Templat:Arkib Peristiwa Lepas/2017

Jun

  • Sebuah perikatan anti-kerajaan menggunakan sebuah helikopter polis untuk menyerang Tribunal Tertinggi Kehakiman dan Kementerian Dalam Negeri di Venezuela.
  • Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam satu serangan bom kereta yang berlaku di Mogadishu, Somalia.
  • Menara Grenfell setinggi 24-tingkat di London musnah dalam satu kebakaran (gambar), dengan sekurang-kurangnya 17 orang meninggal dunia.
  • Persidangan Laut Pertubuhan Bangsa Bersatu yang pertama berakhir dengan lebih daripada 1,300 komitmen sukarela oleh negara-negara anggota PBB bagi mempromosikan pemuliharaan marin dan penggunaan lestari sumber-sumber marin.
  • Lebih daripada 150 orang terbunuh dalam tanah runtuh terburuk di Bangladesh.
  • Sekurang-kurangnya 77 orang terbunuh dengan sebahagian besar daripada mereka terperangkap dalam tragedi tanah runtuh ekoran dari hujan le­bat di Dhaka, Bangladesh.
  • Sebanyak 13 anggota marin Filipina terbunuh dalam pertempuran menentang militan Maute di bandar Marawi, Filipina.
  • Seramai 12 orang termasuk terbu­nuh manakala 39 lagi cedera se­le­pas tujuh individu termasuk seorang wanita bersenjata me­lancarkan dua serangan bom berasingan di bangunan Parlimen Iran dan di makam Ayatollah Khomeini, Tehran, Iran.
  • Analysis ke atas fosil-fosil daripada Jebel Irhoud, Maghribi, mungkin menunjukan Homo sapiens berevolusi sekurang-kurangnya 100,000 tahun lebih awal dari yang difikirkan.

Julai

  • Satu pengeboman di Lahore, Pakistan mengorbankan 25 orang dan 53 yang lain.
  • Jordan Spieth memenangi Kejuaraan Terbuka dalam sukan golf.
  • Piala Dunia Kriket Wanita berakhir dengan England mengalahkan India dalam perlawanan akhir.
  • Sekurang-kurangnya 23 tentera Mesir terbunuh manakala lebih 26 lagi cedera dalam satu serangan bom bunuh diri berhampiran pos pemeriksaan tentera di utara Sinai, Mesir.
  • Empat orang askar Pakistan maut selepas bom yang disembunyikan di dalam beg plastik meletup di Khyber, Pakistan.

Ogos

  • Mahkamah Agung Kenya memerintahkan bahawa pemilihan Presiden Kenya pada 8 Ogos lalu dibatalkan dan pemilihan semula perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari.
  • Dalam sukan ragbi, New Zealand berjaya menewaskan England.
  • Taufan Harvey menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di Texas yang mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang awam.
  • Sekurang-kurangnya 36 orang terkorban dalam satu rusuhan di utara India selepas guru, Gurmeet Ram Rahim Singh didakwa atas tuduhan merogol.
  • Puting beliung Hato membadai kawasan selatan negara China dan Vietnam, mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang.
  • Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 156 lagi cedera dalam satu kemalangan kereta api di Khatauli, India.
  • Tiga serangan berasingan mengorbankan 15 orang awam dan mencederakan lebih 100 yang lain di Barcelona, Catalonia, Sepanyol.
  • Sekurang-kurangnya 400 orang disahkan terkorban dalam banjir lumpur di Freetown, Sierra Leone.
  • Dalam sukan golf, Justin Thomas memenangi Kejuaraan PGA 2017.
  • Sebuah kereta yang dipandu telah melanggar sekumpulan aktivis di Charlottesville, Virginia, Amerika Syarikat mengorbankan seorang dan mencederakan lebih kurang 19 yang lain.
  • Sekurang-kurangnya 70 orang disahkan terkorban di hospital akibat masalah bekalan oksigen di dalam wad.
  • The Obelisk Gate memenangi Anugerah Hugo untuk Novel Terbaik.
  • Satu gemba bumi bermagnitud 7.0 Mw di provinsi Sichuan, China mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dan 431 yang lain cedera.
  • Pemain bola sepak Brazil, Neymar menyertai kelab Perancis, Paris Saint-Germain F.C. dengan mencatatkan rekod perpindahan termahal di dunia sebanyak € 222 juta.

September

  • Taufan Maria membadai Kepulauan Antille, menyebabkan kemusnahan yang meluas dan mencatatkan sekurang-kurangnya 9 kematian orang awam.
  • Misi Cassini–Huygens ke sistem planet Zuhal ditamatkan selepas 20 tahun beroperasi dengan dijatuhkan dengan kawalan ke atmosfera Zuhal buat selama-lamanya.
  • Taufan Irma membadai Kepulauan Caribbean dan Amerika Syarikat. Mengorbankan sekurang-kurangnya 80 orang awam.
  • Suatu gempa bumi bermagnitud 8.1 melanda Guatemala dan Mexico, mengorbankan lebih dari 90 orang awam.
  • Korea Utara melakukan ujian nuklear keenam.
  • Teknologi X-ray yang bebas laser elektron dirasmikan di Hamburg, Jerman.

Oktober

  • Satu serangan di bandar Manhattan, New York City telah mengorbankan 8 orang awam dan sekurang-kurangnya 11 orang mengalami kecederaan.
  • Parti Kemerdekaan pimpinan Bjarni Benediktsson memenangi kebanyakan kerusi di dalam pilihan raya Parlimen Iceland.
  • Julio Borges bersama-sama banduan dan aktivis politik dari Venezuala yang terdiri daripada Leopoldo López, Antonio Ledezma, Daniel Ceballos, Yon Goicoechea, Lorent Saleh, Alfredo Ramos dan Andrea González memenangi Anugerah Sakharov.
  • Pasukan Demokratik Syria (SDF) mengisytiharkan kemenangan dalam Pertempuran Raqqa.
  • Suatu kebakaran hutan di Utara California telah mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang awam dan memusnahkan beberapa bangunan dan struktur binaan yang lain.
  • Banjir dan tanah runtuh berikutan dari Taufan Nate mengorbankan sekurang-kurangnya 45 orang awam di Amerika Tengah

November

  • Sekurang-kurangnya 305 orang awam terbunuh akibat dari serangan pengganas di dalam masjid di Bir al-Abed, Mesir.
  • Suatu gempa bumi melanda sempadan antara Iraq dan Iran, membunuh sekurang-kurangnya 500 orang dan mencederakan lebih 7,000 orang lain.
  • Paradise Papers—lebih daripada 13 juta dokumen kewangan berkaitan dengan pelaburan luar pantai—telah dibocorkan.

Disember