Pertandingan Lagu Eurovision

Pertandingan Lagu Eurovision (bahasa Inggeris: Eurovision Song Contest; Perancis: Concours Eurovision de la chanson)[1] atau juga dikenali secara ringkasnya sebagai Eurovision merupakan pertandingan TV antarabangsa tahunan paling lama penyiarannya, yang telah bersiaran selama 63 tahun (2018) dengan penglibatan melebihi 40 negara yang bertanding.[2] Ia telah diadakan, terutamanya, di antara negara-negara anggota Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU) sejak 1956. Pertandingan ini berdasarkan daripada Festival Muzik Sanremo yang telah diadakan di Itali sejak 1951.

Pertandingan Lagu Eurovision
Juga dikenali sebagai
  • Eurovision
  • ESC
  • Melodi Grand Prix
  • Eurosongfestival
GenrePertandingan lagu
Berdasarkan daripada
Festival Muzik Sanremo
PenciptaMarcel Bezençon
Penggubah lagu tema
Marc-Antoine Charpentier
Lagu pembukaanTe Deum: Marche en rondeau (prelud)
Lagu penutupTe Deum: Marche en rondeau (prelud)
BahasaInggeris dan Perancis
Bilangan episod63
Penerbitan
LokasiDihoskan oleh pemenang terdahulu (dengan beberapa pengecualian)
Tempoh siaran
  • 2 jam (separuh akhir)
  • 3 jam 45 minit (akhir)
  • 4 jam (2015)
Syarikat penerbitan
Kesatuan Penyiaran Eropah
Syarikat pengedaran
Eurovision
Penyiaran
Format gambar
Siaran asal24 Mei 1956; 67 tahun yang lalu (1956-05-24) – kini
Kronologi
Rancangan berkaitan
  • Eurovision Young Musicians (1982–kini)
  • Eurovision Young Dancers (1985–kini)
  • Junior Eurovision Song Contest (2003–kini)
  • Eurovision Dance Contest (2007–2008)
  • Eurovision Choir of the Year (2017–kini)
  • Eurovision Asia Song Contest (2018–kini)
Pautan luar
www.eurovision.tv
Tapak sesawang penerbitan Kesatuan Penyiaran Eropah

Setiap negara yang bertanding akan menghantar sebuah lagu asal untuk dipersembahkan menerusi siaran langsung di televisyen dan radio, yang kemudiannya akan mengundi untuk lagu dari negara lain bagi penentuan pemenang. Pertandingan ini telah diadakan setiap tahun sejak tahun 1956 dan menjadi salah satu program televisyen paling lama bersiaran di dunia. Ia juga merupakan salah satu upacara bukan sukan paling banyak ditonton di dunia,[3] dengan jumlah penonton beberapa tahun kebelakangan ini mencecah di antara 100 juta dan 600 juta.[4][5] Eurovision turut disiarkan di beberapa buah negara di luar Eropah yang tidak bertanding seperti di Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand dan China. Pengecualian dilakukan pada tahun 2015 apabila Australia dibenarkan bertanding sebagai peserta jemputan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun pertandingan ini yang ke-60 tahun.[6][7][8] Pada November 2015, EBU mengumumkan bahawa Australia dijemput kembali sebagai peserta pada tahun 2016 setelah kejayaan mereka pada tahun 2015.[9] Australia terus bertanding bagi tahun 2017 dan 2018.[10] Sejak tahun 2000, pertandingan ini juga boleh ditonton menerusi laman web Eurovision.[11]

Pemenang pertandingan ini kebiasaannya akan menerima rangsangan jangka pendek bagi kerjaya mereka, dan jarang bagi kejayaan masa panjang.[12] Namun begitu, terdapat juga yang menerima kejayaan jangka panjang seperti ABBA (pemenang tahun 1974 untuk Sweden), Bucks Fizz (pemenang tahun 1981 untuk United Kingdom), dan Céline Dion (pemenang tahun 1988 untuk Switzerland), yang mana mereka berjaya di seluruh dunia selepas memenangi pertandingan ini.

Ireland memegang rekod sebagai negara paling banyak memenangi kejuaraan dengan kemenangan sebanyak tujuh kali. Menerusi sistem pengundian semasa, Salvador Sobral dari Portugal yang memenangi Eurovision pada tahun 2017 di Kiev, Ukraine menjadi pemenang dengan jumlah mata tertinggi iaitu sebanyak 758 mata. Bagi sistem pengundian terdahulu, di antara tahun 1975 sehingga 2015, pemenang dengan jumlah mata tertinggi adalah Alexander Rybak dari Norway dengan 387 mata pada tahun 2009.

Penyertaan

Peserta yang layak termasuk Anggota Aktif EBU. Ahli aktif ialah mereka yang terletak di negeri-negeri yang berada di dalam Kawasan Penyiaran Eropah, atau negara anggota Majlis Eropah.[13]

Penyertaan sejak tahun 1956:
  Menyertai sekurang-kurangnya sekali
  Tidak menyertai, walaupun layak
  Masuk bertanding sebelum menarik diri
  Pernah bertanding sebagai sebahagian daripada negara lain dan tidak lagi sebagai negara berdaulat
Bandar-bandar yang menjadi tuan rumah kepada Eurovision.

52 buah negara pernah bertanding dalam temasya ini, sekurang-kurangnya sekali.[14] Berikut merupakan senarai nama negara dan tahun pertama kali mereka menyertai:

TahunNegara yang pertama kali bertanding
1956Belgium, Perancis, Jermana, Itali, Belanda, Switzerland
1957Austria, Denmark, United Kingdom
1958Sweden
1959Monaco
1960Norway
1961Finland, Sepanyol, Yugoslaviab
1964Portugal
1965Ireland
1971Malta
1973Israel
1974Yunani
1975Turki
1980Maghribi
1981Cyprus
1986Iceland
1993Bosnia dan Herzegovina, Croatia, Slovenia
1994Estonia, Hungary, Lithuania, Poland, Romania, Rusia, Slovakia
1998Makedonia Utara
2000Latvia
2003Ukraine
2004Albania, Andorra, Belarus, Serbia dan Montenegro
2005Bulgaria, Moldova
2006Armenia
2007Republik Czech, Georgia, Montenegro, Serbia
2008Azerbaijan, San Marino
2015Australiac
a) Sebelum penyatuan semula Jerman pada tahun 1990 sering dipersembahkan sebagai Jerman Barat, bagi mewakili Republik Persekutuan Jerman. Jerman Timur (Republik Demokratik Jerman) tidak bertanding.
b) Penyertaan "Yugoslavia" mewakili Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia, kecuali pada tahun 1992, yang mana mewakili Republik Persekutuan Yugoslavia. Negara ini dibubarkan pada tahun 1991/92 menjadi lima buah negara merdeka: Slovenia, Croatia, Macedonia, Bosnia dan Herzegovina serta Republik Persekutuan Yugoslavia. Republik Persekutuan Yugoslavia kemudiannya dikenali sebagai Serbia dan Montenegro pada tahun 2003—bertanding pada tahun 2004—sebelum berpecah pada tahun 2006, menjadi dua buah negara berbeza: Serbia dan Montenegro; kedua-duanya membuat penampilan pertama pada tahun 2007, dimana dimenangi oleh Serbia.
c) Penyertaan Australia hanya untuk sekali sebagai sambutan ulang tahun 60 tahun pertandingan ini melainkan mereka memenangi pada tahun 2015 bagi mempertahankan kejuaraan mereka pada tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, pada Mei 2015, dilaporkan bahawa Australia mungkin menjadi peserta tetap dengan merujuk kepada beberapa buah laporan Jon Ola untuk penyiaran Sweden.[15] Pada November 2015, EBU mengumumkan bahawa Australia akan kembali bertanding pada tahun 2016 dan akan menjadi peserta yang efektif dalam pertandingan ini.

Tuan rumah

Negara dan bandar yang menjadi Tuan Rumah bagi Pertandingan Lagu Eurovision
JumlahNegaraBandarLokasiTahun
8 United KingdomLondonRoyal Festival Hall1960
BBC Television Centre1963
Royal Albert Hall1968
Wembley Conference Centre1977
EdinburghUsher Hall1972
BrightonBrighton Dome1974
HarrogateHarrogate International Centre1982
BirminghamNational Indoor Arena1998
7  Republik IrelandDublinGaiety Theatre1971
RDS Simmonscourt Pavilion1981, 1988
Point Theatre1994, 1995, 1997
MillstreetGreen Glens Arena1993
6  SwedenStockholmStockholm International Fairs1975
Ericsson Globe2000, 2006
GothenburgScandinavium1985
MalmöMalmö Isstadion[16]1992
Malmö Arena2013
4  BelandaHilversumAVRO Studio1958
AmsterdamRAI Congrescentrum1970
The HagueNederlands Congresgebouw1976, 1980
 LuxembourgLuxembourg CityVilla Louvigny1962, 1966
Grand Théâtre de Luxembourg1973, 1984
3  PerancisCannesPalais des Festivals1959, 1961
ParisPalais des Congrès1978
NorwayBergenGrieghallen1986
OsloOslo Spektrum1996
Telenor Arena2010
 JermanFrankfurt-am-MainGroßer Sendesaal1957
MunichRudi-Sedlmayer-Halle1983
DüsseldorfEsprit Arena2011
 DenmarkCopenhagenTivolis Koncertsal1964
Parken Stadium2001
B&W Hallerne2014
 IsraelJerusalemInternational Convention Centre1979, 1999
TBA2019
2   SwitzerlandLuganoTeatro Kursaal1956
LausannePalais de Beaulieu1989
 ItaliNaplesSala di Concerto della RAI1965
RomeStudio 15 di Cinecittà1991
 AustriaViennaHofburg Imperial Palace1967
Wiener Stadthalle2015
 UkraineKyivPalace of Sports2005
International Exhibition Centre2017
1 SepanyolMadridTeatro Real1969
 BelgiumBrusselsCentenary Palace1987
 Yugoslavia (Croatia)ZagrebVatroslav Lisinski Concert Hall1990
 EstoniaTallinnSaku Suurhall2002
 LatviaRigaSkonto Hall2003
TurkiIstanbulAbdi İpekçi Arena2004
 YunaniAthensOlympic Indoor Hall2006
 FinlandHelsinkiHartwall Arena2007
 SerbiaBelgradeBelgrade Arena2008
RusiaMoscowOlympic Stadium2009
 AzerbaijanBakuBaku Crystal Hall2012
 PortugalLisbonAltice Arena2015

Ulangtahun

UlangtahunNegaraBandarLokasiPertandinganTahun
50  DenmarkCopenhagenForum CopenhagenCongratulations: 50 Years of the Eurovision Song Contest2005
60 United KingdomLondonEventim ApolloEurovision Song Contest's Greatest Hits2015

Pemenang

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar