Ganymede (bulan)

Bulan terbesar bagi planet Musytari

Ganymede atau Jupiter III merupakan salah sebuah bulan Musytari. Ganymede mempunyai saiz lebih besar daripada planet Utarid. Bulan ini ditemui oleh Galileo Galilei pada 7 Januari 1610.[1] Beberapa kapal angkasa telah melawat Ganymede, yakni Pioneer 10 dan kapal-kapal angkasa Voyager.

Gambar Ganymede oleh pengorbit Galileo.

Ciri fizikal

Ganymede ialah satelit semula jadi terbesar di Sistem Suria dengan diameter 5,268 km, kira-kira 0.41 kali saiz Bumi.[2] Ketumpatan Ganymede ialah 1.936 g/cm3.[3] Albedo Ganymede ialah 43%

Kapal angkasa Galileo telah menemui bahan-bahan bukan air, yakni karbon dioksida, sulfur dioksida dan mungkin sianogen, hidrogen sulfat dan sebatian-sebatian organik.[3] Magnesium sulfat dan natrium sulfat juga ditemui oleh Galileo dan mungkin berasal dari lautan subpermukaan Ganymede.[4] Karbon dioksida tidak dijumpai di kawasan kutub dan hampir semua kawah Ganymede tidak mempunyai pengayaan karbon dioksida, menandakan Ganymede mungkin sudah ketiadaan gas ini pada masa lalu.[5]

Secara umumnya, permukaan Ganymede terbahagi kepada dua jenis, permukaan tua yang gelap dan banyak berkawah dan permukaan muda yang lebih cerah dan memiliki jalinan yang menyeluruh. Permukaan tua melitupi sepertiga daripada permukaan Ganymede.[6]

Teras dan mantel

Bahagian dalaman Ganymede mengalami pembezaan sepenuhnya dengan teras campuran besi dan nikel, dan mantel silikat.[7] Nilai momen inersia Ganymede ialah 0.31 dan merupakan kesan daripada kandungan air yang banyak serta pembezaan penuh bahagian dalamannya.[3]

Teras bulan ini dikatakan memiliki jejari sepanjang 500 km dan tekanan mencecah 10 GPa (99,000 atm).[8][9] Kewujudan teras cecair besi-nikel memungkinkan kewujudan alami medan magnet Ganymede melalui proses perolakan dalam teras.

Lautan subpermukaan

Para pengkaji NASA mula menganggap bahawa terdapat sebuah lautan di bawah lapisan ais permukaan pada 1970-an dan disahkan melalui maklumat daripada kapal angkasa Galileo.[3] Lautan Ganymede dikatakan adalah terbesar di Sistem Suria dan lautan ini disyaki boleh menampung kehidupan.[10][11]

Atmosfera

Bulan ini memiliki sebuah atmosfera oksigen nipis yang terdiri daripada atom dan molekul oksigen serta ozon.[12] Atmosfera Ganymede juga mempunyai sedikit atom hidrogen dan boleh dikesan sehingga 3,000 km dari permukaan bulan.[13] Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Ganymede juga memiliki ionosfera.[14]

Magnetosfera

Kapal angkasa Galileo mendapati bahawa Ganymede memiliki momen magnet kekal yang bebas daripada pengaruh Musytari, dengan nilai momen sebanyak 1.3 × 1013 T·m3, tiga kali momen magnet Utarid.[15][16] Ciri ini membolehkan Ganymede memiliki sebuah magnetosfera kecil yang dilingkupi magnetosfera Musytari dan merupakan satu-satunya bulan di Sistem Suria yang memiliki ciri ini.

Diameter magnetosfera Ganymede ialah kira-kira 4–5 RG (RG = 2,631.2 km).[17] Spesis ion utama di sini ialah ion positif oksigen, O+.[14] Di kawasan kutub, medan magnet adalah terbuka, memberi ruang agar Ganymede berhubung dengan ionosfera Musytari.[17]

Orbit dan putaran

Jarak di antara Ganymede dan Musytari ialah 1,070,400 km, bulan ketiga terdekat dengan Musytari dan melakukan satu pusingan lengkap mengelilingi Musytari setiap tujuh hari tiga jam.[18] Kesipian orbit Ganymede adalah rendah dengan nilai purata kira-kira 0.0015. Kecondongan paksi Ganymede adalah antara 0 ke 0.33 darjah.[19]

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno