Sergio Agüero

Sergio Leonel "Kun" Agüero (lahir 2 Jun 1988) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan kebangsaan Argentina. Pada tanggal 5 Julai 2003, dia menjadi pemain termuda membuat kemunculan sulung di dalam Liga Primera Argentina ketika berumur 15 tahun 35 hari, memecahkan rekod yang sebelum ini dicipta oleh Diego Maradona pada tahun 1976.

Sergio Agüero
Agüero bersama Argentina di Piala Dunia 2018
Maklumat peribadi
Nama penuhSergio Leonel Agüero
Tarikh lahir (1988-06-02) 2 Jun 1988 (umur 35)
Tempat lahirBuenos Aires, Argentina[1]
Ketinggian1.72 m (5 ka 8 in)
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Barcelona
Nombor19
Kerjaya remaja
1997–2003Independiente
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2003–2006Independiente54(23)
2006–2011Atlético Madrid175(74)
2011–2021Manchester City275(184)
2021–Barcelona0(0)
Pasukan kebangsaan
2004Argentina B175(3)
2005–2007Argentina B207(6)
2008Olimpik Argentina5(2)
2006–Argentina101(41)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:57, 23 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:59, 3 Julai 2021 (UTC)

Pada tahun 2006, Agüero berhijrah ke Eropah untuk bermain bersama pasukan La Liga, Atlético Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak €23 juta dari Independiente. Dia menarik perhatian kelab-kelab terkemuka Eropah dengan menjaringkan 101 gol dalam 234 penampilan serta memenangi Liga Europa UEFA dan Piala Super UEFA pada tahun 2010. Agüero berpindah ke pasukan Liga Perdana Manchester City semasa bulan Julai 2011 dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan walaupun dikatakan dalam jumlah £35 juta. Pada hari terakhir musim pertamanya bersama kelab itu, Agüero menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 94 ketika menentang Queen's Park Rangers membolehkan Manchester City memenangi kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 44 tahun. Ketika tahun 2012, dia memenangi pemain terbaik tahunan Manchester City setelah diundi oleh peminat.

Di peringkat antarabangsa, Agüero mewakili Pasukan bola sepak kebangsaan Argentina bawah 20 tahun ketika Piala Dunia B-20 FIFA edisi 2005 dan 2007 di mana dia memenangi kedua-dua pertandingan. Agüero bermain di Sukan Olimpik Beijing 2008. Dia menjaringkan dua gol ketika kemenangan 3-0 ke atas Brazil di pusingan separuh akhir dimana Argentina berjaya meraih pingat emas. Agüero dipilih untuk mewakili Argentina di Piala Dunia FIFA 2010, Copa América 2011, Piala Dunia FIFA 2014, Copa América 2015 dan Copa América Centenario.

Kerjaya kelab

Independiente

Sergio Agüero menyertai sistem belia Independiente ketika berumur sembilan tahun. Dia mula bermain untuk kelab itu ketika berumur 15 tahun 35 hari (pada 5 Julai 2003 menentang Club Atlético San Lorenzo de Almagro) apabila jurulatih Independiente, Oscar Ruggeri memasukkan Agüero sebagai pemain gantian pada minit ke-69 untuk menggantikan Emanuel Rivas.[2] Agüero walau bagaimanapun tidak dipilih untuk bermain oleh Ruggeri dan jurulatih baru, Osvaldo Sosa bermain bagi baki musim 2002–03. Susulan ketibaan jurulatih, Jose Omar Pastoriza, tujuh bulan selepas penampilan pertama Aguero, dia kembali beraksi ketika menang ke 4-2 atas kelab Peru, Cienciano semasa peringkat kumpulan Copa Libertadores 2004. Ini juga menjadikan Agüero pemain termuda untuk beraksi di dalam Copa Libertadores, satu rekod yang berjaya dipegangnya selama tiga tahun. Sebulan kemudian, Agüero sekali lagi beraksi di dalam perlawanan Copa Libertadores menentang kelab Ecuador, El Nacional. Pada 19 Jun, Agüero bermain 90 minit penuh buat kali pertama untuk Independiente ketika menentang Atlético de Rafaela dalam Torneo Clausura.[3] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Independiente ketika seri 2–2 menentang Estudiantes pada 26 November.[4] Agüero menjadi pemain tetap di dalam pasukan utama dan diserapkan ke dalam skuad bawah-20 Argentina untuk Piala Dunia B-20 FIFA 2005 yang dimenangi Argentina. Semasa musim 2005–06, Agüero menjaringkan 18 gol di dalam 36 penampilan liga. Dia menerima kad merah pertamanya di dalam Torneo Apertura ketika menentang Tiro Federal.[5] Dia bermain perlawanan terakhirnya untuk Independiente ketika kekalahan 2–0 kepada Rosario Central.[6] Pada 30 Mei, Agüero secara rasmi berpindah ke Atlético Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak €20 juta.[7]

Atlético Madrid

Agüero bermain untuk Atlético Madrid pada bulan Oktober 2007.

Musim 2006–07

Pada bulan Mei 2006, Agüero menyertai kelab Sepanyol, Atlético Madrid dengan yuran perpindahan dilaporkan sekitar €23 juta.[8][9] Dia mencetuskan kontroversi semasa kerjaya awalnya bersama Atlético selepas menggunakan tangan untuk menjaringkan gol kemenangan menentang Recreativo de Huelva pada 14 Oktober 2006. Ia merupakan gol keduanya untuk kelab ini. Gol pertamanya datang ketika kemenangan 4–1 ke atas Athletic Bilbao pada 17 September.[10] Dia mengakhiri musim pertamanya di Madrid dengan tujuh gol di dalam semua pertandingan.

Musim 2007–08

Selepas Fernando Torres berpindah ke Liverpool semasa musim panas tahun 2007, Agüero mengesahkan tempatnya di dalam kesebelasan utama untuk Rojiblancos dan tidak lama selepas itu, dia menjadi salah seorang pemain terpenting pasukan ketika baru berumur 19 tahun. Di dalam musim 2007–08, dia mengakhiri musim sebagai penjaring ketiga terbanyak dalam La Liga dibelakang Daniel Güiza dan Luís Fabiano dengan 19 gol.[11] Agüero mendapat banyak pujian untuk aksinya ketika menentang Barcelona pada bulan Mac 2008 dimana dia menjaringkan dua gol, membuat satu bantuan gol dan berjaya mendapatkan penalti untuk membantu Atlético menang 4–2.[12][13] Dia juga menjaringkan gol-gol penting ketika menentang Real Madrid, Valencia, Sevilla dan Villarreal untuk membantu Atlético menduduki tempat keempat dan layak ke Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam tempoh lebih daripada sepuluh tahun.[14]

Musim 2008–09

Agüero sekali lagi menjadi penjaring gol tetap untuk Atlético pada musim 2008–09. Pada 16 September, dia menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara ketika menang 3–0 ke atas PSV sekaligus membantu Atlético layak ke pusingan 16 terakhir.[15] Pada bulan Mac 2009, Forlán dan Agüero masing-masing menjaringkan dua gol ketika menang 4–3 ke atas pendahulu liga, Barcelona.[16] Atlético menduduki tempat keempat dalam liga dan berjaya melayakkan ke Liga Juara-Juara musim berikutnya.

Musim 2009–10

Walaupun kurang prolifik dalam menjaringkan gol, Agüero mempunyai musim yang cemerlang pada musim 2009–10 dan dipuji untuk persembahannya.[17] Pada 3 November 2009, dia menjaringkan dua gol ketika menentang Chelsea dimana mereka seri 2–2 dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Vicente Calderón. Atlético tersingkir daripada pertandingan tetapi berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Europa UEFA 2009–10 dimana Agüero membuat 2 bantuan gol terhadap untuk membantu pasukannya menang 2–1 ke atas Fulham.[18] Dia juga membantu Atlético layak ke perlawanan akhir Copa del Rey tetapi mereka tewas kepada Sevilla di Camp Nou pada 19 Mei.[19]

Pada 27 Ogos 2010, Atlético Madrid memenangi Piala Super UEFA dengan mengalahkan Internazionale 2–0. Agüero membuat bantuan gol kepada José Antonio Reyes serta menjaringkan gol kedua.[20] Pada 4 Januari 2011, Atlético Madrid mengesahkan menerusi laman sesawang mereka bahawa Agüero telah menandatangani kontrak baru bersama kelab itu untuk mengekalkannya di Vicente Calderón sehingga tahun 2014.[21] Pada hari berikutnya, dia dinamakan sebagai naib-kapten baru Atlético.[22]

Musim 2010–11

Agüero bersama Atlético Madrid semasa musim 2010–11.

Musim 2010–11 boleh dikatakan musim terbaik Agüero bersama Atlético selepas dia menjaringkan 20 gol liga buat pertama kali di dalam kerjayanya. Diantara bulan Mac dan Mei 2011, dia menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan berturut-turut.[23] Perlawanan terakhir Agüero bersama Atlético adalah pada 21 Mei menentang Mallorca. Dalam perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 4–3, dia menjaringkan gol hatrik pertama dalam kerjayanya. Gol kedua Agüero merupakan gol ke-100 nya bersama Colchoneros.[24]

Pada 23 Mei 2011, Agüero mengumumkan menerusi laman sesawang rasminya bahawa dia ingin berpindah keluar dari Atlético dan secara rasmi meminta untuk dibebaskan daripada kontrak.[25][26] Agüero kemudiannya bercakap kepada ESPN dimana dia menyatakan bahawa dia tidak akan kembali ke Atlético.[27] Pada hari yang sama Agüero secara rasmi menjadi pemain Manchester City, Atlético yang mempunyai perlawanan kelayakan Liga Europa 2011–12 menentang Strømsgodset IF dimana sekumpulan peminat Atlético mengayun sepanduk "Agüero, Kami Berharap Awak Mati" sebagai reaksi terhadap perpindahan pemain itu ke City.[28] Atlético menggunakan €45 juta daripada penjualan Agüero untuk membeli Radamel Falcao sebagai penggantinya.[29]

Manchester City

Musim 2011–12

Pada 28 Julai 2011, Manchester City mengesahkan bahawa Agüero telah menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab itu dengan yuran perpindahan dilaporkan sekitar £38 juta (€45 juta).[30] Agüero membuat penampilan sulungnya untuk City pada 15 Ogos 2011 ketika kemenangan 4–0 ke atas Swansea City. Agüero masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-59 dan berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu tidak sampai sembilan minit selepas dimasukkan. Dia kemudiannya membuat bantuan gol kepada David Silva. Agüero sekali lagi menjaringkan gol dalam masa kecederaan dengan aksi sulungnya dipuji oleh wartawan bola sepak.[31]

Pada 28 Ogos, Agüero menjaringkan gol liga ketiganya ketika City menang 5–1 ke atas Tottenham Hotspur.[32] Dia kemudiannya menjaringkan gol hatrik pertamanya di dalam Liga Perdana ketika menentang Wigan Athletic.[33] Pada 18 September, dia menjaringkan dua gol ketika menentang Fulham.[34] Selepas mengalami kecederaan ketika menentang Blackburn Rovers pada 1 Oktober, Agüero kembali beraksi di dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dimana dia masuk menggantikan Nigel de Jong pada minit ke-62 dan berjaya menjaringkan gol untuk membantu City menang 2–1 ke atas Villarreal pada 18 Oktober.[35] Pada 23 Oktober, Agüero beraksi dalam perlawanan Derby Manchester pertamanya dan menjaringkan gol pada minit ke-69. Perlawanan berkesudahan dengan City menang 6–1.[36] Pada 1 November, Agüero disenarai pendek untuk anugerah FIFA Ballon d'Or. Pada 19 November, dia menjaringkan gol penalti ketika kemenangan 3–1 ke atas Newcastle United.[37]

Agüero (kanan) dan Samir Nasri semasa perarakan trofi Liga Perdana Inggeris pada bulan Mei 2012.

Agüero membuat penampilan Piala Liga pertamanya semasa perlawanan peringkat suku akhir menentang Arsenal di Stadium Emirates dimana dia menjaringkan gol kemenangan untuk City.[38] Dia juga menjaringkan gol ketika kemenangan 5–1 ke atas Norwich City. Pada 21 Disember, dia menjaringkan dua gol ketika City mengalahkan Stoke City 3–0 di tempat sendiri. Pada 3 Januari 2012, dia menjaringkan gol pembukaan ketika kemenangan 3–0 ke atas Liverpool. Agüero menjaringkan gol ke-15 nya pada 4 Februari ketika menentang Fulham di mana City menang 3–0.

Semasa perlawanan pertama pertama pusingan 32 terakhir Liga Europa menentang Porto, Agüero menjaringkan gol kemenangan yang juga merupakan gol pertamanya untuk Manchester City di dalam Liga Europa UEFA.[39] Di dalam perlawanan kedua pada 22 Februari, Agüero menjaringkan gol dalam tempoh 19 saat untuk membantu City menang 4–0. Manchester City layak ke pusingan 16 terakhir Liga Europa UEFA 2011–12 dengan agregat 6–1. Pada 25 Februari, Agüero menjaringkan gol liga ke-16 nya ketika menang 3–0 ke atas Blackburn.[40] Semasa perlawanan kedua peringkat 16 terakhir Liga Europa menentang Sporting CP pada 15 Mac, Agüero menjaringkan dua gol untuk membantu City menang 3–2 dan terikat 3-3 menerusi agregat. Walau bagaimanapun, Sporting CP menang menerusi gol tempat lawan selepas mereka mengalahkan Manchester City 1–0 dalam perlawanan pertama pada 8 Mac.[41] Seminggu kemudian, Agüero menjaringkan gol liga ke-17 nya ketika menang 2–1 ke atas Chelsea.[42] Pada 29 Mac, Agüero disahkan tidak dapat beraksi selama 10 hari sehingga 2 minggu kerana masalah kaki.[43]

Pada 11 April, Agüero menjaringakan dua gol dan juga membuat dua bantuan gol kepada David Silva dan Carlos Tevez ketika kemenangan 4–0 ke atas West Bromwich Albion.[44] Pada 14 April, Agüero menjaringkan dua gol ketika kemenangan 6–1 ke atas Norwich City.[45] Pada 4 Mei, Agüero dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Manchester City. Semasa hari terakhir liga, Agüero menjaringkan gol kemenangan ke atas Queens Park Rangers, membolehkan City menang kejuaraan Liga Perdana pertama dalam tempoh 44 tahun.

Musim 2012–13

Agüero memulakan musim 2012–13 di dalam perlawanan Perisai Komuniti FA 2012 menentang Chelsea di mana City menang 3–2.[46] Di dalam perlawanan liga pertama Manchester City, Agüero terpaksa diusung keluar pada minit ke-13 ketika menentang Southampton akibat kecederaan lutut.[47] Agüero kembali beraksi ketika City seri 1–1 dengan Arsenal di dalam Liga Perdana dan menjaringkan gol pertamanya musim ini ketika menentang Fulham pada 29 September di mana City menang 2–1.[48] Dia sekali lagi menjaringkan gol pada minggu berikutnya ketika kemenangan 3–0 ke atas Sunderland.[49] Gol liga seterusnya datang ketika kemenangan 2–1 ke atas Tottenham pada 11 November.[50] Dia kemudiannya menjaringkan dua gol ketika kemenangan 5–0 ke atas Aston Villa.[51] Agüero juga menjaringkan gol di dalam Liga Juara-Juara ketika menentang Ajax dan Real Madrid. Dia menjaringkan gol pada 15 Disember di mana City menang 3–1 ke atas Newcastle.[52] Agüero kemudiannya menjaringkan gol ketika menentang Norwich City pada 29 Disember di mana City menang 4–3.[53] Pada 2 Januari, selepas menjaringkan gol penalti pada minit ke-73, Agüero mengalami kecederaan hamstring ketika mereka menang 3–0 ke atas Stoke.[54]

Agüero kembali beraksi untuk Manchester City pada 19 Januari selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-81 ketika kemenangan 2–0 ke atas Fulham.[55] Pada 3 Februari, Agüero menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Liverpool.[56] Pada 17 Februari, Agüero membantu Manchester City layak ke suku akhir Piala FA dengan menjaringkan dua gol ketika kemenangan 4–0 ke atas Leeds United.[57] Dia mengalami kecederaan lutut ketika kemenangan 2–0 ke atas Chelsea pada 24 Februari.[58] Agüero kembali beraksi untuk Manchester City pada 30 Mac selepas masuk sebagai pemain gantian ketika kemenangan 4–0 ke atas Newcastle.[59]

Pada 8 April, Agüero menjaringkan gol untuk memberikan City kemenangan di dalam derby Manchester.[60] Agüero kemudiannya menjaringkan gol untuk membantu City mengalahkan Chelsea pada 14 April di dalam perlawanan separuh akhir Piala FA.[61] Dia menjaringkan gol pada 27 April ketiks City menang 2–1 ke atas West Ham United.[62] Pada 11 Mei, Agüero beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA 2013 di mana City kalah 1–0 kepada Wigan. Agüero menjaringkan gol terakhirnya musim ini ketika kemenangan 2–0 ke atas Reading pada 14 Mei.[63] Pada 25 Mei 2013, Agüero menandatangani kontak lanjutan selama setahun untuk mengekalkannya bersama Manchester City sehingga tahun 2017.[64]

Musim 2013–14

Agüero dan Edin Džeko sebelum perlawanan menentang Cardiff City pada bulan Ogos 2013

Susulan kecederaan lutut yang menyebabkan dia tidak boleh beraksi kesemua perlawanan pra-musim kelab, Agüero menjaringkan gol ketika kemenangan 4–0 ke atas Newcastle United semasa perlawanan pembukaan musim 2013–14.[65] Pada 22 September 2013, dia menjaringkan dua gol ketika kemenangan 4–1 di tempat sendiri ke atas Manchester United.[66]

Pada 8 November 2013, selepas menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan diantara 5 Oktober dan 2 November, Agüero dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris buat pertama kali. Pada tempoh yang sama, dia juga menjaringkan kedua-dua gol ketika kemenangan 2–1 ke atas CSKA Moscow di dalam Liga Juara-Juara UEFA.[67]

Pada 24 November, dia menjaringkan dua gol ketika kemenangan 6–0 ke atas Tottenham Hotspur. Dia juga menjaringkan enam gol dalam lima perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara untuk membantu Manchester City layak ke peringkat kalah mati buat pertama kali.

Pada 14 Disember 2013, Agüero dikeluarkan ketika kemenangan 6–3 ke atas Arsenal akibat kecederaan betis dan terlepas lapan perlawanan.[68] Pada 16 Januari 2014, dia kembali daripada kecederaan di dalam perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA menentang Blackburn Rovers di mana dia menjaringkan gol selepas masuk sebagai pemain gantian untuk membantu City menang 5–0.[69] Dalam pusingan seterusnya pertandingan itu, dia menjaringkan gol hatrik pertamanya musim ini untuk membantu pasukannya menang 4–2 ke atas Watford. Pada 29 Januari, dia menjaringkan gol ke–50 peribadi di dalam Liga Perdana Inggeris ketika kemenangan 5–1 ke atas Tottenham tetapi kemudiannya dikeluarkan akibat kecederaan hamstring.[70][71]

Pada 2 Mac 2014, Agüero kembali ke pasukan untuk Perlawanan Akhir Piala Liga Inggeris 2014 dimana pasukannya menumpaskan Sunderland 3–1 di Stadium Wembley.[72] Dalam perlawanan ketiganya selepas kembali daripada masalah hamstring, Agüero mengalami kecederaan berulang dan dikeluarkan ketika kekalahan 2–1 di dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Barcelona.[73] Dia terlepas lima perlawanan Liga Perdana Inggeris berikutnya sebelum kembali ke kesebelasan utama ketika kekalahan 3–2 kepada Liverpool di Anfield pada 13 April.[74]

Pada 21 April 2014, Agüero menjaringkan gol pertamanya sejak bulan Januari ketika kemenangan 3–1 ke atas West Bromwich Albion.[75] Selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3–2 ke atas Everton di Goodison Park pada 3 Mei, Agüero beraksi dalam kesebelasan utama ketika menentang West Ham di mana pasukannya mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris kedua mereka dalam tiga musim dengan kemenangan 2–0.[76]

Musim 2014–15

Agüero bermain menentang CSKA Moscow pada bulan Oktober 2014

Pada 14 Ogos 2014, Agüero menandatangani kontrak baru selama lima tahun untuk mengekalkannya di Manchester City sehingga tahun 2019.[77]

Agüero menjaringkan gol pertamanya untuk musim 2014–15 selepas masuk menggantikan Edin Džeko pada minit ke–83 dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle pada 17 Ogos.[78] Agüero sekali lagi digunakan sebagai pemain gantian dalam perlawanan kedua liga menentang Liverpool, tetapi selepas menggantikan Džeko, dia hanya mengambil masa 23 saat untuk menjaringkan gol ketiga City di mana mereka menang 3–1.[79]

Pada 18 Oktober 2014, dia menjaringkan keempat-empat gol City ketika kemenangan 4–1 ke atas Tottenham, dua daripadanya merupakan gol penalti. Dia mengambil satu lagi sepakan penalti di dalam perlawanan tersebut tetapi ianya diselamatkan oleh Hugo Lloris. Agüero mengatasi Carlos Tevez sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris untuk Manchester City dengan 61 gol.[80] Dia menjaringkan gol kemenangan di dalam Derby Manchester pada 2 November.[81]

Agüero menjaringkan gol hatrik ketika kemenangan 3–2 ke atas Bayern Munich di dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada 25 November.[82] Pada 2 Disember, Agüero dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Persekutuan Penyokong Bola Sepak untuk tahun 2014.[83] Dia juga dianugerahkan Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk bulan November 2014.[84]

Agüero mengalami kecederaan lutut ketika City menang 1–0 ke atas Everton pada 6 Disember dan tidak dapat beraksi untuk baki tahun 2014. Dia kembali beraksi dalam perlawanan menentang Everton di Goodison Park pada 10 Januari 2015 sebagai pemain gantian pada minit ke–67 di mana City seri 1–1.[85] Pada 11 Februari, Agüero menjaringkan dua gol ketika kemenangan 4–1 ke atas Stoke City.[86] Pada 21 Februari, 72 saat selepas perlawanan menentang Newcastle United bermula, Agüero menjaringkan gol penalti terpantas di dalam Liga Perdana Inggeris sejak tahun 1994.[87]

Pada 12 April, Agüero menjaringkan dua gol ketika kekalahan 4–2 kepada Manchester United di Old Trafford. Gol keduanya di dalam perlawanan tersebut merupakan gol ke–100 peribadi untuk Manchester City di dalam semua pertandingan.[88] Pada 19 April, dia menjaringkan gol ke–20 peribadi di dalam Liga Perdana Inggeris untuk musim ini ketika kemenangan 2–0 ke atas West Ham United.[89] Dia melepasi 30 gol di dalam musim ini dengan gol hatrik ketika kemenangan 6–0 ke atas Queens Park Rangers pada 9 Mei.[90] Pada 24 Mei, di dalam perlawanan terakhir musim menentang Southampton, Agüero menjaringkan gol ke–26 peribadi di dalam liga untuk musim ini dan menamatkan musim 2014–15 dengan memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris.[91]

Musim 2015–16

Pada 7 Ogos 2015, Agüero mengumumkan bahawa dia akan menukar nombor jersinya daripada 16 kepada 10 yang sebelum ini dipakai oleh Edin Džeko.[92] Sembilan hari kemudian, dia menjaringkan gol ketika kemenangan 3–0 ke atas juara bertahan, Chelsea.[93]

Semasa kemenangan 2–0 City ke atas Everton pada 23 Ogos, Agüero menghentikan perlawanan selepas terlihat seorang penyokong Everton yang memerlukan rawatan kecemasan dengan segera. Penyerang tersebut memberitahu pengadil dan pemain-pemain lain dan memastikan bahawa lelaki tersebut menerima rawatan daripada pegawai perubatan.[94] Pada 30 September, Agüero menjaringkan gol penalti untuk memberi kemenangan 2–1 kepada City ke atas Borussia Mönchengladbach di dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.[95]

Pada 3 Oktober, Agüero menjaringkan lima gol ketika menentang Newcastle di mana pasukannya menang 6–1, pencapaian yang sebelum ini dilakar oleh Andy Cole, Alan Shearer, Jermain Defoe dan Dimitar Berbatov.[96] Lima gol yang dijaringkannya dalam tempoh 23 minit perlawanan merupakan yang terpantas sejak Liga Perdana Inggeris bermula pada tahun 1992.[97] Empat minit selepas menjaringkan gol kelimanya pada minit ke–62, Agüero dikeluarkan oleh Manuel Pellegrini disebabkan dia menerima rawatan akibat kecederaan kaki semasa separuh masa.[98]

Pada 8 Oktober, Agüero mengalami kecederaan hamstring di dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Ecuador. Dia kembali beraksi pada 21 November dan menjaringkan gol ketika kekalahan 1–4 kepada Liverpool. Pada 16 April 2016, Agüero menjaringkan gol hatrik ketika kemenangan 3–0 ke atas Chelsea. Tiga hari kemudian, dia menjaringkan gol ke–100 peribadi di dalam Liga Perdana Inggeris ketika mereka seri 1–1 dengan Newcastle. Agüero menamatkan Liga Perdana Inggeris musim 2015–16 dengan 24 gol, satu gol di belakang pemenang Kasut Emas, Harry Kane.[99]

Musim 2016–17

Pada 13 Ogos 2016, Agüero menjaringkan gol kompetitif pertama Manchester City dibawah pengurusan Pep Guardiola ketika kemenangan 2–1 ke atas Sunderland di dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris musim 2016–17.[100]

Di dalam perlawanan liga menentang West Ham pada 28 Ogos, Agüero menyiku tekak Winston Reid menyebabkan pemain itu kehilangan suara dan terpaksa dikeluarkan. Persatuan Bola Sepak England mendenda Agüero dengan larangan beraksi tiga perlawanan kerana berkelakuan ganas.[101]

Pada 5 November 2016, Agüero menjaringkan gol ke–150 peribadi untuk Manchester City ketika seri 1–1 dengan Middlesbrough di dalam liga.[102] Agüero dibuang padang ketika kekalahan 1–3 kepada Chelsea pada 3 Disember kerana mengasari David Luiz dan digantung empat perlawanan.[103]

Musim 2017–18

Selepas menjaringkan gol semasa perlawanan pembukaan musim Manchester City menentang Brighton & Hove Albion pada 12 Ogos, Agüero menjaringkan gol keduanya untuk musim ini ketika menentang Liverpool untuk membantu pasukannnya menang 5–0 pada 9 September. Ini merupakan gol ke-124 Agüero di dalam Liga Perdana Inggeris yang membolehkannya mengatasi Dwight Yorke sebagai penjaring terbanyak bukan Orang Eropah di dalam sejarah liga.[104] Seminggu kemudian, Agüero menjaringkan gol hatrik Liga Perdana Inggeris keenam peribadi ketika menang 6–0 ke atas Watford untuk meletakkan Manchester City di tempat teratas liga. Pada 28 September, Agüero terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya selepas menghadiri konsert Maluma di Amsterdam selepas teksi dinaiki olehnya melanggar lampu jalan. Kemalangan itu menyebabkan tulang rusuknya patah dan dia tidaka dapat beraksi selama dua minggu.[105][106]

Pada 21 Oktober, Agüero menjaringkan gol ke-177 peribadi untuk Manchester City ketika kemenangan 3–0 ke atas Burnley untuk menyamai rekod yang dicipta oleh Eric Brook. Ini juga merupakan kemenangan ke-11 berturut-turut Manchester City untuk menyamai satu lagi rekod kelab.[107] Dia menjaringkan gol ke-178 peribadi untuk Manchester City pada 1 November ketika menang 4-2 ke atas Napoli di dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara untuk membantu pasukannya layak ke peringkat kalah mati.[108]

Pada 20 Januari, Agüero menjaringkan gol hatrik keduanya di dalam musim ini ketika menang 3-1 ke atas Newcastle. Gol keduanya merupakan gol ke-350 di dalam kerjaya bola sepaknya.[109] Dia kemudiannya dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk bulan Januari dan meraih anugerah itu buat kali kelima di dalam kerjayanya.[110]

Pada 10 Februari, Agüero menjaringkan empat gol ketika kemenangan 5–1 ke atas Leicester City di dalam Liga Perdana Inggeris.[111] Agüero menjaringkan gol di dalam perlawanan akhir Piala EFL 2018 pada 25 Februari untuk membantu City menang 3–0 ke atas Arsenal di Stadium Wembley.[112]

Musim 2018–19

Dalam perlawanan pertama City musim ini, Agüero menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya meraih kemenangan 2-0 ke atas Chelsea di dalam perlawanan Perisai Komuniti FA 2018. Gol pertamanya merupakan gol ke-200 peribadi untuk kelab ini.[113]

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 10 April 2018
KelabMusimLigaPiala[114]Piala LigaBenua[115]Lain-Lain[116]Jumlah
DivisyenKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Independiente2002–03Argentine Primera División100010
2003–04502070
2004–0512500125
2005–063618003618
Jumlah5423205623
Atlético Madrid2006–07La Liga3864100427
2007–08371942965027
2008–09371710944721
2009–103112711665419
2010–1132204343114127
Jumlah17574207381911234101
Manchester City2011–12Liga Perdana Inggeris342311311054830
2012–133012430052104017
2013–1423173421663428
2014-153326101076004232
2015–1630241142924429
2016–1731205510884533
2017–1825213243743930
Jumlah2061431816157523310292199
Jumlah keseluruhan4352403823157925221582323

Antarabangsa

Sehingga 30 Jun 2018
Pasukan kebangsaan Argentina
TahunKmnclnGol
200620
200741
200894
200962
201052
201185
201272
201385
2014101
20151010
2016111
201742
201853
Jumlah8939

Gol Antarabangsa

#TarikhVenueLawanSkorKeputusanPertandingan
1.17 November 2007Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti, Buenos Aires, Argentina  Bolivia1–03–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
2.26 Mac 2008Stadium Antarabangsa Kaherah, Kaherah, Mesir  Mesir1–02–0Persahabatan
3.4 Jun 2008Stadium Qualcomm, San Diego, Amerika Syarikat  Mexico4–14–1
4.6 September 2008Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti, Buenos Aires, Argentina  Paraguay1–11–1Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
5.11 Oktober 2008Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti, Buenos Aires, Argentina  Uruguay2–02–1
6.28 Mac 2009Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti, Buenos Aires, Argentina  Venezuela4–04–0
7.12 Ogos 2009Stadium Lokomotiv, Moscow, Rusia  Rusia1–13–2Persahabatan
8.24 Mei 2010Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti, Buenos Aires, Argentina  Kanada5–05–0
9.7 September 2010Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti, Buenos Aires, Argentina  Sepanyol4–14–1
10.20 Jun 2011Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti, Buenos Aires, Argentina  Albania3–04–0
11.1 Julai 2011Estadio Ciudad de La Plata, La Plata, Argentina  Bolivia1–11–1Copa América 2011
12.11 Julai 2011Estadio Mario Alberto Kempes, Córdoba, Argentina  Costa Rica1–03–0
13.2–0
14.15 November 2011Estadio Metropolitano, Barranquilla, Colombia  Colombia2–12–1Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
15.2 Jun 2012Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti, Buenos Aires, Argentina  Ecuador1–04–0
16.12 Oktober 2012Estadio Malvinas Argentinas, Mendoza, Argentina  Uruguay2–03–0
17.6 Februari 2013Friends Arena, Solna, Sweden  Sweden2–13–2Persahabatan
18.11 Jun 2013Estadio Olímpico Atahualpa, Quito, Ecuador  Ecuador1–01–1Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
19.10 September 2013Estadio Defensores del Chaco, Asunción, Paraguay  Paraguay2–15–2
20.18 November 2013Stadium Busch, St. Louis, Amerika Syarikat  Bosnia dan Herzegovina1–02–0Persahabatan
21.2–0
22.3 September 2014Esprit Arena, Düsseldorf, Jerman  Jerman1–04–2
23.12 November 2014Boleyn Ground, England  Croatia1–12–1
2431 Mac 2015Stadium MetLife, East Rutherford, New Jersey, Amerika Syarikat  Ecuador1–02–1
256 Jun 2015Estadio San Juan del Bicentenario, San Juan, Argentina  Bolivia2–05–0
263–0
274–0
2813 Jun 2015Estadio La Portada, La Serena, Chile  Paraguay1–02–2Copa América 2015
2916 Jun 2015Estadio La Portada, La Serena, Chile  Uruguay1–01–0
3030 Jun 2015Estadio Municipal de Concepción, Concepción, Chile  Paraguay5–16–1
314 September 2015Stadium BBVA Compass, Houston, Amerika Syarikat  Bolivia2–07–0Persahabatan
324–0
338 September 2015Stadium AT&T, Dallas, Amerika Syarikat  Mexico1–22–2
34.10 Jun 2016Soldier Field, Chicago, Amerika Syarikat  Panama5–05–0Copa América Centenario
35.11 November 2017Stadium Luzhniki, Moscow, Rusia  Rusia1–01–0Persahabatan
36.14 November 2017Stadium Krasnodar, Krasnodar, Rusia  Nigeria2–02–4
37.29 Mei 2018La Bombonera, Buenos Aires, Argentina  Haiti4–04–0
38.16 Jun 2018Otkritie Arena, Moscow, Rusia  Iceland1–01–1Piala Dunia FIFA 2018
39.30 Jun 2018Kazan Arena, Kazan, Rusia  Perancis3–43–4

Gol Olimpik

#TarikhVenueLawanSkorKeputusanPertandingan
1.19 Ogos 2008Stadium Pekerja, Beijing, China  Brazil1 – 03–0Sukan Olimpik Beijing 2008
2.19 Ogos 2008Stadium Pekerja, Beijing, China Brazil2 – 03–0Sukan Olimpik Beijing 2008

Kejayaan

Kelab

Atlético Madrid
Manchester City

Antarabangsa

Argentina

Rujukan

Pautan luar