Bahasa Kyrgyz

Bahasa Kyrgyz (кыргызча, قیرغیزچا kyrgyzcha atau Кыргыз тили, قىرغیزتئلى kyrgyz tili) merupakan suatu bahasa Turkik yang dituturkan oleh kira-kira empat juta penduduk di Kyrgyzstan serta kawasan Asia Tengah, China, Turki dan Rusia.

Bahasa Kyrgyz
Кыргыз тили, قیرغیزچا
Sebutan[qɯɾʁɯzˈtʃɑ]
[qɯɾˈʁɯz tiˈli]
Asli kepadaKyrgyzstan (rasmi), Afghanistan, Xinjiang (China), Tajikistan, Russia
EtnikEtnik Kyrgyz
Penutur bahasa
[1]
Turkik
  • Turkik Am
    • Kipchak
      • Kyrgyz–Kipchak
        • Bahasa Kyrgyz
Abjad Kyrgyz (Cyril, Arab, asalnya Rumi, Braille Kyrgyz)
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Kyrgyzstan

 Republik Rakyat China

  • Wilayah Autonomi Kyrgyz Kizilsu
Kod bahasa
ISO 639-1ky
ISO 639-2kir
ISO 639-3kir
Glottologkirg1245
Linguasphere44-AAB-cd
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Fonologi

Vokal-vokal bahasa Kyrgyz[2]
DepanBelakang
Tak bundarBundarTak bundarBundar
Sempitiyɯu
Tengaheøo
Luas(a)ɑ

Vokal /a/ hanya wujud dalam kata pinjaman bahasa Farsi atau apabila vokal diikuti vokal depan dalam satu perkataan, seperti /ajdøʃ/ "cerun" berbanding /ɑjdøʃ/.[3] Bahasa ini juga menampilkan vokal panjang. Kadangkala, perbezaan panjang vokal boleh membentuk perkataan dengan makna yang amat berlainan seperti perkataan саат "jam (jangka masa)" dan сат "menjual". Vokal panjang boleh terbentuk daripada vokal /ɑ/, /e/, /o/, /u/, /y/, /ø/ dan /i/.[4]

Konsonan-konsonan bahasa Kyrgyz[5]
DwibibirGigi/
gusi
Belakang
gusi
Dorsal
Sengaumnŋ
LetupanTak bersuarapk
Bersuarabɡ
LetusanTak bersuara(t͡s)t͡ʃ
Bersuarad͡ʒ
GeseranTak bersuara(f)ʃ(x)
Bersuara(v)
Aproksimanlj
Getaranr

Vokal-vokal /f, v, t͡s, x/ hanya wujud dalam kata-kata pinjaman.[2]

Tatabahasa

Kata ganti nama

Bahasa ini memiliki lapan patah kata ganti nama seperti berikut:

TahapTunggalMajmuk
CyrilRumiCyrilRumi
PertamaMeнMenБизBiz
KeduaTidak

formal

CeнSenСилерSiler
FormalCизSizCиздepSizder
KetigaAlAлapAlar

Penulisan

Bahasa Kyrgyz biasanya menggunakan tulisan Cyril, di mana semua huruf dalam bahasa Rusia digunakan bersama huruf-huruf ң, ө, dan ү. Tulisan Arab pula digunakan di Xinjiang, China.

Rujukan

Pautan luar