematik yang telah memberi sumbangan penting.

Pada tahun 2014, Maryam Mirzakhani menjadi wanita pertama yang menerima Pingat Fields.

Lihat juga

  • Hadiah Abel
  • Hadiah Kyoto
  • Hadiah Nevanlinna
  • Hadiah Rolf Schock
  • Anugerah Turing
  • Hadiah Wolf dalam Matematik

Sumber

 Rencana ini menggabungkan teks dan terjemahan dari karya kandungan percuma. Dilesenkan di bawah CC-BY-SA IGO 3.0 Penyataan/kebenaran lesen di Wikimedia Commons. Teks diambil dan diterjemah dari A Complex Formula: Girls and Women in Science, Technology, Engineering and Mathematics in Asia, 23, UNESCO, UNESCO. UNESCO.

Bacaan lanjut

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno